Bukan suatu tugas mudah dan berat tanggungjawabnya bagi menjadi wali pernikahan, apatah lagi bila remaja berusia 14 tahun yang memikulnya.
TikTok @azzaasha
Menerusi perkongsian seorang wanita, @azzaasha di TikTok, video itu anak lelakinya berusia 14 tahun menahan sebak usai menikahkan kakak sulungnya.
Wanita itu bagaimanapun bersyukur selepas anaknya itu selesai menyempurnakan sesi akad berkenaan.
"04092022, Alhamdullilah selesai pernikahan anakanda sulung. Dinikahkan oleh adiknya."
Beberapa tetamu lain yang hadir di majlis itu juga dilihat menahan sebak serta kagum dengan kebolehan remaja berkenaan.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang turut kagum dan terharu dengan remaja berkenaan.
Awak sangat berani dik!
Sumber: OHBulan |