View: 835|Reply: 1
|
[Politik]
'Mak saya dari Kedah' - KJ nak bertanding di Kedah untuk PRU15?
[Copy link]
|
|
Langkawi: "Saya berada di sini hari ini untuk berbincang dan berunding (bertanding kerusi Parlimen) dengan Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor)," kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata demikian secara berseloroh selepas diminta mengulas sama ada terdapat mana-mana negeri yang menawarkan beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Namun, beliau berkata, perkara itu tidak mustahil perkara kerana ibunya berasal dari Kedah.
"Mak saya dari Kedah," katanya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Sultanah Maliha di sini, hari ini.
Majlis perasmian itu disempurnakan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berada disisinya pada sidang media itu turut mencelah dengan berkata:
"Dialu-alukan... tadi dengar sebut Aloq Setaq Aloq Setaq cakap Kedah elok dah," katanya.
Khairy kemudian dilihat tidak mahu memanjangkan isu itu dan menamatkan sidang media dengan berkata, "Tak apalah."
Baru-baru ini, Khairy mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau sebagai memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Kj vaksin vs nusi raptor?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|