Poyang Lake bagi Sungai Yangtze ni fungsi dia sama macam kawasan banjir Sri Muda bagi sungai Klang.
Play bideo bawah ni kang kalau tak letak kata sembang pulak.
Dan ni I jumpa ada orang (Naksu nama ID nya) komen kat bawah bideo tu.
"Tidaklah suatu kaum mengurangi takaran atau timbangan kecuali Allah akan menahan air dari langit walau setitis. Tidaklah muncul perzinaan terang-terangan di sebuah kaum kecuali Allah akan menampakkan kematian. Tidaklah muncul riba di suatu kaum kecuali orang-orang gila akan menguasai mereka. Tidaklah muncul pembunuhan di suatu kaum kecuali musuh akan menguasai mereka. Tidak muncul perbuatan kaum Luth (homoseksual) di suatu kaum kecuali akan terjadi tanah runtuh. Tidaklah suatu kaum meninggalkan amar ma’ruf nahi munkar kecuali amal mereka tidak akan diangkat ke langit dan doa mereka tidak dikabulkan."
(HR. Tabrani dari Ibnu Abbas).
Dalam masa 70 hari (sejak Jun 2022) Poyang Lake dah susut hingga tinggal 1/3 je air (asal 19.43m kini 7.1m). Buat masa sekarang Three Gorges Dam cuba membantu dengan melepaskan air masuk ke Yangtze river. Yangtze River sendiri pun dah susut 50% dan di bahagian tengah terus ke hilir kering betul hinggakan kapal2 banyak tersadai dan kilang2/ bisnes yang bergantung pada Yangtze Rizer tak dapat meneruskan operasi. Di Jiangxi hasil tanaman dijangka berkurang sebab tak cukup air, air minuman pun kurang juga.
Pada masa sama China kerugian lebih USD300billion dalam usaha membantu 5.5 juta rakyatnya yang terjejas akibat kemarau pada musim panas ni. Paip baru. Trak air. Bantuan kewangan petani etc.
80% sumber tenaga elektrik hidro kini (buat sementara) hilang, jadi China mungkin akan bereaksi untuk gunakan kembali cara lama eg: bakar arang batu untuk penjanaan tenaga elektrik seterusnya menjadi punca pencemaran udara dan perubahan iklim dunia yang lebih besar sebab permintaan terhadap elektrik di seluruh China secara tak langsung telah meningkat 25% pada musim panas dan kering melampau ni (China tengah eg: Hubei dan China utara eg: Shanghai).
Bersiaplah beli bot ke rakit ye semua, 4WD abang Viva pun maybe tenggelam terus nanti (next few years ke depan la).