View: 783|Reply: 12
|
Wanita Kantoi Bersekongkol Dengan Tiga Penyamun Pecah Rumah Majikan
[Copy link]
|
|
Kegiatan seorang wanita pencuci rumah separuh masa bersekongkol dengan tiga penyamun terbongkar selepas kesemua mereka ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Telok Panglima Garang minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superitendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Salleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 56 tahun yang bekerja sebagai kontraktor mendakwa rumahnya di Kampung Sijangkang, di sini dipecah masuk pada 8 November.
Ahmad Rihdwan (kiri) menunjukkan barangan yang dirampas. - Foto PDRM
"Antara barang yang hilang adalah sebuah peti besi yang mengandungi wang tunai RM15,000, empat utas rantai leher emas, cincin emas (tiga), anting-anting emas (dua), geran kereta (satu), telefon pintar jenis Samsung (satu).
"Bertindak atas maklumat pada 10 November jam 10.30 malam sepasukan anggota telah berjaya membuat tangkapan seorang lelaki di sekitar Telok Panglima Garang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ahmad Ridhwan berkata, hasil soal siasat, polis berjaya menahan seorang lagi lelaki dalam serbuan kedua di sekitar kawasan Telok Panglima Garang, di sini sekitar jam 1 pagi pada Jumaat.
Beliau berkata, susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lumpur berjaya menahan seorang suspek lelaki dan wanita pencuci rumah berkenaan lebih kurang jam 1.45 pagi pada Sabtu di kawasan sama.
"Dua suspek yang ditangkap merupakan orang yang dikehendaki polis bersabit kes samun di sekitar Kuantan, Pahang.
"Kumpulan ini aktif dalam melakukan jenayah sejak dua bulan yang lalu dan peranan wanita berkenaan dipercayai sebagai pemberi maklumat berkaitan rumah yang disasarkan," jelasnya.
Dalam pada itu, Ahmad Ridhwan berkata, pasukan serbuan berjaya merampas pelbagai peralatan dipercayai digunakan semasa kejadian dan beberapa barangan disyaki hasil curi.
"Antaranya sebuah peti besi yang dirosakkan, kuku kambing besi, mesin pengisar, gerudi, tukur besi, dokumen perakuan kenderaan, resit pajak gadai, dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) milik mangsa, dan sebuah Mitsubishi Triton.
"Kesemua suspek yang merupakan warga tempatan dan direman empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.
"ihak polis percaya telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya empat kes pecah rumah di sekitar Telok Panglima Garang dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan rakan sejenayah suspek berkenaan," ujar beliau.
Sumber: Sinar Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Blhla amik pompuan tu keje sbg perisik negara...taktik penyamarannya sbg pencuci rumah berjaya.. kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
Ha tu la, nk upah org cuci rumah sekarg ni baik under agensi je la, xpayah hire yg indon2 ni, Ntah2 nk merompak aje |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Goodluckdontcry at 14-11-2022 10:37 PM
jazaa100 replied at 14-11-2022 09:51 PM
Leluhur friska lah ni
Warga tempatan kome..
Kesemua suspek yg ditangkap ( lelaki dan perempuan pencuci rumah, manakala ada lg suspek lain yg diburu) adalah warga tempatan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Di fb banyak sekali iklan cleaning service menawar kn jasa pembersihan dgn tarifnya per jam. Namun kesohihan kompeni diragui, mungkin saja scammer. Sepatutnya ikln trs wajib terakn no. Lesen perusahaan dn alamat pejabat. Orang ramai perlu berhati2 supaya tak jdi target sindiket penipuan dn rompakan. |
|
|
|
|
|
|
|
Haish riso pulak meolls nak upah org cuci rumah pasni |
|
|
|
|
|
|
|
Goodluckdontcry replied at 14-11-2022 10:35 PM
Warga tempatan kome..
Kesemua suspek yg ditangkap ( lelaki dan perempuan pencuci rumah, manakala ...
Sijangkang tu byk leluhur jawa |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ada kes hilang duit 250k kat rumah
peti besi pun tak kene pecah tapi duit blh hilang. Only in malaysia bolehland. magic ko jah. Rumah tak kene umpil tapi duit hilang. |
|
|
|
|
|
|
|
zeed replied at 15-11-2022 10:54 AM
Sijangkang tu byk leluhur jawa
Mak pak ic merah, ank ic biru....warga tempatan le tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|