View: 908|Reply: 15
|
Bengang Selalu Diajak Kahwin, Lelaki Kerat Teman Wanita 35 Bahagian
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki di New Delhi, India didakwa membunuh teman wanitanya sebelum mengerat badan mangsa kepada 35 bahagian, lapor laman berita Wion News.
Suspek dikatakan turut membeli sebuah peti sejuk untuk menyimpan anggota badan mangsa sebelum berusaha membuangnya selama 18 hari.
Polis New Delhi menahan suspek, Aftab Ameen Poonawalla, 28, Sabtu lalu kerana membunuh pasangannya, Shraddha Walkar, 26. Dia kini ditahan polis selama lima hari.
Menurut laporan, pasangan itu berasal dari barat bandar Mumbai di negeri Maharashtra. Aftab ialah seorang pesohor blog makanan dan mengendalikan sebuah laman di media sosial bersama saudara lelakinya, Ahad Poonawala.
Foto: Wion News
Aftab kemudian bertemu dengan Shraddha dan jatuh cinta. Pasangan itu berpindah ke New Delhi selepas keluarga menentang perkahwinan mereka kerana perbezaan agama.
Pasangan itu kemudian tinggal di sebuah apartmen yang disewa di kawasan Chhatarpur, kata polis Mehrauli kepada agensi berita ANI. Kedua-duanya bekerja di sebuah pusat panggilan.
Insiden pembunuhan itu dikatakan berlaku pada 18 Mei lalu selepas Shraddha mula memaksa Aftab untuk mengahwininya, kata pegawai.
Aftab mencekik teman wanitanya sehingga mati sebelum membuang mayat mangsa. Kejadian itu terbongkar apabila Shraddha berhenti berhubung dengan ibu bapanya.
Mereka menjadi curiga selepas menyemak akaun media sosial mangsa yang tidak mempunyai kemas kini. Bapa mangsa kemudian membuat laporan polis selepas mendapati rumah mangsa berkunci.
Semasa disoal siasat oleh polis, suspek mengaku telah melakukan jenayah itu kerana sering bertengkar apabila Shraddha mendesaknya untuk berkahwin. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
tanya pun kena kerat ????
|
|
|
|
|
|
|
|
Susah susah je kerat kena kua duit beli peti ais bagai kalau taknak kawin kau tinggalkan jela minah tu ape ke bangang nye |
|
|
|
|
|
|
|
Kawin jer laaa..bukan abis duit pun..siap dapat maskawin lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
https://www.storypick.com/aftab-ameen-poonawala/
nasib kna tgkap cepat. kalau tak jadi mcm Dahmer lak.
anak2 muda di luar sana tu, jaga la diri. dgr ckp mak ayah. jgn mngikut nafsu semata. |
|
|
|
|
|
|
|
jantan xgunaaaa..
dh dpt p bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
psiko. memang patut dibunuh je mamat ni..bahaya berkeliaran kat luar |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe ngandung pastu dah gelabah xnak tanggungjawab, kat blkg dah ada gf.. Giteww hasil tgk kes2 bunuh omputih |
|
|
|
|
|
|
|
Klu buat movie/drama mmg best ni... dari kisah benar....
teringat tgok cerita Delhi Crime... layan tul... |
|
|
|
|
|
|
|
mana lebih senang.... kawen terus atau kerat mayat 18?
apa bodo punya jantan, benda senang ada nak gak jadi pembunuh
|
|
|
|
|
|
|
|
berlambak jer spesis makhluk yg nak bercinta tp xmo kawin.
bongok.. kalau xmo kawin xyah la bercinta & bagi harapan bagai la badigol.
yg benar,
insan terluka
|
|
|
|
|
|
|
| |
|