CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8637|Reply: 46

Menikah di Thailand...

[Copy link]
Post time 28-10-2010 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Loxlaxman at 28-10-2010 17:26

Adakah bernikah di Thailand mudah dan murah? Ramai menyangka bahawa bernikah di selatan Thailand menelan belanja beribu-ribu ringgit kerana kononnya perlu melibatkan peranan orang tengah atau sindiket bagi mengatur proses itu.

Dan ramai pasangan yang menyeberang sempadan bersedia untuk berbelanja asalkan tiada lagi halangan yang akan merencatkan atau menggagalkan hasrat mereka. Mereka ini biasanya bersedia untuk menjalani upacara pernikahan di mana sahaja asalkan hasrat murni mereka tercapai.

Sebenarnya prosedur untuk menikah di sana amat  mudah dan kosnya juga rendah tetapi ramai yang dikatakan menjadi mangsa kerana mereka terdesak dan tidak berpengetahuan bagi menguruskannya sendiri atau mendapat bantuan rakan atau orang yang mereka boleh percayai.

Amat ramai yang ditipu oleh sindiket, sekiranya mereka berkahwin bukan melalui Majlis Agama Islam. Banyak masalah akan timbul seperti sijil perkahwinan palsu dan sukar untuk didaftarkan di negara masing-masing.

Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla mempunyai ramai wakil (jurunikah) di beberapa daerah dalam wilayah Songkhla yang bertaraf Naib Kadhi. Hanya Sijil Nikah daripada Naib Kadhi inilah sahaja yang diiktiraf untuk disahkan. Sekiranya mereka berkahwin menggunakan sindiket, MAIS tidak akan bertanggungjawab. Semua pasangan yang berkahwin di sini (MAIS), rekod mereka akan disimpan sebagai rujukan yang sah.

Adalah menjadi peraturan sebelum pasangan dinikahkan, pasangan terbabit akan menjalani temuduga ringkas oleh Naib Kadhi, yang akan menjelaskan implikasi perkahwinan mereka dan selepas dinikahkan mereka akan diberi nasihat dan penerangan tentang tanggung-jawab sebagai suami dan isteri dan rukun berumah tangga yang perlu diikuti dan dilaksanakan sepanjang hayat.

Keterlanjuran dalam hubungan serta halangan keluarga kini menjadi punca utama pasangan dari Malaysia lari berkahwin di selatan Thailand, di samping hasrat berpoligami tanpa kebenaran isteri pertama. Kegagalan memenuhi keperluan hantaran, mas kahwin serta hadiah yang mahal pula, mendorong pasangan dari Malaysia, Brunei, Singapura dan lain-lain datang berkahwin di Selatan Thailand.

Setiap hari ramai pasangan dari Malaysia dan luar negara datang bernikah di Songkhla. Pasangan tidak menghadapi sebarang masalah menguruskan perkahwinan yang diharapkan pasangan terbabit, asalkan mereka memenuhi syarat ditetapkan, termasuk masuk ke Thailand menggunakan dokumen perjalanan yang sah serta memenuhi syarat mengikut hukum syarak. Selain daripada itu MAIS akan memastikan semua undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Enakmen undang-undang syariah di Malaysia akan di patuhi dan menjadi rujukan bagi melangsungkan perkahwinan pasangan dari Malaysia.

Semua urusan  pernikahan dibuat secara telus, bertempat dan beretika dan penuh tanggung-jawab dan bukan dikedai kopi atau dibawah pokok seperti yang dibuat oleh sindiket palsu. Pasangan yang di bawa ke Pejabat Kadhi atau Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla akan di akadnikahkan dengan tertib tanpa risiko diperdayakan.

Bagi memudahkan urusan pernikahan ini pasangan dinasihatkan supaya datang lebih awal supaya semua urusan akad nikah, pengesahan MAIS dan Konsulat Jeneral Malaysia dapat di bereskan pada hari yang sama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2010 05:28 PM | Show all posts
Biar apa pun sebelum anda memilih untuk berkahwin di Thailand, adalah lebih baik sekiranya anda melangsungkan perkahwinan anda  di Malaysia kerana  lebih terjamin dan tidak perlu memikirkan tentang mendaftarkan semula pernikahan anda nanti.  Anda juga perlu memikirkan soal keluarga anda dan orang-orang yang lebih menyayangi anda dan sebagainya.

Kita bukanlah hendak menggalakkan pasangan untuk bernikah di Selatan Thailand, tetapi jika segala usaha untuk bernikah di Malaysia tidak dapat dilaksanakan, barulah anda pilih jalan keluar ini agar hasrat murni anda untuk berumahtangga tercapai, walaupun ada pihak yang terluka dan berduka demi mengelakkan menanggung dosa hidup tanpa nikah dan menghindarkan dari perkara-perkara  yang tidak diingini menimpa anda dan pasangan anda lebih baiklah anda berkahwin dengan segera!

Semoga ALLAH memudahkan semua urusan kita dan memberkati niat murni kita ini. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 06:06 PM | Show all posts
emmm!!! nak cari penyakit loxlaxman dok cerita lagu nie!!! yang dok pi lari menikah di siam buat pa? Berani buat berani tanggung ler! so kalau dah nak berpoligami, settle ler bebaik ini tidak lari dari masaalh menikah di siam pastu cipta seribu lagi masaalah bila anak tak boleh didaftarkan di M'sia. Semua nie salah sapa???? lelaki yang tak bertanggungjawab je suka berfikiran pendek!!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 06:13 PM | Show all posts
tak payah pergi bernikah kat thailand tue....buang duit jer pergi jauh-jauh....
kalau gatal sangat nak kahwin panggil saja aku....aku akan jadi tok kadhi....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 07:08 PM | Show all posts
emmm!!! nak cari penyakit loxlaxman dok cerita lagu nie!!! yang dok pi lari menikah di siam buat pa? ...
lizaliza Post at 28-10-2010 18:06



    dia nak tunjuk ajar mana yang berhasrat nak menikah kat sana....ada can,,,
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 07:09 PM | Show all posts
tok najib boleh nikahkan orang ye......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2010 07:49 PM | Show all posts
simpati pd sape2 yg 'terpaksa' nikah kat thailand tu .......
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2010 09:24 PM | Show all posts
tak de terpakse nyer nikah kat thailabd tu! org yang tak sanggup hadapi kenyataan je yang blh buat gitu! perlis kan ade? kalau betul nak pologami, cukup semua syarat, mampu zahir batin, pegi apply kat perlis. Bawak sekali penyata bank, slip gaji , kwsp. Abg aku dah buat dah! tlg sediakan alasan yang kukuh lagi munasabah. Masa abang aku pegi dulu, ramai dari kl, sel jhr yang datang, siap bawak surat dotor konon bini sakit tak blh layan batin dan zahir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2010 11:52 PM | Show all posts
dah kawen kat golok last week
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 12:22 AM | Show all posts
Post Last Edit by hh_hs at 29-10-2010 00:26
tak de terpakse nyer nikah kat thailabd tu! org yang tak sanggup hadapi kenyataan je yang blh buat g ...
lizaliza Post at 28-10-2010 21:24


harus arr pas ni ramai yg berlumba2 nk p perlis klu camni.....  
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 08:19 AM | Show all posts
kalo dah dok kat malaysia nikah je laaaa kat malaysia....naper prlu nikah kat thailand.....itu nak buat jahat ker...atau tanpa keizinan..aper lah bengong sgt nak sedap tapi dalam masa yang diri merana.....bengonggg
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 08:23 AM | Show all posts
la la la.... niat nk menyorok perkahwinan bkn nk nikah.... kira nk halalkn hubungan tp cara x elok. mcm robin hood nk tlg org miskin dgn cara merompak org kaya
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 10:08 AM | Show all posts
salam....

komen sikit je... bagi yg takde duit nak menikah, bolehlah menikah di songkla sana tak silap rm2,500 pun dah cukup...
asal jgn carik sindiket sudahlah...

lebih baiklah nikah kat sana dpd masuk thailand semata2 carik 'daging mentah yg segar'...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 01:37 PM | Show all posts
salam....

komen sikit je... bagi yg takde duit nak menikah, bolehlah menikah di songkla sana tak  ...
DewaSeks Post at 29-10-2010 10:08



    eh2..inchek dewa..
lama sungguh kita tak ketemu...
selalu ketemu sama kembar inchek sajork...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 02:13 PM | Show all posts
pergi thailand pun dah sekian2 ringgit kena pakai.. balik malaysia nak kena daftar pernikahan tu dan kena denda rm1000 ringgit.. baik kawin kat malaysia jer sediakan document lengkap lelaki dan wanita bwk gi pejabat agama islam bayar rm10 kalo lelaki wanita dan rm20 kan.. dpt surat pegesahan pernikahhan nak senang terus nikah kat pejabat tak pun imam juru nikah uruskan dah siap nikah byr upah juru nikah dan saksi rm160 dah.. tak smpai pun seribu kalo tak buat majlis grand la..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 02:31 PM | Show all posts
Buat apa susah2 nak menikah di Selatam Thailand , orang yang bernikah kat sana mesti bersebab seperti nak kawin 2 atau pernikahan tanpa restu ibu bapa atau kena paksa kawin lari , carilah cara penyelesaian bernikah secara sah di Malaysia untuk mengelakan masalah berbangkit pada masa hadapan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2010 02:42 PM | Show all posts
sapa kata nikah kat malaysia mahal? yang mahal tu kenduri kendara & hantaran.... kos nak menikah murah jer..... upah khadi RM100... upah saksi RM60, mas kawin ikut negeri, termasuk kos2 lain..... +- x sampai pun RM500.00.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 02:46 PM | Show all posts
Reply 14# melinda_gordon


    ada.... cuma lebih selesa menjadi SR tapi terpanggil utk bagi komen kali nih...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 02:54 PM | Show all posts
Reply 17# carly_lah


    kan bagus kalau mak bapak cuma pikir kos tersebut je.... sumer mampu menikah....

takdelah org sengkek gi lagi kawin kat siam...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:01 PM | Show all posts
Reply 18# DewaSeks


    baiklah..mel iyekan aje lah..mel paham..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.082736 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list