View: 2270|Reply: 22
|
[Jenayah]
Najib Razak edisi - If im going down, im taking everybody with me
[Copy link]
|
|
Weols terasa hidup di multiverse dgn apa yg berlaku di bumi malaysia ni
Dari FB heols
Antara skandal yang perlu disiasat kerajaan baharu ialah projek HSR Kuala Lumpur-Singapura yang dibatalkan kerajaan Muhyiddin pada akhir tahun 2020.
Sebab Malaysia yang mahu batal, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM320 juta secara buta-buta kepada kerajaan Singapura.
Antara sebab Kerajaan Muhyiddin batal projek tersebut ialah mereka tidak mahu terikat dengan perjanjian dengan Singapura di mana semua perolehan bagi projek tersebut perlu melalui tender antarabangsa terbuka.
Lalu, Muhyiddin mahu projek ini diganti dengan projek HSR Kuala Lumpur ke Johor Baharu sahaja dengan melanjutkan projek ERL milik YTL yang menggunakan sistem tren yang jauh lebih perlahan.
Kita tahu bahawa Muhyiddin amat sayang pada YTL sehingga pernah desak Maszlee dipecat sebagai Menteri Pendidikan sebab dia nak batalkan projek Bestarinet.
"Muhyiddin ‘amat marah’, desak peletakan jawatan saya kerana kontrak YTL, kata Maszlee"
https://www.freemalaysiatoday.com/.../muhyiddin-sangat.../
Mengikut maklumat yang disalurkan kepada kami ketika itu, kertas bagi pembatalan projek HSR KL-Singapura untuk digantikan dengan projek HSR KL-JB telah dibentang dalam kabinet di mana angka-angka berkenaan perbandingan unjuran jumlah penumpang, unjuran jumlah hasil pendapatan tambang HSR dan kos projek HSR KL-Singapura dengan KL-Johor Baharu turut dibincang.
Unjuran jumlah penumpang setahun dikatakan akan turun 10.4 juta orang (28%) dari 37.3 juta ke 26.9 juta penumpang manakala hasil pendapatan tambang akan menurun RM352 bilion dari RM929 bilion ke RM577 bilion sekiranya HSR KL-Singapura diganti dengan HSR KL-JB.
Sebaliknya, penjimatan kos projek HSR KL-JB cuma RM3.6 bilion ataupun 5.3% lebih murah berbanding projek HSR KL-Singapura iaitu dari RM68.2 bilion (KL-Singapura) ke RM64.6 bilion (KL-JB).
Sebanyak RM3.3 bilion juga akan dibayar kepada syarikat ERL untuk menaik taraf sistem ERL KLIA-KL Sentral sedia ada manakala pampasan antara RM5.7 bilion hingga RM7.7 bilion telah diperuntukkan sebagai bayaran pampasan kepada syarikat ERL bagi tempoh projek sebab projek dijangka akan rugi besar berpunca dari penurunan mendadak unjuran penumpang dan pendapatan projek.
Jadi, kerajaan baharu perlu siasat perkara-perkara di bawah:
1️⃣ Adakah angka-angka seperti dalam lampiran ini tertulis dalam kertas kabinet yang dibentang semasa jemaah menteri membuat keputusan pada akhir tahun 2020 lepas untuk membatalkan projek HSR KL-Singapura untuk diganti dengan projek HSR KL-Johor Baharu?
2️⃣ Kenapa syarikat ERL telah dipilih terdahulu dan siapa pemegang saham terbesar syarikat ERL?
3️⃣ Kenapa kos RM3.3 bilion diperuntuk untuk membayar syarikat ERL untuk menaik taraf sistem ERL sedia ada dan adakah ianya benar bahawa pampasan sehingga RM7.7 bilion telah diperuntuk dan dipersetujui kabinet kerajaan Muhyiddin untuk dibayar sebagai pampasan kepada syarikat ERL milik YTL?
Akibat pembatalan projek ini, Malaysia bukan sahaja membayar kos pampasan RM320 juta kepada Singapura tanpa sebab tetapi telah tertinggal dalam ASEAN manakala manfaat ekonomi jangka panjang sebanyak RM500 bilion akibat kehilangan peluang pelaburan dan pelancongan lebih rancak bagi Malaysia telah terlepas.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku enjoy the show aja |
|
|
|
|
|
|
|
marah nye heols dgn abah ngkorang ni.. sampai sanggup bekap PH-nuart hahahaha
Najib Razak
1h
·
Sila semak fakta sebelum meroyan.
Projek HSR ditangguh oleh kerajaan PH (ketika Muhyiddin dan Azmin juga sebahagian PH).
Lalu dibatalkan oleh Muhyiddin ketika dia Perdana Menteri dengan membayar pampasan RM320 juta kepada Singapura sebab Muhyiddin mahu pilih syarikat ERL milik YTL untuk ganti projek tersebut - namun projek tidak lagi melibatkan Singapura tetapi hanya sampai ke Johor Baharu.
|
|
|
|
|
|
|
|
atira replied at 6-12-2022 04:33 PM
aku enjoy the show aja
Ini memang menjilat jari.
Sayang Muhyiddin bukan menteri kewangan. Kalau x boleh guna dialog ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sayang MINDEF n kementerian luar bandar paling banyak isu. Duit mara zaman annuar musa, projek projek terbengkalai MINDEF. Tapi 2 2 bawah umno. Memang xde pendakwaan lah |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk dan artikel berkecamuk. Nak bercerita psl yiddin ke.. psl jibby? Penin! |
|
|
|
|
|
|
|
atira replied at 6-12-2022 04:52 PM
marah nye heols dgn abah ngkorang ni.. sampai sanggup bekap PH-nuart hahahaha
Najib Razak
1h
Aritu iols terkejut gak cemana umno leh join kabinet yiddin tu memandangkan hub yiddin ngn najib tidak baik sejak zaman depa PM dan TPM.
Takkan semudah tu melupakan persengketaan, sedangkan tun ngn bang non pun sampai skrg tak ok. Hanya purak2 je aritu berbaik demi kepentingan politik.
So iols percaya je memasing tak penah ikhlas pun tambah lagi pok jib didapati bersalah olh mahkamah masa kerajaan PN memerintah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Diharap saifuddin nasution boleh memperjelaskan apakah yg telah berlaku akaun jibun ini? adakah jibbik mempunyai akses internet di dlm penjara? masa hamzah zainudin jaga haram nak berkutik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semak btl la mat sakau nih |
|
|
|
|
|
|
|
atira replied at 6-12-2022 04:33 PM
aku enjoy the show aja
bagus acik atira bukak tred ni... utk perhatian org mcm saya ni
tapi malangnya sekarang ni ada banyak lambakan drama2 politik yg lain utk dilayan oleh para penyokong politik.. mungkin akan tenggelam la tred ni |
|
|
|
|
|
|
|
..adoi... hahahahahah popcorn popcorn mana popcorn... |
|
|
|
|
|
|
|
aik memekak balik...ingatkan dh selesa duk dalam |
|
|
|
|
|
|
|
takkan aku sorg je kena duduk dlm ni...bosan, aku nk ada geng jugak |
|
|
|
|
|
|
|
bila masa nak kerja utk rakyat dan bangunkan negara ni? |
|
|
|
|
|
|
|
untung la, BN dah join force dgn DAP |
|
|
|
|
|
|
|
aku saspek yidin ni kaki sakau juga |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha.. bukan la.
tapi mmg refer tweet sheols. senang la.. dia compilekan semua peristiwa setiap hari
|
|
|
|
|
|
|
| |
|