CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 676|Reply: 0

Kian Meng-Pei Jing 'smash' juara Olimpik

[Copy link]
Post time 7-12-2022 06:11 PM | Show all posts |Read mode
Kian Meng-Pei Jing 'smash' juara Olimpik


Kian Meng-Pei Jing akhirnya berjaya kalahkan Wang Yi Lyu-Huang Dongping selepas tujuh pertemuan di Jelajah Dunia Akhir BWF.



KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengakhiri badi kekalahan di tangan pasangan China, Wang Yi Lyu-Huang Dongping apabila melakar kemenangan pada aksi pertama Kumpulan B saingan Jelajah Dunia Akhir BWF di Bangkok, Thailand, sebentar tadi.

Pasangan nombor lapan dunia itu memastikan permulaan sempurna buat mereka di kejohanan akhir musim berkenaan menerusi kemenangan 23-21, 14-21 21-16 ke atas Yi Lyu-Dongping yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam aksi di Arena Nimibutr.

Sebagai rekod, Kian Meng-Pei Jing tidak pernah menang ke atas lawan yang menghuni ranking keempat dunia itu apabila tewas dalam semua tujuh pertemuan sebelum ini.

"Kami sangat berpuas hati dengan permainan kami hari ini, semua strategi permainan kami berjalan seperti yang dirancang. Fokus kami dalam perlawanan ini juga sangat baik.

"Ini adalah kali pertama kami berjaya menewaskan mereka, sebelum ini kami tewas dalam tujuh perlawanan berturut-turut. Sudah tentu kami sangat gembira dengan kemenangan dan berharap dapat mengekalkan momentum untuk perlawanan seterusnya," kata Pei Jing selepas tamat perlawanan.

Kian Meng-Pei Jing berdepan satu lagi tugas mencabar apabila dijadual bertemu pasangan nombor satu dunia yang juga juara bertahan, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand untuk aksi kedua peringkat kumpulan, esok.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah yang tewas dalam aksi pertama Kumpulan B di tangan pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia.

Juara Terbuka Perancis itu terpaksa akur dengan kekalahan 21-23, 19-21 kepada Rahayu-Siti Fadia.

Bagaimanapun, pasangan nombor sembilan dunia itu tekad untuk bangkit apabila bertemu juara dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan pada aksi kedua kumpulan esok.

"Saya fikir permainan hari ini tidak seperti yang kami rancang. Saya juga kurang yakin untuk melakukan beberapa pukulan sekali gus menjejaskan rentak permainan kami dalam perlawanan ini.

"Apapun, kami harap akan lebih fokus dan dapat menampilkan prestasi yang lebih baik untuk perlawanan seterusnya," kata Thinaah.

Nasib sama turut dialami satu lagi beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sin apabila tewas di tangan pasangan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong 18-21-13-21 dalam aksi pembukaan Kumpulan A.

Perlawanan kedua esok menyaksikan mereka dijadual bertemu beregu Thailand, Benyapa Aimsaard- Nuntakarn Aimsaard.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... smash-juara-olimpik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.139417 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list