|
Bahan-bahan Ayam Goreng Mamak:
½ - 1 ekor ayam
2 inci halia
5 ulas bawang putih
300g tepung jagung
1 sb serbuk ketumbar
½ sb serbuk jintan manis
½ sb serbuk jintan putih
1 sb serbuk kari ikan/daging
1 sb serbuk Cukup Rasa
1-2 sk garam
3 sb tepung beras
2 biji telur
½ sk pewarna merah
½ sk pewarna oren
1 sb jus limau
Daun kari
Cara-cara untuk tepung salutan:
Kisar halus halia dan bawang putih dengan sedikit air.
Masukkan tepung jagung, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kari ikan atau daging, serbuk cukup rasa, garam, tepung beras dan bahan kisar halus.
Masukkan telur, lalu gaulkan kesemua bahan sambil memasukkan air sedikit demi sedikit.
Gaul sehingga menjadi adunan yang tidak terlalu cair dan tiada ketulan tepung.
Masukkan pewarna merah dan oren kedalam adunan.
Masukkan potongan ayam lalu gaul sehingga adunan dan ayam bersalut sekata.
Masukkan jus perahan limau atau lemon kedalam adunan ayam.
Perap ayam lebih kurang 1 jam atau semalaman.
Panaskan minyak lalu goreng ayam.
Ketika menggoreng, tabur daun kari kedalam minyak dan goreng ayam sehingga masak.
Angkat ayam goreng dan toskan minyak. Goreng juga lebihan adunan dan kemudian, Ayam Goreng Mamak siap untuk dihidang.
Sumber : resepichenom |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|