|
Jannik Sinner dari Itali membalas pukulan Carlos Alcaraz. - Foto Reuters
MIAMI, Amerika Syarikat: Pemain Itali, Jannik Sinner mengakhiri impian Carlos Alcaraz untuk meraih dua kejuaraan berturut-turut dan penguasaannya sebagai pemain tenis nombor satu dunia selepas menang 6-7 (4/7), 6-4, 6-2 pada aksi separuh akhir Terbuka Miami, hari ini.
Sinner akan bertemu pemain Russia, Daniil Medvedev untuk aksi final, esok manakala Alcaraz akan kehilangan status sebagai pemain nombor satunya kepada Novak Djokovic.
Medvedev mara ke final Jelajah ATP kelima berturut-turut menerusi kemenangan 7-6 (7/5), 3-6, 6-3 ke atas rakan senegara, Karen Khachanov.
Aksi Carlos Alcaraz dari Sepanyol ketika menentang Jannik Sinner. - Foto Reuters
Kekalahan di pentas separuh akhir sesuatu yang mengecewakan buat Alacaraz yang tampil sebagai juara bertahan selain baru muncul juara Indian Wells, dua minggu lalu.
Sementara itu, Medvedev, berkata walaupun sedar bakal berdepan ujian mencabar di pentas final, namun dia yakin mampu menewaskan mana-mana pemain dalam jelajah itu.
"Saya perlu percaya pada diri sendiri. Saya tahu saya mampu memenangi gelaran besar. Saya tahu saya boleh bermain dengan baik dan menewaskan sesiapa sahaja," kata Medvedev. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... n-nombor-satu-dunia |
|