View: 1704|Reply: 26
|
Taman Negara Bunuh Anak Bison Selepas Disentuh Pengunjung
[Copy link]
|
|
Taman Negara Yellowstone membunuh seekor bison yang baru lahir di negeri Wyoming, Amerika Syarikat selepas seorang pelawat sengaja menyentuh haiwan itu.
Pelawat itu cuba membantu anak haiwan itu menyertai kumpulan binatang tersebut selepas ia dipisahkan daripada ibunya, menurut taman negara.
Kawanan itu menolak anak bison berkenaan walaupun ia cuba berulang kali disatukan oleh renjer.
Seorang lelaki dirakam menyentuh anak bison yang ditinggalkan kawanannya. foto Yellowstone National Park
Yellowstone kini sedang menyiasat kejadian itu.
Anak bison itu terpaksa dibunuh kerana ia menghampiri kereta dan orang ramai di jalan raya, “menyebabkan keadaan berbahaya”, kata taman itu pada hari Selasa.
“Seorang lelaki kulit putih yang tidak dikenali dalam lingkungan 40-50-an, memakai baju biru dan seluar hitam” menghampiri bison yang baru lahir pada hari Sabtu selepasia terpisah daripada kumpulannya ketika cuba menyeberangi Sungai Lamar.
“Ketika anak bison itu bergelut, lelaki itu menolaknya ke atas dari sungai dan ke jalan raya,” kata taman itu.
Haiwan yang baru lahir itu kemudiannya dilihat di jalan raya di sekitar kenderaan dan pengunjung.
Campur tangan orang boleh menyebabkan kawanan menolak keturunannya.
“Mendekati haiwan liar secara drastik boleh menjejaskan kesejahteraan mereka dan, dalam kes ini, kelangsungan hidup mereka,” kata siaran berita, sambil menyatakan orang ramai dikehendaki berada sekurang-kurangnya 23 meter dari semua hidupan liar dan 98 meter dari beruang dan serigala.
“Keselamatan haiwan ini, serta keselamatan manusia, bergantung kepada setiap orang yang menggunakan pertimbangan yang baik dan mengikut peraturan mudah ini.” menurut taman tersebut.
Penguatkuasa undang-undang Taman Negara Yellowstone kini sedang mencari maklumat daripada orang ramai mengenai kejadian itu.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Macam anak kucing kan. Kalau baru lahir jangan sentuh nanti mak dia makan anak2 tu katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bison ni byk kat great plain US.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni le Bison bile dah besar
kalo taraf anak cenggini la rupenye
|
|
|
|
|
|
|
|
even haiwan pun menjaga keturunan
ahaks
ni kan lagi nak bawa anak dara org tgh malam tgk wayang touch2 n go
|
|
|
|
|
|
|
|
iye nokss. apa ke budusss lahai omputih nehhh
even kucing kurap tepi jalan tu kut baru beranak toksah la kome pegang, kang terpalit bau kepam kome terus mak dia tak nak and makan anak dia tu
|
|
|
|
|
|
|
|
ramai dara sudah tidak berdara lagi pun.. belum masuk anak dara tua lagi a.k.a andartu
|
|
|
|
|
|
|
|
Bison ni adik beradik seladang ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa seladang
kenapa tidak sekandang atau sereban
|
|
|
|
|
|
|
|
yg lahir 80an mesti kena Bison kan? |
|
|
|
|
|
|
|
sekebun cinta yang berbunga..
|
|
|
|
|
|
|
|
Meolls selalu kalah dengan M Bison masa main Street Fighter |
|
|
|
|
|
|
|
Abuuuugiittttttt.......haaa nyah oiiiiiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus2.....zaman 80an je hidup antara analog dan digital .............
|
|
|
|
|
|
|
|
bila manusia dah pegang2, family bison tu dah tak approve dah tak kenal bau anak or geng dia sendiri, mostly binatang pun macam tu, sama jugak kucing, anjing,.... diorang akan ignore baby tu kalau bau dah tak sama, dah cemar.... dah akan tinggalkan or bunuh je baby tu nnt.. sbb tu kalau haiwan yang dipelihara manusia tak boleh suka2 lepaskan begitu je kat habitat asal...kena ada penyesuaian dulu bagi kenal2 ngan geng lain dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 baby tu lahir tak sihat, tu yg mak or group dia reject,sbb dh tau tak bleh hidup lama.. kucing aku beranak haritu pun camtu gak, seminggu pas beranak dia bawak sekor anak dia buang kt aku, rupanya dh nk mati.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|