CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16188|Reply: 25

Taib Mahmud nikah wanita Arab?

[Copy link]
Post time 18-12-2010 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Taib Mahmud nikah  wanita Arab?

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
[email protected]



KUCHING 17 Dis. – Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 74,dikatakan telah bernikah dengan seorang wanita Arab dipercayai dariLebanon berusia 30-an di sini hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan majlis pernikahan yang diadakan secaratertutup itu disempurnakan oleh Mufti Sarawak, Kipli Yassin.
Majlis resepsi perkahwinan tersebut dikatakan akan berlangsung esok (Sabtu).
Perkahwinan itu sekali gus menamatkan zaman duda Ketua Menteri ituselepas kematian isteri, Allahyarham Puan Sri Laila Taib akibat kanserpada April tahun lalu.

Beliau yang berkahwin dengan Allahyarham pada 1959 dikurniakan empatorang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman AbdulRahman dan Hanifah serta 15 cucu.
Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan Abdul Taib berkahwindengan anak Allahyarham Tan Sri P. Ramlee iaitu Dian P. Ramleememandangkan minat mendalam beliau pada lagu-lagu Seniman Negara itu.
Bagaimanapun, dramatis tersebut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut menyebabkan berita tersebut tenggelam begitu sahaja.

Usaha wartawan Utusan untuk mendapatkan pengesahan beritaperkahwinan terbaru Abdul Taib dengan wanita Arab daripada pelbagaipihak termasuk Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam),Datuk Daud Abdul Rahman menemui kegagalan.
Abdul Taib yang diminta mengulas berita pernikahannya ketika ditemuiwartawan selepas menghadiri Majlis Dialog dan Makan Malam BersamaPersatuan-Persatuan Cina di sebuah hotel di sini, sekadar menjawab:“Belum lagi.”

Difahamkan beliau mempunyai program di Kapit, esok.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2010 03:20 PM | Show all posts
Taib nafi sudah kahwin
Oleh M Hifzuddin Ikhsan

2010/12/18
Pengumuman lanjut akan dibuat

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menafikan khabar angin mendakwa beliau sudah berkahwin, tetapi pada masa sama meminta semua pihak bersabar menunggu pengumuman lanjut mengenainya.

Taib yang menghadiri sesi dialog bersama Dewan Perniagaan Cina Sarawak, di sebuah hotel di sini, semalam, sebelum itu kelihatan ceria malah dilihat bersemangat memberi ucapannya. Terdahulu pihak media cuba mendapatkan reaksi beliau mengenai gembar gembur perkahwinannya namun Ketua Menteri yang berpakaian kasual meminta wartawan menunggu majlis selesai.

Ketika ditemui selepas majlis berakhir, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, termasuk berhubung satu majlis yang dijadual diadakan di kediaman rasminya, petang ini.

“Belum lagi.. belum lagi,” kata Taib, merujuk kepada khabar mengenai perkahwinannya yang sedang bertiup kencang ketika ini, tetapi sumber rapat kepada Ketua Menteri kemudian menjelaskan pengumuman mengenai perkara itu dijangka dibuat dalam tempoh terdekat.

“Kami hanya dimaklumkan isterinya berusia lewat 20-an, berasal dari Syria atau Lubnan. Kami juga tidak berapa tahu perkara ini. Majlis esok (petang ini) cuma kenduri doa selamat... resepsi perkahwinan beliau mungkin diadakan pada Januari depan,” kata sumber terbabit kepada Berita Harian.

Usaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkahwinan berkenaan bagaimanapun gagal, namun difahamkan Taib ada bertemu dengan pilihan hatinya itu ketika menunaikan fardu haji, baru-baru ini.

Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 12:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 07:06 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 12:29 PM | Show all posts
huhhhh...masih ada nafsu lg org tua ni....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 01:23 PM | Show all posts
lelaki...lelaki....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-12-2010 05:31 PM | Show all posts
huhhhh...masih ada nafsu lg org tua ni....
stars83 Post at 19-12-2010 12:29



    beliau masih mampu beri nafkah zahir & batin.. ok la tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 05:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by dynaz_zhalia at 19-12-2010 17:35

Tahniahhhh!!! Cantik & mudal lagi isteri dia ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2010 05:32 PM | Show all posts
Taib, wanita Lubnan selamat diijab kabul


2010/12/19



      KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selamat dinikahkan dengan gadis Lubnan berusia 28 tahun (gambar kecil) di Kuching , malam tadi.

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun dalam majlis tertutup yang diadakan di kediaman rasminya, di sini, malam tadi.

Terdahulu, anggota keselamatan yang bertugas di kediaman Taib memaklumkan satu majlis tertutup diadakan dengan pihak media tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.
Majlis itu hanya dihadiri orang kenamaan dan ahli keluarga terdekat bermula dengan majlis tahlil dan doa selamat yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu khas.
Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir.

Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.
“Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari,” katanya.

Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu

Berita Harian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 05:33 PM | Show all posts

TAIB dinikahkan Kipli dalam majlis tertutup di kediaman rasmi Ketua Menteri Sarawak, di Kuching, malam tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 05:34 PM | Show all posts


WANITA Lubnan berusia 28 tahun yang dinikahi Taib.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 05:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2010 08:03 PM | Show all posts
huh...rantai mak aiiii....

abis ler sarawak lepas nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2010 09:13 PM | Show all posts
huh...rantai mak aiiii....

abis ler sarawak lepas nih.
marla69 Post at 19-12-2010 20:03



    rantai orang sebelah baju pink pun lebih kurang kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2010 06:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2010 03:41 PM | Show all posts
wwwoooowwwwwhmy3:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2010 04:38 PM | Show all posts
tahniah.........
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 11:38 AM | Show all posts
rantai orang sebelah baju pink pun lebih kurang kan..
dynaz_zhalia Post at 19-12-2010 21:13



    Kali ya kakak pengantin... hadiah langkah bendul
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2011 11:40 AM | Show all posts
Ktkorg nampak sik apa yg kamek diat???

Kamek nangga rantey bini nya melambangkan hasil bumi Sarawak yang kaya raya dengan orang2 yg miskin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-1-2011 02:47 PM | Show all posts
Post Last Edit by dynaz_zhalia at 20-1-2011 19:07



SAAT BAHAGIA: Taib dan Ragad berpimpin tangan ketika memasuki dewan persandingan di Kompleks DUN malam tadi.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.044765 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list