CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 30067|Reply: 29

Dipaksa hilangkan diri 3 hari, rupanya santai dalam bilik- Influencer Eyka dedah cerita sebenar di podcast Caprice

[Copy link]
Post time 17-2-2025 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Selepas memuat naik kenyataan memohon maaf di media sosial pada minggu lalu, pempengaruh (influencer) wanita yang terlibat dalam pembikinan content di hutan Bandung, Indonesia, akhirnya tampil mendedahkan perkara sebenar yang berlaku di sebalik rancangan 'kehilangannya'.

Menerusi siaran podcast penyanyi rap Caprice pada Ahad malam, pempengaruh dikenali sebagai Eyka mendedahkan dia terpaksa menerima arahan untuk terlibat dalam content YouTuber sensasi, Ammar Nazhan kerana bimbang akan keselamatan dirinya.



"Masa hari kejadian, Eyka dipanggil oleh dua orang iaitu pihak sebelah sana, dia terus brief apa yang nak jadi.

"Dia kata 'Eyka you kena hilang dalam tiga hari tau'. Saya terkejutlah kenapa perlu hilang dalam masa tiga hari. Saya diam kejap sebab dikelilingi lelaki.

"Nak kata 'nak' pun tidak, nak kata 'tak' pun tidak. Takut diapa-apakan sebab masa itu saya seorang saja perempuan masa briefing tu," ujarnya, namun enggan mendedahkan nama individu yang dimaksudkannya.

Menurut Eyka, sepanjang 'kehilangannya' selama tiga hari, dia sebenarnya pulang ke lokasi penginapan seperti biasa dalam tempoh tersebut.

Malah Eyka mengaku dirinya tidak menyangka insiden tersebut mencetuskan kekecohan di Malaysia dan Indonesia, sehingga akhirnya dia bertindak menghubungi keluarga pada hari kedua 'kehilangannya' untuk memaklumkan perkara sebenar.

  



"Salah Eyka juga tak inform famili. Ingat macam biasa-biasa je, tak expect viral macam ni. Tapi hari kedua tu saya beritahu keluarga ini hanya content jadi mereka tak risau pun," ujarnya lagi.

Selain Eyka, turut tampil bersamanya dalam podcast tersebut adalah pelakon dan penyanyi, Izzrin Irfan yang juga rakan Ammar.

Ketika ditanya Caprice mengenai bayaran yang diterima kerana terlibat dalam content tersebut, Izzrin mendedahkan mereka sebenarnya langsung tidak diberi wang.  

"Bayaran satu sen pun kami tak pernah dapat. Dia kata bayaran berbentuk makanan, tempat tinggal dan dia tak pernah kacau kerja lain kami.

"Apa yang saya dengar, rancangan ini kosnya dalam RM10,000. Jumlah itu digunakan untuk membayar polis, tentera dan penduduk kampung.

"Bila benda ni jadi terlalu besar, perancang-perancang ni tak nak mengaku ini semua adalah rancangan mereka.

"Jadi mereka bayar kambing hitam yang mereka panggil Mafia Indonesia yang polis di negara itu sendiri tak berani terlibat. Kambing hitam tu dah dibayar tapi dia tak pernah muncul," kata Izzrin.

  


Dalam pada itu, Eyka berkata dia akhirnya mengambil keputusan pulang ke Malaysia kerana enggan lagi terlibat dengan rancangan tersebut.

"Malam yang saya dijumpai tu, siang esoknya tu saya rasa tak boleh dah ni. Masa tu sedar benda ni salah. Kemudian saya book flight balik Malaysia.

"Saya nak minta maaf pada semua orang termasuk keluarga sebab mereka pun kena kecam teruk. Itu kesilapan saya sendiri. Selepas ini saya cuba buat video yang bermanfaat," ujarnya lagi.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
One word... Bodo
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
So berapa topinasik bayar ko untuk podcast dia?  Bangang
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn tipulah. ko pon antara perancang kan??
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 08:04 AM | Show all posts
Memang mengundang makian betul.

Ni tak tau la jahat ke, bodoh ke atau kedua-duanya sekali. Harap kena tindakan la deyols tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Araz tu mmg dari dulu bab1 suka buat benda bodo merosakkan nama para
Yg ppuan ni pun bodo pg ikut jantan2 ni sampai ke indo dah knp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2025 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 Melayu mmg suka sgt buat benda2 bodoh mcm ni.....merempit, content bodo, isap dadah....sibuk dgn paranormal bagai, pastu jumpe hantu terpekik2 mcm sial....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 08:24 AM | Show all posts
so perancang utama sapa?
si bingai tu ke?
ke semua dah plan dari mula....?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 08:44 AM | Show all posts
sebab tak dibayar la kau pecah lobang kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 09:33 AM | Show all posts
so xde yg kene cas dgn polis indon la ye dah polispun diupah ke mcm mane
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 09:36 AM | Show all posts
bosan do tgk paranormal nusantara
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 01:17 PM | Show all posts
patut tangkap sheols and the gang... treat them like orang yg buat panggilan palsu 999... tapi denda pun takde? dh dibayar jugak la tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 02:22 PM | Show all posts
generasi bdk now
tunggu lagi 10 tahun mmg rosak dah otak bdk2 kita
ramai betul melayu yang bodoh
kalau tak control skrg mmg pupus dah org bijak pandai adab budi bahasa semua la
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak minat dan takda masa nak tgk content creator bodo. Kalau channerl youtube paranormal dulu iols tgk faizal rozi jah. Mr adem tu suka meremang2, tapi gangguan kt dia hard core gak, tak la gemar sgt dia. Now faizal rozi pun dah tak aktif. Iols layan yg informative jah, setakat insta/yt femes jual muka/peel bodoh/game2 bodoh syok sendiri not my level

Gituhhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 02:33 PM | Show all posts
Polis n bomba indon pun dibayar utk konten ni. Pihak berkuasa sana tutup kes sbb melibatkan reputasi anggota pguatkuasa yg terima rasuah geng para ni.

Kalau dia teruskan siasat silap hari ramai lg anggota yg terima rasuah bekaitan kes ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 02:38 PM | Show all posts
zuriey replied at 18-2-2025 08:07 AM
Araz tu mmg dari dulu bab1 suka buat benda bodo merosakkan nama para
Yg ppuan ni pun bodo pg ikut ja ...

Top hos tt jaga baek punyaa. Kalau puak2 bodo duk bagi gif beribu tiap malam tt la yg untung..kalau x dak org bagi gif ingat deme nk buat kerja ni?
Tunggu task jalan baru hunting. Live pukul 11pm pukul 2,3am baru hunting. Byg kan brapa byk dpt 1 mlm


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2025 04:22 PM | Show all posts
bodo
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 04:34 PM | Show all posts
harap kali ni pihak berkuasa tak lepaskan budak ammar ni .. kenakan hukuman yg paling berat sebagai pengajaran pada content2 creator yg lain lepas nih
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 04:45 PM | Show all posts
Orang bodo je yg tengok budak2 ni kebanyakannya budak sekolah.. Komen pun annoying, tak baik abg izz buat kak eyka, kan kak eyka dah merajuk.. Pergi pujuk kak eyka balik.. Puik!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2025 05:13 PM | Show all posts
from content creater ...dgn konten bodoh2 serta mmperbodohkan seluruh rkyt msia

to fashion nonok di AJL

inilah golongan MUDA yg waibi sadiq agung2kan
belum lg tiktok tergedik2 kannnnnnnnn

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.046485 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list