View: 2058|Reply: 1
|
Snoop Dogg Derma RM45,000 Bantu Warga Emas Pertahankan Tanah Keluarga
[Copy link]
|
|
Penyanyi rap Snoop Dogg menghulurkan derma kira-kira RM45,000 bagi membantu seorang wanita berusia 93 tahun bagi melindungi tanah milik keluarganya.
CNN melaporkan, Snoop Dogg mengambil keputusan untuk membantu wanita berkenaan kerana teringatkan ibu dan neneknya.
Snoop Dogg terharu mengingatkan ibu dan neneknya.
"Saya melakukannya (menderma) dari hati. Dia mengingatkan saya kepada ibu dan nenek saya," katanya.
Wanita berkenaan bernama Josephine Wright sebelum ini cuba mengumpul wang menerusi kempen GoFundMe bagi membantu dirinya mendapatkan semula tanah itu.
Dia bagaimanapun disaman oleh kumpulan pembangunan Bailey Point Investment LLC yang mendakwa beberapa struktur tanah itu berada di atas harta mereka.
Kumpulan pelaburan itu merancang untuk membina 147 rumah baharu di Pulau Hilton Head yang turut merangkumi tempat tinggal Josephine.
Bailey Point Investment LLC dilaporkan menawarkan Josephine $30,000 (RM136,000) untuk tanah itu, namun dia menolak.
Josephine memfailkan saman balas terhadap syarikat berkenaan, namun tindakannya itu didakwa sebagai ugutan.
Dalam pada itu, Snoop Dogg bukanlah satu-satunya selebriti yang terharu dengan kisah Josephine ini, malah pelakon Tyler Perry turut menyokong perjuangan wanita berkenaan.
Difahamkan, Josephine dan keluarganya perlu mengumpul wang sebanyak RM1.5 juta dan setakat ini mereka berjaya memperoleh RM1.2 juta.
Tanah yang diperjuangkan itu merupakan kediamannya bersama tujuh anak termasuk 40 cucu dan lebih 60 orang cicit sepanjang 30 tahun mereka tinggal di sana.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
bgs snoop, tlg insan yg sdg susah |
|
|
|
|
|
|
| |
|