CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1595|Reply: 2

[Tempatan] Misbun terkilan tindakan Norza, dakwa Presiden BAM tidak profesional

[Copy link]
Post time 1-8-2023 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 1-8-2023 02:04 PM


Datuk Misbun Sidek (kanan) terkilan dengan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

KUALA LUMPUR: Datuk Misbun Sidek yang 'dipecat' daripada tugasnya sebagai Pengarah Pembangunan Remaja Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) secara rasmi hari ini, meluahkan rasa terkilan dengan presiden badan induk itu, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Misbun yang ditamatkan kontraknya lebih awal daripada yang sepatutnya menyifatkan tokoh nombor satu BAM itu yang sebelum ini pernah merayu beliau untuk kembali ke pangkuan BAM, tidak profesional.

"Memang rasa terkilan dengan apa yang dilakukan oleh Tan Sri Norza.

"Saya ada telefon Norza dan tanya adakah dia tahu mengenai perkara ini, dia cakap ya. Saya cakap terima kasih.

"Dia just wish good luck (selamat maju jaya).

"Dulu apabila masa dia nak saya, saya dijemput. Dia pujuk beberapa kali untuk saya bantu BAM.

"Saya sendiri ke rumah dia untuk tandatangan kontrak.

"Tapi bila benda jadi macam ini bukan dia sendiri beritahu saya. Saya dimaklumkan oleh Datuk Subramaniam (Timbalan Presiden BAM)," katanya.

Kata Misbun, perkara itu membuat beliau terkilan sebab niatnya hanya untuk bantu BAM.

"Dalam situasi sekarang ini boleh bincang dan saya boleh terima jika Tan Sri (Norza) yang umumkan.

"Tapi dengan cara macam ini memang terkilan dan kecewa," katanya.

Biar apa pun yang terjadi Misbun menjelaskan bahawa beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan namun hanya mahu menjelaskan keadaan.


https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2023/08/1134345/misbun-terkilan-tindakan-norza-dakwa-presiden-bam-tidak-profesional

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
"Dulu apabila masa dia nak saya, saya dijemput. Dia pujuk beberapa kali untuk saya bantu BAM...k
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2024 10:39 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.286805 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list