CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1616|Reply: 1

[Tempatan] Selepas tata kelola dan libat urus kini kerangka kawal pula: Kerajaan teliti keperluan wujud kerangka kawal selia AI – Fahmi

[Copy link]
Post time 1-8-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 1-8-2023 02:20 PM



Fahmi berswafoto dengan riangnya bersama para peserta selepas Majlis Public Sector Day 2023 di Hotel Le Meridien, Putrajaya, hari ini.-Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan akan meneliti keperluan untuk mewujudkan kerangka kawal selia berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam mengatasi cabaran dan masalah etika penggunaan teknologi tersebut.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, terdapat kewajaran untuk kerajaan meneliti dengan lebih lanjut berhubung keperluan kerangka itu di negara ini memandangkan ia merupakan suatu teknologi baharu.

“Ini satu teknologi yang baharu dan saya percaya kita perlu kumpulkan tenaga pakar kerajaan dan industri untuk memahami beberapa cabaran termasuk isu-isu etika melibatkan AI khususnya generatif AI memandangkan ia mungkin mempunyai kesan kepada sektor pekerjaan.

“Ketika ini ramai yang mula menggunakan aplikasi generatif AI (jadi) ada kewajaran bagi pihak kerajaan meneliti keperluan mewujudkan satu kerangka kawal selia bagi isu AI. Dalam isu ini kementerian yang berwajib antara lain semestinya MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) dan juga KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital).

“Kita akan bekerjasama untuk meneliti apa yang perlu kita usahakan (untuk) mewujudkan satu kerangka kawal selia bagi AI di Malaysia,” katanya menerusi sidang media selepas menyampaikan ucaptama sempena Public Sector Day 2023 di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi mencadangkan supaya Radio Televisyen Malaysia (RTM) dapat mewujudkan sebuah program khas dengan mengundang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai tetamu bagi mengulas mengenai AI dalam Bahasa Melayu yang bertujuan meningkatkan pemahaman rakyat terhadap teknologi itu.- KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2023/08/01/kerajaan-teliti-keperluan-wujud-kerangka-kawal-selia-ai-fahmi/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2024 10:41 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.034159 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list