CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2507|Reply: 10

[Politik] Calon PN bukan Islam tapi boleh jadi pengerusi tahfiz? Kerlas ko dek!

[Copy link]
Post time 4-8-2023 09:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 4-8-2023 11:25 AM

Seorang calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau dianggap sebagai calon ‘tangkap muat’ lantaran mencetuskan banyak keraguan berhubung latar belakangnya.

Paling dilihat menjadi bahan sendaan orang ramai ialah kerjaya P.M Kumar sebagai ‘Pengerusi Pusat Tahfiz al-Quran’ walaupun dia calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPP) Negeri Sembilan.

Poster kempen calon berkenaan yang turut dimuatkan di TikTok Kumar yang kononnya memperoleh diploma dalam pengurusan perniagaan dari Bethel Faith University itu tular di media sosial.

Menerusi deretan komen di TikTok Ketua DHPP Kawasan Jempol itu, rata-rata warganet mempersoal siapa sebenarnya Kumar termasuk bertanyakan lokasi pusat tahfiz yang dipengerusikannya.

Malah, orang ramai juga mempertikai bagaimana calon Pas berusia 54 tahun itu boleh selamba menggunakan gelaran ‘Dr’ tetapi kelayakannya hanya diploma.

“Salam Ustaz Kumar, share location pusat tahfiz, anak buah saya nak join. '"Copek la tuan. Kek mano pusat tahfiz tu. Ghamai nak daftar tu ????

“Pengerusi pusat tahfiz mana tu?

“Tahfiz al-Quran mana tu? Letak nama please. “Dahsyat diploma tapi title Dr. Semua title lah dia balun!” demikian antara komen warganet di TikTok Kumar.

Sehubungan itu, orang ramai berharap agar rakyat terutamanya pengundi Bahau menolak calon ‘tangkap muat’ yang dilihat sanggup berbohong secara terang-terangan.

Namun, ada yang berpendapat kemampuan untuk berfikir secara rasional itu mungkin tidak wujud dalam kalangan penyokong tegar Pas yang kerap digelar netizen sebagai ‘walaun’.

“Letaklah apapun walaun tetap percaya,” kata pengguna TikTok, jibun@45.

Kumar atau nama tertera dalam senarai SPR, Kumar S Paramasivam akan berdepan dengan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang, Teo Kok Seong dari DAP.

Dia adalah antara tiga calon bukan Islam dari DHPP Negeri Sembilan yang diumum sebagai calon PN pada PRN Negeri Sembilan, 12 Ogos ini.

Dua lagi calon DHPP yang mewakili PN ialah N Sathes Kumar (DUN Mambau) dan S Ragu di DUN Lukut.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bisnes apa yg kumar ni buat yer? Halal ke non halal?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Semalam kt twitter katanya ‘funder’ je.. gtuuu lh nk cover
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat website dia tulis dia dato seri diraja dr....phwarrrr kaleng2 org ni tu lah spelling semua out lah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 10:20 AM | Show all posts
Kenapa dia menaja pusat tahfiz? Nak suruh melayu makin mundur letew

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2023 11:26 AM | Show all posts
Alamak..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2023 11:30 AM | Show all posts
igtkan dia nk target jadi prime minister
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum apa2 menipu.. ikut lebai letuuu!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengikut lobai,Menipu untuk kemaslahatan ummah itu dibenarkan…
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2024 11:06 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2024 02:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.073908 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list