CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1231|Reply: 1

[Politik] PN batalkan Pulau Silikon jika terajui Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 4-8-2023 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 4-8-2023 04:50 PM


Persatuan Nelayan Pulau Pinang bersama calon-calon Pilihan Raya Negeri (PRN) yang hadir bergambar selepas sidang media tuntutan kepada calon PRN Pulau Pinang di Unit Nelayan Sungai Batu di sini. FOTO DANIAL SAAD

Georgetown: Cadangan tambakan laut membina Pulau Silikon akan dibatalkan sekiranya Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran kerajaan Pulau Pinang, minggu depan.

Pengerusi PN negeri, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, berkata keputusan itu selari ketetapan gabungan berkenaan yang membantah projek tambakan laut bersama Persatuan Nelayan Pulau Pinang (PEN Mutiara).

Ini kerana katanya, pembinaan projek mega itu bakal menjejaskan 6,000 nelayan di negeri itu, termasuk seramai 1,600 daripada lapan unit nelayan di kawasan berkenaan.

"Malah, pembatalan projek tambakan laut adalah antara manifesto saya. Justeru, kita akan segera membatalkannya jika PN diberi mandat menerajui Pulau Pinang. Kita tak akan benarkan walaupun satu pulau buatan dibina," katanya.


Beliau yang juga Timbalan Presiden PN merangkap Presiden GERAKAN berkata demikian pada sidang media tuntutan PEN Mutiara kepada calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang di Unit Nelayan Sungai Batu di sini, hari ini.

Akhbar sebelum ini, melaporkan projek Pulau Pinang Selatan (PSI) membabitkan tambakan laut berskala besar bagi membina tiga pulau buatan, dikecilkan kepada pembinaan sebuah pulau sahaja iaitu Pulau Silikon atau Pulau A, berkeluasan 920 hektar.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dipetik berkata projek tambakan laut membabitkan Pulau B yang berkeluasan 560 hektar dan Pulau C seluas 320 hektar tidak diteruskan.

Keputusan itu dibuat selepas lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang meminta kerajaan negeri mengkaji supaya skop PSI dikecilkan, sekali gus menjadikan projek itu menguncup 49 peratus daripada keluasan asal 1,821 hektar.

Sementara itu, Dominic yang juga calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas menyifatkan desakan PEN Mutiara bagi membatalkan projek tambakan laut itu sebagai tuntutan adil.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya memberi peluang mengubah kerajaan negeri pimpinan DAP yang dikatakan 'tidak mengutamakan rakyat'.

"Kita bukan mahu menghalang pembangunan di sini, tetapi ia pelaksanaannya bukanlah hanya bergantung kepada tambakan laut. Kita boleh bangunkan sektor eko-pelancongan di sini. Ia juga pembangunan tetapi dari perspektif berbeza.

"Kerajaan negeri hanya memihak kepada kebajikan warga asing dengan membina banyak perumahan mewah di pulau buatan yang tidak mampu dimiliki rakyat tempatan.

"Keutamaan PN ialah kelangsungan orang ramai dan kita akan memastikan kebajikan mereka terbela," katanya.

Mengulas projek tambakan laut dilaksanakan kerajaan terdahulu pimpinan GERAKAN, Dominic berkata, ia dibuat bagi pembinaan projek pembinaan perumahan mampu milik.

Sementara itu, Pengerusi PEN Mutiara, Ibrahim Che Ros, menegaskan pihaknya konsisten membantah projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang, sejak ia mula diperkenalkan sebelum ini.

"Kita mahu nyatakan sokongan kepada mana-mana calon yang bersetuju dengan tuntutan kami, selain berharap akan terus menyokong perjuangan kami. Kita tahu siapa yang menyokong kami dan sebaliknya," katanya.



https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/08/995503/pn-batalkan-pulau-silikon-jika-terajui-pulau-pinang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2024 11:11 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.042494 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list