Walaupun tidak seaktif dulu dalam bidang seni namun pelakon, Sherry Ibrahim masih lagi menjadi perharian warga maya terutama dalam kalangan pengikutnya.
Semalam, perkongsian Sherry menerusi IG Story mencuri perhatian wargamaya selepas dia berkongsi menu makanan tengah hari yang diambilnya, baru-baru ini.
Menerusi sepotong video pendek yang dimuat naik, Sherry memaklumkan dia mahu kembali melakukan aktiviti senaman selepas seminggu mengalami masalah kesihatan iaitu demam.
Dalam video sama, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim turut berkongsi menu makanan yang diambil sebagai juadah tengah harinya iaitu nasi putih dan lauk daging kunyit.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah kuantiti nasi yang diambil aktres berusia 41 tahun itu.
Menerusi pemerhatian OhBulan!, kuantiti nasi putih yang diambil adalah lebih kurang dua sudu besar sahaja.
Malah, menerusi satu lagi siri hantaran, pelakon yang popular menerusi drama Dunia Baru itu berkata, dengan pengambilan dua sudu nasi tersebut sudah membuatnya berasa kenyang.
Sumber: Oh Bulan!
|