CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1802|Reply: 4

Pemandu Accord Langgar Axia Tak Dan Lari Kena Pukul

[Copy link]
Post time 30-8-2023 02:18 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki dipukul sekumpulan lima lelaki selepas cuba melarikan diri apabila Honda Accord dipandunya melanggar Perodua Axia dekat Persiaran Anggerik Mokara, Kota Kemuning, Shah Alam pada Isnin lalu.


Polis berjaya menahan seorang daripada mereka selepas menerima makluman daripada orang awam yang melihat mangsa dipukul di tepi jalan berkenaan.




BH




Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila lelaki tempatan berusia 43 tahun itu dipercayai melanggar kereta suspek ketika berada di Persiaran Eco Sanctuary, Telok Panglima Garang sebelum melarikan diri.


“Hasil siasatan awal Pihak Polis mendapati punca utama kejadian adalah kerana suspek tidak berpuas hati selepas mangsa melanggar keretanya ketika berada di Persiaran Eco Santuary, Telok Panglima Garang dan melarikan diri daripadanya,” katanya kepada pemberita, hari ini.


Tambahnya, bagaimanapun polis sedang mengesan empat lagi suspek yang melarikan diri ketika pihak berkuasa itu sampai di tempat kejadian.


Sementara mangsa pula mengalami kecederaan di bahagian mata kiri, pipi, leher, dada dan telinga kemudian dibawa ke sebuah hospital di Subang untuk rawatan lanjut.


“Mangsa kini di tahan di Wad untuk beberapa hari bagi prosedur rawatan lanjut dan berada dalam keadaan stabil,” jelasnya.


Dalam pada itu, Mohd. Iqbal memaklumkan ketika tangkapan terhadap suspek, polis turut menemukan sebilah parang di dalam kereta yang dinaikinya.


Kes disiasat di bawah Seksyen 147/279 Kanun Keseksaan. Suspek direman selama empat hari untuk membantu siasatan. Individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Zulkifli Mohamad ditalian 03-55202222,” ujarnya.




Sumber: UTUSAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2023 05:27 PM | Show all posts
Tu belum langgar king lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
tu..la jgn pukul orangnya....ko pandu keta dia pastu langgar tembok ke,pokok ke.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2023 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 30-8-2023 05:32 PM
tu..la jgn pukul orangnya....ko pandu keta dia pastu langgar tembok ke,pokok ke.....

Knp pulak...nampak sgt geng Axia tu penjenayah siap ada sebilah parang...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2024 01:52 PM | Show all posts
ጋዐ ሃዐ፱ ሠልክፕ ጮቹ ፕዐ?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 1.171136 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list