View: 5884|Reply: 10
|
Isteri Kesal Suami Ketagih Seks, Tergamak Tukar Foto Tak Senonoh Dengan Bini Orang
[Copy link]
|
|
Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila suaminya bukan sahaja mempunyai skandal di tempat kerja malah turut bertukar-tukar gambar kemaluan dengan individu yang merupakan isteri orang.
Malah baru-baru ini, wanita itu terjumpa rakaman panggilan video suaminya sedang melakukan aktiviti seks di hadapan wanita lain.
"Dia buat panggilan video semata-mata nak perempuan tu tengok dia buat benda tak senonoh. Perempuan tu pula isteri orang dan bukan hot.
"Muka badan semua pun gendut serta gelebeh," luahnya dalam satu perkongsian di media sosial.
Menurut wanita itu lagi, dia menyedari suaminya berkelakuan pelik sejak awal perkahwinan mereka kerana gemar membuat panggilan video lucah dengannya apabila mempunyai tugas luar.
Bagaimanapun, dia menganggap perkara tersebut sebagai normal kerana mereka sudah bergelar suami isteri.
"Dari awal kahwin lagi saya rasa suami agak pelik, dia memang selalu buat video call sambil melakukan kepuasan seks setiap kali dia outstation.
"Saya ingat normal kena layan suami walaupun rasa janggal... tapi tak sangka pula dengan orang lain pun dia buat juga," dedahnya lagi.
Paling mengejutkan apabila wanita itu turut mendakwa suaminya pernah datang ke pejabatnya semata-mata mahu dia melayan kehendak seksnya.
"Dia selalu datang pejabat saya semata-mata nak seks. Tak kira tempat, dalam kereta, tepi jalan dan sebagai isteri, saya layankan sebab pada saya dia suami.
"Ada sekali dia datang pejabat saya dan masa tu tengah sibuk jadi minta dia tunggu di mana-mana bilik dalam pejabat," katanya.
Lebih menyedihkan apabila dia menjumpai mesej perbualan dan resit transaksi perbankan yang suaminya pernah membayar pelayan seks (GRO).
Selain itu, suaminya juga pernah kantoi menghantar gambar kemaluan kepada perempuan yang dikenali melalui aplikasi WeChat sehingga membuatkan mereka bergaduh.
"Apabila berbincang tentang setiap perbuatannya itu, dia menyatakan rasa seronok (melakukan perkara itu).
"Apabila tanya tak cukup apa yang saya beri... dia jawab semua dah okay cuma dia rasa seronok buat perempuan ghairah," tambah wanita ini lagi.
Cuba mendapatkan khidmat daripada seorang kaunselor, wanita ini terkejut apabila dia dipersalahkan sepenuhnya tentang masalah yang dialami.
Menyifatkan kaunselor itu sebagai berat sebelah, wanita ini mengambil keputusan untuk memfailkan penceraian selepas buntu dengan hal itu.
"Saya dah hubungi pejabat agama untuk khidmat nasihat. Baru cerita sedikit... kaunselor lelaki dah bias dan judging siap suruh saya cari salah dekat mana dan kenapa lelaki tak puas di rumah sampai cari di luar.
"Menyakitkan hati, lelaki yang mental atau gila seks kenapa perempuan kena cari salah sendiri? Kaunselor pun tak boleh pakai," ujarnya dalam nada marah.
Luahannya itu dikongsikan di Facebook sehingga pelbagai komen warga maya.
Bagaimanapun, bagi situasi suami wanita terbabit, ia dianggap sebagai masalah serius dan si isteri dinasihati untuk membawa suami mendapatkan rawatan psikatri jika sayangkan rumah tangga mereka.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki kalau asik sembang sex je maksud dia ada problem dgn anu nya. Lelaki yg sihat xde mcm tu gaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Apehal kaunselor tu nk salahkan isteri... Bodowla....semue bende nak kene salahkan isteri.. Abestu nk suh isteri tu ddk runah layan kemaruk seks laki die 24j...?pastu hidup susah |
|
|
|
|
|
|
|
Nham22 replied at 3-9-2023 12:02 AM
Apehal kaunselor tu nk salahkan isteri... Bodowla....semue bende nak kene salahkan isteri.. Abestu n ...
Tak professional, kena ada latihan lagi dorang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni ada mental health trganggu |
|
|
|
|
|
|
|
Patut ko viralkan si kaunselor jantan x guna tu sama,biar netizen wat keja |
|
|
|
|
|
|
|
memang abnormal btul..tapi yang bagus nya datang opis isteri cari isteri sendiri nak buat seks even tepi jalan, dalam keta..bukan nya pelacur or FL |
|
|
|
|
|
|
|
laki cmni bukan kuat sex tp gila sex. ubat dia cut kotey bg friska masak sup cendawan |
|
|
|
|
|
|
|
dasat sgt kehendak seks nya |
|
|
|
|
|
|
| |
|