CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2060|Reply: 0

[DUNIA] Dua glasier tropika di Indonesia mencair!

[Copy link]
Post time 3-9-2023 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Dua glasier tropika di Indonesia mencair!



PEMANDANGAN glasier di Puncak Jaya, Indonesia, pada 2010. FOTO AFP


Jakarta: Dua glasier di Indonesia yang juga antara beberapa glasier di kawasan tropika yang terdapat di dunia kini mencair.

Pencairan itu akan menyebabkan aisnya mungkin hilang menjelang 2026 atau lebih cepat apabila fenomena El Nino akan mempercepatkan lagi proses itu, kata agensi geofizik negara itu.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofizik (BKMG) Indonesia berkata, El Nino boleh menyebabkan musim kemarau paling teruk di negara republik itu sejak 2019, meningkatkan risiko kebakaran hutan dan mengancam bekalan air bersih.

The Guardian melaporkan El Nino juga menimbulkan ancaman kepada Eternity Glaciers terletak di pergunungan Jayawijaya di wilayah paling timur iaitu Papua dan ia mencair dengan kadar yang cepat.

"Glasier itu mungkin hilang sebelum 2026 atau lebih cepat dan El Nino boleh mempercepatkan proses itu," kata penyelidik iklim di agensi BKMG, Donaldi Permana.

Beliau berkata, hanya sedikit yang boleh dilakukan untuk mengelakkan pencairan itu selain menjelaskan peristiwa berkenaan boleh mengganggu ekosistem serantau dan menyebabkan peningkatan paras laut global dalam tempoh sedekad.

"Kami kini dalam keadaan untuk mendokumentasikan (pencairan) glasier.

"Sekurang-kurangnya kita boleh memberitahu generasi akan datang bahawa kita pernah mempunyai glasier," kata Donaldi.

Terdapat hanya beberapa glasier seumpamanya di kawasan beriklim tropika dan ia masih kekal berisiko.


SAINTIS mendirikan kem di glasier di Puncak Jaya, Indonesia pada 2010. FOTO AFP


Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Global and Planetary Change pada 2021 menjejaki perubahan dalam glasier di Papua, serta di Kilimanjaro di Tanzania, Andes di Peru dan Bolivia, dataran tinggi Tibet dan Banjaran Himalaya.

Kajian itu mendapati semuanya sudah hilang, dengan kehilangan ais amat cepat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Glasier di kawasan tropika sangat terdedah kepada perubahan iklim, hanya bertahan kerana berada di kawasan yang amat tinggi.

Penyelidik mengatakan dulunya salji turun di situ tetapi ia kini dalam bentuk hujan sekali gus mempercepatkan pencairan ais.

Donaldi berkata, Eternity Glaciers menipis dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Ia daripada kedalaman 32 meter (m) pada 2010 kepada lapan m pada 2021, manakala jumlah lebarnya mengecut daripada 2.4 kilometer pada 2000 kepada 230 meter pada 2022.

Penyelidikan terdahulu oleh Donaldi dan ahli akademik di Amerika Syarikat (AS) mendapati terdapat peningkatan kehilangan ais berhampiran Puncak Jaya, atau Carstensz Pyramid, di Papua, semasa El Nino antara 2015 hingga 2016.

Gabungan pemanasan global dan El Nino memecah rekod suhu secara global sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan Pertubuhan Meteorologi Sedunia mengisytiharkan Julai bulan paling panas yang pernah direkodkan.


SAINTIS melakukan ekspedisi mengkaji glasier di Puncak Jaya. FOTO AFP


Puncak Jaya setinggi 4,884m dijejaki pada 1623

Puncak Jaya atau Carstensz Pyramid adalah gunung di wilayah Papua, Indonesia. Ia adalah sebahagian daripada banjaran gunung Sudirman.

Menurut nationalgeographic.com, ia setinggi 4,884 meter dan gunung tertinggi di barat daya Pasifik. Selain itu, ia puncak pulau tertinggi di dunia.

Namanya dalam Bahasa Indonesia ialah Puncak Jaya manakala dalam Bahasa Inggeris, ia dinamakan Carstensz Pyramid. Namanya dalam Bahasa Inggeris itu sempena dengan nama orang Eropah pertama yang melihat gunung itu iaitu Jan Carstensz.

Beliau pertama kali melihat Puncak Jaya dalam perjalanan pelayaran pada 1623.

Orang Eropah lain tidak mempercayai penampakannya kerana Carstensz mendakwa bahawa Puncak Jaya dihiasi dengan glasier dan salji.

Puncak Jaya terkenal sebagai salah satu daripada beberapa gunung di kawasan beriklim tropika yang mempunyai glasier.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... i-indonesia-mencair

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 192005 Replies : 4429
‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’ – Pengguna Diesel Mitsubishi Triton VGT Luah Rasa Tekejut.Anda tekejut?
YgBenar‘Dulu Isi Penuh RM130, Sekarang RM210’
Views : 5063 Replies : 23
DELETED
lovelytouchDELETED
Views : 708 Replies : 0
Situs Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace88 Link Alternatif Resmi Dan Terpercaya
Winpalace88LogSitus Taruhan Parlay Euro 2024 Winpalace
Views : 707 Replies : 0
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4539 Replies : 39
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6550 Replies : 39
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 2750 Replies : 18
Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada subsidi lagi
kanam316Minyak Diesel naik bermula Isnin. Tiada
Views : 11700 Replies : 158
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29792 Replies : 219
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 40766 Replies : 249

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.054074 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list