|
BANGKOK, Thailand – Seekor gajah di wilayah Tak, utara Thailand rodok tuan sendiri menggunakan gading hingga mati selepas ia dijual kepada pemilik baharu.
KhaoSod melaporkan, dalam kejadian di daerah Tha Song Yang, seorang lelaki berusia 57 tahun bernama Pha Phi Du Lerttikhamphon mati akibat kecederaan parah yang dialami selepas diserang gajah jantan bernama Pha Tulu.
Foto: KhaoSod
Menurut laporan, gajah itu enggan mematuhi arahan Pha Phi Du bagi menghantar haiwan itu kepada pemilik baharunya di wilayah Surin.
Ia sebelum itu dijual pada harga 2,760,000 baht (RM365,600).
Pha Tulu dikatakan mengamuk lalu merodok Pha Phi Du menggunakan gadingnya serta memijak mangsa sehingga mati.
Gajah berkenaan kemudian menjaga mayat tuannya sehingga polis tiba.
Polis terpaksa meminta bantuan Yayasan Pemuliharaan Gajah Chiang Mai dan Unit Penyelamat Yayasan Petchkasem Tha Song Yang bagi mengawal Pha Tulu sebelum membawa keluar mayat Pha Phi Du.
Haiwan itu kemudian ditembak menggunakan ubat pelali dan dibawa ke Surin. – CARI
Sumber: Kosmo |
|