|
Seorang lelaki mempersoalkan tentang kehamilan isterinya kerana mengikut perkiraannya, usia kandungan lebih awal berbanding tempoh pernilahan mereka.
“Kalau empat minggu berkahwin tapi usia kandungan sudah tujuh minggu... tu luar nikah atau bunting pelamin,” ujarnya.
Bagaimanapun seorang pelayar Twitter yang menyatakan kiraan tempoh kehamilan ditetapkan berdasarkan tarikh akhir seorang perempuan itu datang haid.
Gambar Hiasan
Ia berikutan ramai yang menyangkakan kiraan usia kehamilan bermula dari tarikh persenyawaan berlaku.
“Kiraan pregnancy duration tu mula daripada last time perempuan period, bukan daripada hari dia bersenyawa,” ciapnya ringkas.
Perkongsian tersebut membuatkan warga maya memberikan pandangan masing-masing di ruangan komen.
Malah, ramai yang menyatakan baru mengetahui cara kiraan kehamilan selepas membaca beberapa penerangan yang dikongsikan.
“Macam contohnya kalau last period dia dua minggu lepas dan minggu yang disahkan mengandung kira minggu ketiga?
“Macam mana boleh kahwin, kira menstrual cycle sendiri pun tak lepas lagi.
“Terima kasih sebab berani bertanya... banyak manfaat orang lain dapat hasil daripada soalan begini.
“Dear lelaki kalau takut isteri mengandung anak lelaki lain, tolong jangan intercourse terus selepas kahwin. Tunggu tiga hingga empat bulan baru buat anak,” ujar beberapa warga maya. -CARI
Sumber: mStar |
|