|
PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak teruja apabila anakanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menghadiahkan sebuah topi yang sedang dipakainya.
Topi tersebut dihadiahkan sendiri oleh Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah sewaktu menghadiri sebuah program di Kundasang, Sabah baru-baru ini.
Foto: Kosmo
Momen manis tersebut dikongsi oleh ibu kepada kanak-kanak itu menerusi akaun TikTok @Liyanie.
“Terima kasih Tengku Muhammad Iskandar bagi topinya semalam,” tulis wanita terbabit.
Berdasarkan klip video yang dikongsi di laman TikTok wanita itu, kelihatan Tengku Muhammad Iskandar menghulurkan sendiri topi yang dipakainya walaupun ketika itu dikawal ketat oleh pengawal.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai komen dan reaksi yang memuji sikap anakanda Yang di-Pertuan Agong itu.
“Beruntung kau dik, simpan dik buat kenangan, baiknya Tengku Muhammad dengan rakyat,” kata @miee.
“Jadikan topi yang Tengku bagi sebagai inspirasi ya nak, manalah tahu satu hari nanti kamu bertuah dapat jumpa Tengku dengan kejayaan kamu,” tulis @C.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @uhukkss.
“Simpan dalam ‘frame’ terus, kenangan tu dapat topi dari Tengku, belajar rajin-rajin besar nanti boleh jadi ‘bodyguard’ Tengku,” ujarnya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|