CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36654|Reply: 584

✿ Paparan Ekslusif 7-otai Fans-CT-Tastic[DONE] ✿

[Copy link]
Post time 11-1-2011 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by dauswq at 6-2-2011 06:41


Paparan ekslusif 7-otai adalah laman khas yang dibuat secara istimewa untuk 7 fans-CT-Tastic veteran yang terpilih. Laman ini memaparkan temuramah pihak produksi Anugerah Fans-CT-Tastic 2010 dengan mereka. Saksikan temuramah mereka di sini setiap hari. Jangan lupa untuk menemuramah mereka juga pada hari istimewa tersebut!


Web rasmi Paparan Ekslusif 7 otai: http://radioctfm.com/fan-tas-tic/annual_awards2010/7otaictcari.html



Turutan otai Fans-CT-Tastic
i .ColbyRaikkonen - 22 Jan
ii. Ruffly_sya - 23 Jan
iii. Sixret - 24 Jan
iv. EddySheddy - 25 Jan
v. Graxier06 - 26 Jan  
vi. Harisbee - 27 Jan  
vii. Cinta_Ungu - 28 Jan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Syarat2 penerimaan kredit:

1. soalan itu dijwb ngan baik oleh penerima
2. soalan tidak terlalu ringkas, kompleks, ---> straight to the point
3. soalan yg ditanya tidak = ngan soalan interview pihak produksi Majlis Anugerah Fans-CT-Tastic
4. IMPORTANT!!!:
Kredit akn diberikan JIKA ANDA QUOTE INTERVIEW 7-OTAI itu dlm first page....jika tidak tiada kredit diberikan

5. IMPORTANT!!!: Kredit akn diberikan JIKA ANDA LETAK sisipan kad 7-OTAI sekali dengan soalan interview anda....jika tidak tiada kredit diberikan

6. Gunakan kaedah di bwh:



---> Quote interview salah sorang posting interview 7-otai di first page pd ari tu

---> Letakkn sisipan kad 7 otai sekali dengan soalan interview spt di sini : KLIK SINI

---> kemudian tanya soalan, klu nak lebih precise, letak nama 7-otai tersebut



7. Had pertanyaan soalan adalah 5 setiap seorg!
8. Soalan temuramah awam akan ditutup pada hari itu jua!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2011 01:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 22-1-2011 15:09


  




1. Bolehkah kami tahu biodata anda secara ringkas?




Insan biasayang meniti usia berselindung di balik PC

Satu negeri ngan Siti...

10 minit ajer perjalanan dr rumah nak sampai ker tempat lahir siti..




2. Kami difahamkan anda di antara otai Fans-CT-Tastic yang telah lama menapak di sini. Apakah yang membuatkan anda terdetik untuk mengunjungi bod CT Nurhaliza buat kali pertama?




Saya diperkenalkan orang seorang rakan masa zaman muda muda remaja dalam universiti....lama sungguh kannn...dalam 2002 la.....zaman zaman survivor popular....zaman minat F1...(tercetuslah nickname colbyraikkonen)....

Soalan pasal macammana terdetik masuk bod Siti....sebenarnya....saya lebih awal bertapak dari bod Siti nieee....

Masa 2002 , bod Siti tak wujud lagik.....cuma bod pasal artis artis tempatan nie (nama bod dah luperrr)


Yg pasti mmg banyak topik Siti gitewww...





3. Secara ringkas, nyatakan sejak bila anda meminati Siti Nurhaliza, dan apa kriteria utama yang membuatkan anda meminati Siti?




Sejak alam persekolahan lagik...zaman zaman cinta monyet ...form 4 gitewww...


Jatuh cinta sebab tengok Juara Lagu ...Jerat Percintaan....padahal sebelum tue tak pernah dengar lagik lagu jerat percintaan nieeee.....


tapi sebab zaman sekolah tak pernah beli album.....tapi ada la curi curi pinjam walkman dgr album siti no.2 (walkman lagik okay zaman nie...amat out to date....hehehe)


Album Pancawarna adalam album pertama tempatan yang saya beli.....

Kritiria Utama : Suara dan Lenggok Siti yg amat merdu... Yang lain lain adalah bonuss....


4. Apakah pengalaman manis anda sepanjang berada di bod CT Nurhaliza? Bolehkah anda kongsi bersama-sama dengan forumer di sini?



Manisnya...dpt beramas mesra dgn fan ct yg sporting sporting....



5. Setelah sekian lama berada di sini, bolehkah anda kongsi pengalaman buruk anda?



Pengalaman jadi mod la nie......amat emosi okay dulu...

Zaman zaman dedulu...anti nie jenis mengada ngada kaco masuk bod siti...

Aku jenis tak tahan masa tue habis delete posting diorang ...hahahahah

Sampai kena repotz gitewww.......

Tak pasal pasal admin/supermod suruh aku resign gitewwwwwwwww......walaupon kata , aku okay sebab bod siti lebih byk aktiviti dan lebih ceria warna warni.....

So, temporary resign ler.....sampai satu tempoh aku dioffer jadi mod balik

6. Selain bod CT Nurhaliza, apakah bod lain yang menjadi pilihan anda? Kenapakah anda berada di sana?


Muzik & Selebriti Tempatan - sebab jadi mod sana...la nie...suram sangat


Isu Semasa - baca baca current issues


Gosip Tempatan - nak tgk ada tak pasal Siti???


Dokumentari, Rancangan Realiti TV - I'm a big fan of Realiti TV


Jokes - Sekali sekala kalau bosan yang amat








7. Apakah aktiviti yang menjadi kesukaan anda yang dianjurkan oleh moderator CT Nurhaliza sepanjang anda berada di sini?



Aktiviti yang best tapi payah gila nak anjurkan - Amazing Race/Treasure Hunt

Aktiviti kesukaan saya : Fan CT Tastic Quiz



8. Pada pandangan anda, siapakah forumer yang dikatakan bakal menceriakan bod CT Nurhaliza pada masa hadapan?
dauswq....khyree.....nabs.....nadia90....cinta_ungu



9. Terima kasih kerana sudi menjawab soalan temuramah ini. Soalan terakhir, apakah harapan atau cadangan supaya kemeriahan bod CT Nurhaliza dapat dipertingkatkan lagi pada tahun berikutnya?


Takde cadangan tapi sedia menerima cadangan...








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 01:51 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 23-1-2011 05:32


   


1. Bolehkah kami tahu biodata anda secara ringkas?

Nama samar-samar di sini ialah ruffly_sya. Umur Usah Diragui tapi yang pasti muda belia lagi. Tempat Panas Berteduh Gelap Bersuluh di Ibu Negeri Selangor. Sekarang masih lagi belajar. Lagi satu sudah semestinya peminat suam-suam fanatik Siti Nurhaliza. Memang ringkas biodata ini. J


2. Kami difahamkan anda di antara otai Fans-CT-Tastic yang telah lama menapak di sini. Apakah yang membuatkan anda terdetik untuk mengunjungi bod CT Nurhaliza buat kali pertama?

Takdela lama sangat menapak kat sini..Tapi adalah dalam beberapa tapak la jugak. Mulanya Cinta mengunjungi dan menjejakkan tulisan di sini adalah kerana ingin mengetahui maklumat terbaru tentang Siti. Selain itu, disebabkan ingin bertukar-tukar pendapat dan pandangan dengan peminat2 Siti yang lain. Cinta Ini terus melekat kat sini bagai gam yang kuat disebabkan begitu banyak aktiviti yang menarik dilakukan oleh momod di sini yang sungguh berdedikasi.


3. Secara ringkas, nyatakan sejak bila anda meminati Siti Nurhaliza, dan apa kriteria utama yang membuatkan anda meminati Siti?


Sejak zaman Balqis di AJL sehinggalah kini dan mungkin Untuk Selamanya. Kriteria utama Siti adalah suaranya yang manis bak gula yang semanis-manisnya. {Amaran : Kurangkan gula dalam makanan & minuman}. Selain itu, mestilah wajah Siti yang sentiasa tersenyum ketika menyanyikan lagu dan diluar lagu. Sentiasa memberi persembahan yang terbaik tatkala sihat dan sakit. Profesional orangnya. Budi pekerti dan sopan santun menjadi penambah lagi daya tarikan Siti.


4. Apakah pengalaman manis anda sepanjang berada di bod CT Nurhaliza? Bolehkah anda kongsi bersama-sama dengan forumer di sini?

Pengalaman manis memang banyak tetapi yang paling manis mestila semasa sesama forumer bod Siti memakai avatar yang sama jika sesebuah album Siti akan dikeluarkan atau sedang hangat di pasaran. Sampai keliru untuk membezakan forumer yang mana satu kerana Siti Situ Sana Sini. Mencari bersama-sama Jawapan Di Persimpangan bagi kuiz-kuiz yang tersangatla mencabar minda dan kecekapan jarí-jemari menulis jawapan secepat mungkin merupakan di antara pengalaman yang tak dapat dilupakan. Yang penting ukhwah di antara forumer di sini terjalin bagaikan ikatan yang tidak dapat dilerai dan diputuskan.



5. Setelah sekian lama berada di sini, bolehkah anda kongsi pengalaman buruk anda?

Pengalaman buruk tu takdela sangat kot, sebab forumer kat sini semuanya baik-baik belaka walaupun nakal sedikit je. Sungguhpun ada yang mengganggu, tetapi Biarkan saja kata-kata itu berlalu. Yang paling utama Tanpa Dendam Di Hati ok.


6. Selain bod CT Nurhaliza, apakah bod lain yang menjadi pilihan anda? Kenapakah anda berada di sana?


Bod Filem & Wayang :
nak Cari-Cari filem mana yang berbaloi2 untuk ditonton.

Bod Asian Drama & Telenovela :
mengikuti perkembangan drama Asian yang terbaru untuk mengisi Di Batas Waktu.

Bod Gosip Tempatan :
mestilah pasal Siti dan gosip artis lain. Jenguk2 je Sempadan tu pun bukan selalu.

Bod Isu Semasa :
mengetahui Lakaran Kehidupan terkini yang berlaku di dunia hari ini.


7. Apakah aktiviti yang menjadi kesukaan anda yang dianjurkan oleh moderator CT Nurhaliza sepanjang anda berada di sini?

   
Seribu Kemanisan dirasakan semasa menyertai kuiz-kuiz yang dianjurkan moderator bod Siti yang memang kreatif dan inovatif. Tak Boleh Lupa juga pertandingan hasil seni kreatif bagi mencungkil bakat terpendam forumer di sini.


8. Pada pandangan anda, siapakah forumer yang dikatakan bakal menceriakan bod CT Nurhaliza pada masa hadapan?


Takde yang khusus. Semua forumer di sini dah terlebih ceria bagaikan wujud Rasa Antara Kita. Di Taman Teman ni sememangnya dah cukup meriah pun. Jadi apabila ditambah dengan forumer yang memang  mesra bod ni bagaikan disinari cahaya cantik berwarna-warni yang berkilau. {opss..terlebih plak..}


9. Terima kasih kerana sudi menjawab soalan temuramah ini. Soalan terakhir, apakah harapan atau cadangan supaya kemeriahan bod CT Nurhaliza dapat dipertingkatkan lagi pada tahun berikutnya?

Harapan yang tinggi menggunung bak Gunung Tahan {takleh tinggi sangat2 nanti tak tercapai} ialah supaya bod Datuk Siti Nurhaliza ini akan lebih dikenali di serata dunia forum cari sebagai bod yang melangkaui Antara Waktu Dan Usia.  Cadangan pula agar bod ni akan sentiasa dijadikan tempat Di Kayangan Kita untuk  menjadi bod yang dikatakan  Tak Mati Dek Keji, Tak Hidup Dek Puji. ♥




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 01:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 24-1-2011 05:39

  
   



1. Bolehkah kami tahu biodata anda secara ringkas?

Saya merupakan peminat setia Siti Nurhaliza. Saya telahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya juga bekerja di sebuah syarikat swasta.


2. Kami difahamkan anda di antara otai Fans-CT-Tastic yang telah lama menapak di sini. Apakah yang membuatkan anda terdetik untuk mengunjungi bod CT Nurhaliza buat kali pertama?

Sebab utama kerana minat. Tetapi pada mulanya, saya menjadi silent reader dan hanya ingin mengetahui perkembangan semasa Siti Nurhaliza melalui pembacaan berita dan posting kawan-kawan di board Cari.
Kali pertama saya terdetik untuk membuat posting ialah apabila menjawab kecaman anti siti tentang perkahwinan Siti dan Datuk K. Colby memberi 30 credit atas posting saya itu.Ketika itu saya rasa cukup gembira kerana pertama kali mendapat credit yang cukup “mewah”.


3. Secara ringkas, nyatakan sejak bila anda meminati Siti Nurhaliza, dan apa kriteria utama yang membuatkan anda meminati Siti?

Saya terdetik menyukai Siti sejak album Jerat Percintaan lagi tetapi belum minat. Hanya menyukai suara Siti yang unik itu. Kemudian keluar lagu Kau Mawarku,bertambah rasa suka. Kemudian album kedua Siti keluar,saya meminati lagu Demi Kasih Kita dan Betapa Ku Cinta padamu.
Sehinggalah paa tahun 2000,saya mengambil keputusan untuk terus menjadi peminat Siti.Saya membeli kesemua CD Siti yang terdapat di pasaran.
Selain daripada kelunakan suara Siti, saya mamat tertarik dengan Siti in personal. Orangnya lembut dan tidak mudah melenting,mempunyai wawasan dan bijak bertutur tanpa menyakiti hati orang lain.Tidak lepas laku dan tidak lepas cakap. Kualiti sebegini mudah menggamit hati manusia lain termasuklah saya.


4. Apakah pengalaman manis anda sepanjang berada di bod CT Nurhaliza? Bolehkah anda kongsi bersama-sama dengan forumer di sini?

Pengalaman manis saya adalah apabila kehadiran saya “diterima” oleh peminat2 lain. Kami berbicara tentang apa sahaja dan secara tidak langsung turut menyimpul memori sebagai kenangan.Dalam pada masa yang sama,terlalu banyak cerita suka duka tentang diri masing-masing. Cerita2 ini dapat dijadikan pengajaran.
Satu lagi yang amat menggembirakan saya ialah apabila Siti mengeluarkan album baharu, masing2 bercerita pengalaman mendapatkan album baharu,masing2 menulis review tentang album baharu dan bercerita itu ini tentang album baharu. Ketika ini momod2 rajin membuat kuiz,suasana yang sangat gembira.

5. Setelah sekian lama berada di sini, bolehkah anda kongsi pengalaman buruk anda?

Tiada pengalaman buruk. Setiap pengalaman begitu berharga walaupun pengalaman itu satu pengalaman yang kurang manis.Everyday is a learning process.


6. Selain bod CT Nurhaliza, apakah bod lain yang menjadi pilihan anda? Kenapakah anda berada di sana?

Board Keagamaan menjadi favourite saya terutamamnya RSF dan Islam. Selain Siti,buku,memasak, saya juga AMAT MEMINATI bidang theology iaitu bidang pengajian agama.
Board Buku dan Kesusateraan-For obvious reason. love books.

Saya turut masuk board Isu semasa,hanya untuk membaca berita.
Board kesihatan dan perubatan.
Kadang2 saya merayau2 di board2 lain juga.

7. Apakah aktiviti yang menjadi kesukaan anda yang dianjurkan oleh moderator CT Nurhaliza sepanjang anda berada di sini?

Kuiz dan kuiz dan kuiz.
Saya juga suka review lagu dan album.
Salah satu yg saya puji mod Siti ialah korang rajin buat kuiz.Nak bukti?
Lawat sajalah board mana2 pun,sangat jarang atau langsung tiada kuiz.
Tapi board siti,sangat meriah dengan kuiz.Kuiz dapat menguji minda sambil menaikkan self esteem.
One of the prime reason kenapa saya suka board Siti kerana meriah dengan kuiz dan suasana yang friendly.


8. Pada pandangan anda, siapakah forumer yang dikatakan bakal menceriakan bod CT Nurhaliza pada masa hadapan?

Sesiapa sahaja yang:
1)Meminati Siti
2)Rajin/Dedikasi
3)Kreatif
4)Mengetahui penggunaan software2 untuk buat banner/upload anything yg diperlukan untuk mencantikkan dan menceriakan board siti.

Tanpa satu elemen ni, memang hancurlah board siti jadi board suram.
Maka yang saya nampak ialah Cinta_ungu. Dia juga tidak terlalu sensitif.
P/S: Thanks to Colby and Daus.You guys are rock.Korang memang buat kerja dan korang memiliki kesemua elemen di atas.


9. Terima kasih kerana sudi menjawab soalan temuramah ini. Soalan terakhir, apakah harapan atau cadangan supaya kemeriahan bod CT Nurhaliza dapat dipertingkatkan lagi pada tahun berikutnya?

1) Merge posting yang boleh dimerge-Done
2)Buat banyak kuiz-Done
3)Memantau posting-posting dan forumers-Done
4)Banyak berita terkini tentang Siti-Done
5)Info tentang Siti dan board Siti teratur-Done
6)Mod2 selalu lawat kawasan-Done

Semua yang patut korang buat,korang dah buat malah lebih lagi.
Cadangan saya, just keep up the good works guys!

Thanks a lot!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 01:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by ColbyRaikkonen at 25-1-2011 13:44

  

   


1. Bolehkah kami tahu biodata anda secara ringkas?

saya eddysheddy, panggil eddy.. sebenarnya nick saya tu singkatan nama saya dan bapa.. nama betul rahsia, umur 29 tahun, org kuala lumpur tapi tidak akan berada di kl tahun depan kerana ditransfer tempat keje ke salah sebuah negeri pantai timur.



2. Kami difahamkan anda di antara otai Fans-CT-Tastic yang telah lama menapak di sini. Apakah yang membuatkan anda terdetik untuk mengunjungi bod CT Nurhaliza buat kali pertama?

sebetulnye, saya bukan bermula di bod ct sebaliknya bermula di bod gosip. geram n tak tahan tgk org kutuk ct hipokrit. sebelum tu silent reader, selalu baca harisbee, adik nazgul, sayang mulut dan calmille pertahankan CT.. masa tu rasa mcm hampir kesemua yg masuk gosip tu anti CT. tak lama pastu baru masuk bod ct untuk melihat fan2 ct.. rupenye ramai gak.. huhu

3. Secara ringkas, nyatakan sejak bila anda meminati Siti Nurhaliza, dan apa kriteria utama yang membuatkan anda meminati Siti?

mula meminati Ct sebenarnya bila org dok bising2.. abg saya yang laki kata ada penyanyi baru cantik siti, kakak saya pulak kata comel mcm anak patung.. sebab saya masa tu sedang bersekolah menegah asrama saya tak tau sgt ttg penyanyi2 ni.. pastu satu hari masa saya kat umah kuar rancangan kat tv ct nyanyi lagu kau mawarku dengan 2by2.. oh yg nilah CT.. masa tu takdelah minat sgt.. tapi dah ada mcm minat sikit.. tapi masa juara lagu jerat percintaan mmg nak sgt ct menang.. dah budak2 kat asrama pun macm tergile2 kat dia.. huhu.. next yearnya tak sangka abg i beli album CT yg aku cinta padamu.. byk kali putar.. mmg suke.. tapi belum suka sgt sampai nak ikuti semuanya ttg Ct.. masa tu sekolah asrama mmg tak pk sgt pasal retis2 ni.. sampailah Ct nyanyi lagu cindai.. kawan2 i yg kat asrama yang bgtau..  sampailah saya dgr lagu cindai dan akhirnye mulut ni suka nak nyanyi lagu ni.. masa kat asrama sorang2 pernah ternyanyi kuat2 lagu cindai sampai org kat dorm bilik sebelah cakap `wah sedapnye' pastu terus diam dan malu.. haha.. ingatkan sebelah menyebelah pun takde org.. so, boleh kata sumenye bermula dr cindai.. masuk universiti pun geng2 mmg sume minat Ct sampai buat syarat mesti minat Ct.. haha.. ingat lg dgr album pancawarna sama2.. album pertama yang saya beli sendiri ialah sahmura. sejak minat ct, kalau dgr suara CT kat tb atau radio, tgh tido pun boleh terjaga terus.. dasat. haha

rasanya kriteria utama saya suka CT ialah sebab lenggok suaranya.  teringin nak nyanyi dgn lenggok mcm tu.. haha.. saya ni mmg suke menyanyi.. tapi menyanyi utk diri sendiri jer. walaupun org kutuk Ct byk klon.. tapi apa yang saya boleh kata CT sebenarnya unik. sebelum dia takde penyanyi yg mempunyai lenggok sepertinye



4. Apakah pengalaman manis anda sepanjang berada di bod CT Nurhaliza? Bolehkah anda kongsi bersama-sama dengan forumer di sini?

pengalaman manis di bod Ct Nurhaliza banyak..
1) dulu2 lg byk fan Ct dr sekarang..(rasanyalah) tapi ramai yg dah tak aktif dah skrg.. ada yg masih aktif tapi tak rajin dah berkunjung kat sini. kalau nak tau rufleen, rzman, huzz, haszrul, sayang mulut, mysara, True X, zkhairul, kimmyrie, Msanonymous, msjanedeo, awex, jayz, adik_belle, eddlisa uyuk, ayieboyz yg korang biasa boleh jumpe merata bod kat forum ialah antara yg menjadi fan yang memeriahkan bod ni satu ketika dulu. jangan terkejut ok?     
2) time colby mula perkenalkan kuiz.. mmg sgt happening giler kat sini.. kenangan sangat asal nak kuiz jer server bengong.. haha
3) dulu2 kat sini pun boleh berperang tak payah masuk bod gosip.. sebab anti2 dulu berani masuk sini.. sgt ramai ok.. haha.. serangan tiga serangkai eddy, calmille n adik nazgul kat gosip paling eddy ingat.. serang dua serangkai calmille n eddy terhadap sweeti returns paling eddy ingat jugak
4) bergaduh ngan peacefrog yg kelakar... huhu
5) dapat belajar byk ttg IT bila sertai contest.. tq dauswq yg byk membantu
6) contest Ct yang begitu meriah sampai pernah disertai oleh forummer2 bukan fan Ct. antaranya contest cipta banner (tak silap masa tu JAYz masih jadi moderator)
7) bila adik nazgul bgtau Ct kenal cari forum bila Ct terkejut bila dia bgtau nama dia adiknazgul masa dapatkan autograf Ct kat satu event. dia kata kenal adiknazgul. adik nazgul bgtau kita kata dia hanya join fan ct kat forum ni je, dan tak penah pegi sitizone atau mana2 laman web fan ct yg lain. so, itu menunjukkan CT tau/baca or mungkin ikuti bod ct cari forum.
8) terbinanya ikatan kasih sayang yg kuat di sini antara fan Ct walau tak penah bersua muka
9) apabila melihat antiCt yang dulu suke kutuk2 CT berubah jadi suka Ct contoh KoSe dan kate_lost
10) apabila melihat antiCt yang dulu kutuk Ct tak hingat pastu susah payah jadi tukang bela artis kegemarannya macam icelemontea yg minat mawi.. haha


5. Setelah sekian lama berada di sini, bolehkah anda kongsi pengalaman buruk anda?

pengalaman buruk? bila bod jadi berpecah belah gara2 jayz berpaling tadah lepas Ct kahwin.. dua moderator (tak silap eddy) jayz bergaduh ngan adik nazgul.. sgt sedih sebab dua2 peminat Ct asalnye..

melihat ramai fan Ct yang tak muncul2 lagi.. mungkin ada yang dah benci lepas ct kahwin DK.. jayz antaranya

pengalaman buruk jugak bila kene serang dengan anti yg ramai dan dikutuk2. anti yg paling saya geram ialah Nicole, Sayonara dan Amin Al Kalam.

Bila fan2 ct bergaduh macam hari tu kat CTKD

6. Selain bod CT Nurhaliza, apakah bod lain yang menjadi pilihan anda? Kenapakah anda berada di sana?
bod lain ialah bod gosip, dan reality tv.. saya hantu game show dan realiti TV


7. Apakah aktiviti yang menjadi kesukaan anda yang dianjurkan oleh moderator CT Nurhaliza sepanjang anda berada di sini?
aktiviti kesukaan saya ialah kuiz. semua jenis kuiz.



8. Pada pandangan anda, siapakah forumer yang dikatakan bakal menceriakan bod CT Nurhaliza pada masa hadapan?
Khyree dan Cinta ungu


9. Terima kasih kerana sudi menjawab soalan temuramah ini. Soalan terakhir, apakah harapan atau cadangan supaya kemeriahan bod CT Nurhaliza dapat dipertingkatkan lagi pada tahun berikutnya?

saya serah dan menyokong penuh apa saje yg diatur oleh moderator bod CT cuma harapan saya agar aktiviti2 dapat dilakukan secara regular.. (bukan kerap, banyak pastu senyap lama tapi berkala dan berterusan)

sebelum terlupa, saya melihat dua nama yg saya kire paling setia bersama bod Ct dan saya lihat mereka wujud sebelum saya berada di sini lagi dan mereka terus teguh berdiri di belakang CT dan semangat mereka antara yang mendorong saya ke mari..sampaikan salam apresiasi saya buat ColbyRaikkonen dan Harisbee









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 02:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 26-1-2011 08:04

  




1. Bolehkah kami tahu biodata anda secara ringkas?
Seorang lelaki yang org kenali ngan nama syam n nama di alam maya – mistagrax or graxier. Muda laie mid 20s dan tinggal di KL tapi hometown di seremban. Nekerja sebagai programmer cabuk di sebuah company yang maha cabuk d tengah2 kota metropolitan KL ini..chee wahhhh


2. Kami difahamkan anda di antara otai Fans-CT-Tastic yang telah lama menapak di sini. Apakah yang membuatkan anda terdetik untuk mengunjungi bod CT Nurhaliza buat kali pertama?
Di sebabkan minat yang mendalam terhadap insane yang bernama Siti Nurhaliza sejak berusia 13 tahun lagi dan sebelum aktif hanya sebagai silent reader. Membaca tulisan, komen, condem, kutuk terhadap tokti baik dr fans hingga ke anti. Nama2 seperti adik nuzghul dan amin al-kalam menajdi penyeri umah ini ketika itu. Kak adik sbg pembela tokti dan amin sbg pembangkang… aktif pada 2006 dan satu2 nya umah yang hanya di kunjungi utk mengetahui any updated ttg tokti dan berkenalan ngan rmi laie foriumer spt kak adik, jay-z, Colby, eddy, uncle bee dan rmi laie hingga la ke generasi baru skrang – daus, khiree dan rmi laie..

3. Secara ringkas, nyatakan sejak bila anda meminati Siti Nurhaliza, dan apa kriteria utama yang membuatkan anda meminati Siti?
Sebenarnya saya peminat fanatic aishah sebelum wujudnya tokti. Masa AJL yang tokti menang ngan jerat percintaan bukan main xpuas hati psl masa tu nk sgt org lain menang since xpenah dgr pn saper siti nurhaliza tu even ms tu dia kira dpt sokongan ramai la based on sorakan pennton time tu. Abg yang memperkenalkan lagu aku cinta padamu kerana dia dh kenal saper tokti n membeli album siti nurhaliza 2 itu. Selepas itu kurang tau pasal siti n lagu2 nya kerana abg saya bwk album tersebut ke jepun. Hingga lah meletupnya lagu mawarku duet bersama 2by2 kembali membuka mata saya terhadap tokti. 1st album yang beli adalah Adiwarna dan selepas tu xpernah ketinggalan untuk mendapatkan album beliau dan terlalu xcited kalo membli album2 nya dan wajab untuk mendapatkan album tersebut pada hari pertama release.
Kriteria utama sy meminati tokti adalah kelunakan suaranya yang sungguh simple tp ada hidden power di sebalik sorenya. Versatility dalam membawakan agu baik lagu sendiri atau lagu orang lain dan cemerlang melaksanakkannya. Sifat sopan santun dan kemelayuan juga jadi salah satu criteria utama mengapa sy meninati beliau. Dan tidak ketinggaan powerful vocal bile menaynyi live.




4. Apakah pengalaman manis anda sepanjang berada di bod CT Nurhaliza? Bolehkah anda kongsi bersama-sama dengan forumer di sini?
Kenal ngan rmai org baru dan ada di antaranya pernah jumpa face to face seperti khyree n uncle bee. Selain itu aktiviti yang di anjurkan selain drpd berborak. Seperti contoh kuiz yang pernah mendapat jolokan telinga gajah kerana pernah memenangi kategori audio dalam kuiz yang di anjurkan dahulu. Selain itu pernah menganjurkan kuiz sendiri khas buat semua former. Pengalaman yng manis juga apabila terpilih dan mendapat undian tertinggi untk calon mod baru menggantikan ex mod calmille. Walaupun sehingga sekarang tidak memohon jawatan tersebut oileh kerana kesibukan dan kesuntukan masa. Akan tetapi Insya Allah saya tetap akan membalas kepercayaan org yang telah mengundi sy dengan memnerima n memohon jawatan mod Isya Allah bila-bila masa pada tahun ini.

5. Setelah sekian lama berada di sini, bolehkah anda kongsi pengalaman buruk anda?
Tiada pengalam buruk personally tetapi perit menerima kutukan anti terhadap tokti yang kebanykkan nya adalah pendapat kpala otak sendiri dan tidak berdasarkan fakta.



6. Selain bod CT Nurhaliza, apakah bod lain yang menjadi pilihan anda? Kenapakah anda berada di sana?
bod reality TV dan dokumentari kerana meminati program tv baik Malaysia dan juga luar. Bod series yang menjadi pengunjung dan penge post wajib untuk certain series.
Bod gossip- sekadar silent reader untuk mengetahui apa2 gossip panas yang sedang melanda dan juga sebagai tempat untuk bergelak dek kerana kereneah former di sana
Isu semasa – mengethui update tentang isu semasa dn sedikit sebanyak suasana politik di Malaysia.

7. Apakah aktiviti yang menjadi kesukaan anda yang dianjurkan oleh moderator CT Nurhaliza sepanjang anda berada di sini?
Kuiz kerana merapatkan hubungan antara semua former tetap umah tokti ini.
Ulasan album- setiap release nya album baru tokti semua berebutuntk member pendapat tersendiri tenatang keseluruhan album tersebut mengikut halwa telinga masing2, juga di sertakan lagu yang fave, kureng dan macam2 laie..


8. Pada pandangan anda, siapakah forumer yang dikatakan bakal menceriakan bod CT Nurhaliza pada masa hadapan?
Khyree – banayk member informasi yang tepat tentang tokti
Colby – mod yang super duper creative,
Daus – bakal mengikut jejak langkah colby


9. Terima kasih kerana sudi menjawab soalan temuramah ini. Soalan terakhir, apakah harapan atau cadangan supaya kemeriahan bod CT Nurhaliza dapat dipertingkatkan lagi pada tahun berikutnya?
Dapat merasai suasana seperti 2 tiga tahuin yang lepas yang mana tiada isu peribadi di utarakan seperti yang berlaku sekarang ini di umah ini tetapi hanya tentang tokti. Isu peribadi ini la yang membuatkan saya malas untuk menjenguk umah ini. Hope mod dpt meminimakan perkara2 ttersebut agar tidak akan ada forumeryang rs annoying ngan isu tersebut. Harap ada kuiz selang 2 bulan sekali untuk merapatkanhubungan kita semua.

  
  
  
  

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2011 02:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 27-1-2011 07:40







1. Bolehkah kami tahu biodata anda secara ringkas?

Harisbee bekerja di kuala lumpur…


2. Kami difahamkan anda di antara otai Fans-CT-Tastic yang telah lama menapak di sini. Apakah yang membuatkan anda terdetik untuk mengunjungi bod CT Nurhaliza buat kali pertama?

Memula terjebak di bod gossip di mana ada satu thread menghentam CT. Tak ingat mcm mana boleh masuk situ rasanya member kasi link. Lepas tu terus register sbg harisbee dan menjadi pemback up siti yg agak terkemuka dibelakang adik nazgul calmille eddy dll…lepas tu dorang suggestkan pi bod CT…terusla pi bod CT sehingga kini

3. Secara ringkas, nyatakan sejak bila anda meminati Siti Nurhaliza, dan apa kriteria utama yang membuatkan anda meminati Siti?

Mula mengenali siti nurhaliza dgn lagu Aku cinta Padamu…pinjam dgn kawan album tu. Lagu Aku Cinta Padamu tu wpun dikatakan ciplak lagu I Love You celine dion tp lagu tu mcm fresh sesuatu yg baru di Malaysia. Selepas itu meminati Siti secara biasa2 sama rata dgn artis lain sehinggalah jadi peminat tegar selepas masuk bod gossip cari…terus beli album2 lama dan baru siti nurhaliza…sampai lah sekarang. Kriteria utama adalah suara dia sendiri sedap dan flexible sehingga dia boleh nyanyi lagu sapa saja dgn sedap…jarang berlaku pd artis lain. Selain itu..imejnya yg feminin dan sopan memikat hati.




4. Apakah pengalaman manis anda sepanjang berada di bod CT Nurhaliza? Bolehkah anda kongsi bersama-sama dengan forumer di sini?

Sentiasa manis dari dulu hingga kini…paling seronok bila ada aktiviti yg menjadikan masing2 berinteraksi antara satu sama lain.

pengalaman manis???
mungkin sama sama rancak membeking CT di bod gossip...rasa mcm meriah dan bersatu hati...tambah2 masa desas desus cinta CT dan DK...masa tu havoc gila lah...pelbagai spekulasi dr anti...dan peminat tegar bersungguh2 mempertahan setiap tohmahan wpun jauh di sudut hati masa tu mcm betul jer CT dan DK... Kalu kat bod CT sendiri semuanya manis2 belaka...sama rata...tak der yg benar2 memberi impak....tp dulu ada anti2 yg mewarnai bod CT spt amin al-kalam..peace frog serta jay-z yg berpaling tadah. Jay-z berpaling tadah setelah CT kawin dgn DK rasanya..tak tau sebab yg sebenar.


5. Setelah sekian lama berada di sini, bolehkah anda kongsi pengalaman buruk anda?
Awal2 join cari di bod gossip…bergadoh dgn anti2 CT dgn penuh emosi  kat sana spt sayonara..lizawati…yipun dan lain2 yg extreme..sehingga dipotong kredit berlori2…

Pengalaman pahit tu..mula2 la kena hentam dgn anti2 CT termasuk mod mod situ yg paling ingat mod yipun...punya bias gila....maklumlah yg anti2 semua otai gossip...i'll remember it until i die hahaha...mod lonely surina ok....masa tu emosi gila la baru beginner kan..hentam habis2an...personal attack sekali...personal attack aku di tolak kredit...tp personal attack dorang ni disokong pulak oleh yipun...aku sakit hati betul..wpun kredit x der membawa makna...tp memang hati cukup geram sampai kini hehehe...aku gelar dorang tu pelakon2 yg jadi secretary citer betty latin tu.....aku x ingatla isu apa yg diperdebatkan sekitar 2004 gitu kan harisbee muncul...

aku x suka jugak bod ct terlalu rigid utk puji2an pd CT...ia boleh  jugak jadi medan kritik oleh anti2....dulu2 ada jugak thread2 hentaman....ada kala x terkawal...tp selalunya terkawal....



6. Selain bod CT Nurhaliza, apakah bod lain yang menjadi pilihan anda? Kenapakah anda berada di sana?

Bod CI dulu sebab malas nak baca paper atau blog…senang info terbaru ada kat sana. Tp lately bosan sebab isu Negara spt politik dah x der…isu2 merepek je ada. Bosan…Bod politik sesekali tp itu pun membosankan jugak sebab hanya isu politik semata2….pemecahan dua bod ini menyebab kedua2nya hambar. Kenapa tidak disatukan saja.
Bod gossip. Saja kot kot ada thread pasal CT dan retis2 yg diminati.
Bod sukan dan permainan…masuk thread tennis …minat tennis





7. Apakah aktiviti yang menjadi kesukaan anda yang dianjurkan oleh moderator CT Nurhaliza sepanjang anda berada di sini?
Semua suka kecuali…buat2 poster kad raya banner…sebab x reti nak buat.
   


8. Pada pandangan anda, siapakah forumer yang dikatakan bakal menceriakan bod CT Nurhaliza pada masa hadapan?
Nadia dan khyree


9. Terima kasih kerana sudi menjawab soalan temuramah ini. Soalan terakhir, apakah harapan atau cadangan supaya kemeriahan bod CT Nurhaliza dapat dipertingkatkan lagi pada tahun berikutnya?

Bykkan aktiviti berunsur kuiz…



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 02:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by dauswq at 28-1-2011 16:06

    
   


1. Bolehkah kami tahu biodata anda secara ringkas?

Id cinta_ungu adalah id kedua saya setelah saya terlupa password untuk id pertama yang telah saya register pada tahun 2005.

Cinta_ungu telah melalui banyak kisah suka duka sepanjang bertapak di Cari Forum. Dan dengan id cinta_ungu ini juga lah saya telah bertemu dengan rakan-rakan forum bod CT Nurhaliza.

Tinggal di Kuala Lumpur tetapi amat berharap dapat berhijrah ke Negara lain satu hari nanti jika diizinkan Allah. Dan pada tarikh anda membaca coretan ini saya telah pun menginjak umur 25 tahun. (yeayyy, hepi birthday to me ^^) Masih muda lagi ok!

Sekian, biodata ringkas daripada saya. Kalau nak tahu dgn lebih lanjut sila hantarkan soalan anda di PM saya =p





2. Kami difahamkan anda di antara otai Fans-CT-Tastic yang telah lama menapak di sini. Apakah yang membuatkan anda terdetik untuk mengunjungi bod CT Nurhaliza buat kali pertama?

Saya tercampak di bod CT Nurhaliza buat dengan seriusnya kerana saya telah ternampak momod Colby menganjurkan Award Ceremony untuk Fan-CT-Tastic kuiz ke II iaitu pada tarikh 30/06/2006. Semasa itu, bod CT masih berada di bahagian luar. Tidak tersorok seperti sekarang.

Selain itu, saya begitu teruja untuk memberikan komen sedas dua kepada anti-CT  yang menyerang bod CT dan memberikan komen negatif terhadap topik  perkahwinan CT Nurhaliza dan Datuk Khalid. Masa menyerang balas komen-komen para anti-CT saya telah bertemu pula dengan bekas mod saying_mulut & adik_nazghul.

Setelah beberapa lama, saya semakin selesa bertapak di bod CT kerana telah berjumpa dengan rakan-rakan yang menyayangi Siti Nurhaliza seperti saya. Rakan-rakan pertama yang saya tegur dan jumpa ialah apang, Colby, eddysheddy, graxier, harisbee, lela_manja & ruffly_sha. =)





3. Secara ringkas, nyatakan sejak bila anda meminati Siti Nurhaliza, dan apa kriteria utama yang membuatkan anda meminati Siti?

Saya meminati Siti Nurhaliza sejak beliau bertanding di dalam peringkat separuh akhir bintang HMI 1995. Oleh kerana saya meminati lagu-lagu Aisyah dan Ziana Zain ketika itu, saya amat teruja mendengarkan Siti menyanyikan lagu-lagu mereka ketika pertandingan berlangsung.

Seterusnya saya mula mengikuti segala aktiviti Siti di kaca TV. Setiap kali kemunculannya akan saya rakam dan tonton berulang kali. Malang sekali video tape tersebut telah hilang. Saya amat sedih!

Akhirnya, pada tahun 2007 (Konsert Istana Cinta) dan tahun 2009 (Konsert SATU)  saya telah berpeluang bertemu 4 mata dengan Siti Nurhaliza. Betapa debaran tidak dapat diungkapkan ketika bertemu beliau. Ternyata Siti Nurhaliza sangat lemah lembut orangnya. Tutur kata sopan dan tidak meninggi diri. Sangat sporting dan menyayangi fans beliau. Selain itu kemerduan suara yang tidak perlu dipertikaikan lagi merupakan di antara kriteria utama yang membuat saya amat meminati dan menyayangi insan yang bernama Siti Nurhaliza binti Tarudin.



4. Apakah pengalaman manis anda sepanjang berada di bod CT Nurhaliza? Bolehkah anda kongsi bersama-sama dengan forumer di sini?



-    Pengalaman manis apabila dapat bertemu dengan rakan-rakan forumer yang punyai minat yang sama iaitu Siti Nurhaliza. Bertambah manis apabila persahabatan yang terjalin disulami dengan keikhlasan dan kemesraan. Menunggu detik tiba keluarnya album CT pada setiap tahun, countdown bersama-sama utk membeli album CT adalah satu pengalaman yang takkan dapat dilupakan. Bersembang sehingga larut malam sehingga dipanggil batgirl adalah kenangan yang manis.



5. Setelah sekian lama berada di sini, bolehkah anda kongsi pengalaman buruk anda?

-    Biarlah Rahsia.



6. Selain bod CT Nurhaliza, apakah bod lain yang menjadi pilihan anda? Kenapakah anda berada di sana?



Hampir semua bod saya jelajahi. Tiada yang spesifik. Mana yang berkenan akan saya hinggap di sana.



7. Apakah aktiviti yang menjadi kesukaan anda yang dianjurkan oleh moderator CT Nurhaliza sepanjang anda berada di sini?

Semua aktiviti terutamanya Amazing Race. Sungguh mendebarkan!



8. Pada pandangan anda, siapakah forumer yang dikatakan bakal menceriakan bod CT Nurhaliza pada masa hadapan?

Heisebeno, Lees, evita_ina, Khyree, Ashburn & Syfuel.





9. Terima kasih kerana sudi menjawab soalan temuramah ini. Soalan terakhir, apakah harapan atau cadangan supaya kemeriahan bod CT Nurhaliza dapat dipertingkatkan lagi pada tahun berikutnya?



Harapan saya agar momod Colby dapat meneruskan kekreatifan beliau dalam menganjurkan sebarang aktiviti. Saya merasakan aktiviti yang dianjurkan telah merapatkan silaturrahim diantara forumer CT Cari. Terima kasih Colby & Daus kerana sudi meluangkan masa anda untuk memberi kemeriahan kepada Bod CT Nurhaliza!~ Saya terharu dengan kesungguhan & komitmen anda meskipun anda berdua sibuk dengan urusan di luar sana.

Selain itu, saya amat berharap agar tiada lagi persengkataan wujud di bod CT kerana sedikit sebanyak ianya akan mempengaruhi para forumer untuk bertandang di bod ini. Kita kawan takmau jadi lawan ok! Berforumlah dengan bijak.
    

  
  
  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2011 02:18 PM | Show all posts
jelitawan manja??
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 02:18 PM | Show all posts
eh eh..boleh ke mencelah.. ke kena tunggu sesi interview..
mati la tercepat sangatt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 02:22 PM | Show all posts
Reply 10# heisebeno

masuk jek mencelah...interviewnya pd tarikh tersebut

1 hari tu reserved tu korg tanye apa2 mengenai otai tersebut yg tiada dlm paparan interview

insyaallah diorg tolong jwbkn
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 02:23 PM | Show all posts
ngennnngggg.....ntah mananya jelita & manjaaa...

tapi saye sukaaaaa pic CT yang tue..
terbayang dia tgh nyanyi lagu You're Still The One...

terima kasih pada yang sudi buatkan mende alah tue utk saya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 02:25 PM | Show all posts
Reply 10# heisebeno

fikir2 balik harisbee punya = heseibeno
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 02:34 PM | Show all posts
Paparan i masa weekend nie....i kat kampong..
jadi jika pertanyaan tidak dibalas dgn segera,....harap maklum yerrr
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 02:52 PM | Show all posts
siapakah yg berbibir tebal ittew?

adakah eddy? bang bee? or ruffly? tunggukan jawapannya nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 03:38 PM | Show all posts
siap ko bee!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2011 04:45 PM | Show all posts
memohon pertukaran tarikh boleh tak momod2 sekalian...27 tu...harisbee amat bz...nanti x dpt nak entertain fan2 yg berkeliaran

kalu boleh nak hari rabu atau khamis..jikalau available
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 05:18 PM | Show all posts
memohon pertukaran tarikh boleh tak momod2 sekalian...27 tu...harisbee amat bz...nanti x dpt nak ent ...
harisbee Post at 19-1-2011 04:45 PM



   cannot yeee... once confirmed no changes can be made...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 05:51 PM | Show all posts
Reply 18# khyree


wow...x pernah ditanya confirmation pun

x dpt pun x per...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 05:52 PM | Show all posts
Reply  khyree


wow...x pernah ditanya confirmation pun

x dpt pun x per...
harisbee Post at 19-1-2011 05:51 PM



   hahaha.. bukan tuh maksudnyaaaa.... kita dah plan rangka bagai... so kalau 1 nak tukar, yang lain pon nak tukar... lagipon kesian kat bahagian rekacipta kene tukar grafik and etc kan.... kalau tk dapat jawab its ok.. bebila masa pon boleh jawab kan? heheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.051032 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list