CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17218|Reply: 85

[Tempatan] Gangguan mistik di R&R, ada yang pernah mengalami?

[Copy link]
Post time 16-10-2023 12:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 17-10-2023 02:34 AM

Chukai: "Saya nak cerita pun meremang bulu roma kerana masih ingat kisah itu sampai ke hari ini," kata pemandu lori, Mohd Afiq Adnan ketika menceritakan pengalaman diganggu makhluk halus sewaktu memandu seorang diri baru-baru ini.

Kisah itu mendapat perhatian hingga meraih 1.6 juta tontonan selepas Mohd Afiq berkongsi pengalaman menerusi satu video dimuat naik di TikTok baru-baru ini.

Mohd Afiq, 32, berkata, kejadian berlaku pada 9 Oktober lalu di satu kawasan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, di sini.

Ketika itu, Mohd Afiq dalam perjalanan pulang dari Kuala Terengganu, Terengganu ke Temerloh, Pahang.

"Lori dipandu saya sudah meragam sejak di Kuala Terengganu lagi iaitu selepas diisi dengan muatan.

Saya sudah hubungi 'tauke' (majikan) dan maklumkan keadaan lori dan dia minta saya meneruskan perjalanan.

"Jadi saya pun pandu dengan perlahan, sebelum sampai ke persimpangan Chukai, saya berhenti kerana kebetulan ada ruang parkir tetapi tak matikan enjin," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Tidak lama selepas itu, Mohd Afiq didatangi seorang lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5.

Katanya, lelaki itu datang dengan tiba-tiba dari arah belakang, bertubuh kurus dan berusia dalam lingkungan 40 hingga 50-an.

"Mulanya dia agak ramah dan tanya macam-macam soalan seperti sudah berapa lama jadi pemandu lori tetapi gayanya macam tahu mengenai saya.

"Tapi saya layankan saja pak cik itu borak sampai dia beritahu di kawasan berkenaan pernah ada kes orang meninggal dunia dan tanya saya tak takut ke?

"Saya pun jawab saya tak takut kerana pandai juga berubat orang dan ketika itu, wajahnya berubah jadi macam nak marah. Pak cik itu kemudian terus hidupkan enjin motosikal dan berlalu pergi tanpa cakap apa-apa," katanya.

Melihat lelaki itu pergi, Mohd Afiq terus naik ke atas lori yang belum dimatikan enjin dan mengekori dari belakang.

"Saya pandu perlahan saja dan dalam satu minit kemudian, lampu motosikal pak cik itu tiba-tiba tiada dan hilang begitu saja.

"Memang pelik kerana laluan itu adalah jalan lurus, tak masuk akal juga macam mana dia boleh hilang dan ketika sampai di (laluan) R&R Perasing, datang bau hanyir pula.

"Mulut saya pula laju saja 'menegur' kerana tak senang dengan bau itu. Tak sampai berapa saat, ada bunyi 'benda' mencakar dari atas bumbung lori.

"Lama juga saya dengar bunyi cakaran itu dan sampai di hentian Kuantan, saya berasa ada 'benda' pegang serta tarik kerusi yang saya duduk tapi saya teruskan perjalanan sampai ke destinasi dituju," katanya.

Mohd Afiq berkata, itu pengalaman seram pertama yang dilaluinya sejak menjadi pemandu lori hampir enam bulan lalu.

"Sebelum ini, saya sudah biasa melalui jalan Kuala Terengganu ke Temerloh, boleh dikatakan tujuh ke lapan kali dalam seminggu.

"Bagaimanapun, tak pernah kena gangguan tetapi mungkin 'giliran' saya kena malam itu.

"Saya tak serik dan anggap itu ujian yang tak akan mematahkan semangat kerana yakin ia adalah lumrah perlu dilalui pemandu lori dalam mencari rezeki," katanya yang sekadar berkongsi pengalaman dan tidak kisah sama ada mereka mendengar mempercayainya atau sebaliknya.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bapak i pernah dtg putrajaya urusan kerajaan..balik tgah malam ke kelantan guna kereta kerajaan negeri proton x70
dlm keta canggih dan baru tu oun bensa ni masuk
Bapak i suka.stesen radio klasik..klasik nasional
Benda tu ikut nyanyi suriram ram.ram.suriram...hehehe
Bapak.i ckp..nak nyanyi nyanyilah..jangan kacau dia memandu
Benda tu diam ja..dan hilang mcm tu ja
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 08:52 AM | Show all posts
benda2 ni boleh je jadi
dulu2 aku mmg tak alert benda2 ni
tapi bila dh join bod MPS baru aku perasan
byk situasi aku lalu drive spnjg hiway Sban Johor
mmg ada gangguan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2023 09:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:24 AM | Show all posts
Selepas insiden trs,  M Afiq harus berwaspada dn bekalkan diri dgn ayat2 rukyah.  Bacalah al-Fatihah, 3 Qul, ayat Kursi dn zikrullah sepanjang jalan. Jika dlm lori ada radio berkaset, belilah  disc bacaan AQ, pasang sbg peneman. Bacaan AQ mll  hp pun boleh.  Mudah2an perjalanan selamat sampai tujuan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2023 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Pacik tu test ilmu ke?

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 01:38 AM | Show all posts

Penunggu lah tu..Pak Long jaga kawasan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 06:44 AM | Show all posts
Cerita kat R&R Agil lagi power….cuba try berhenti tengah malam
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo
Tapi kalau cerita seram bukan kena buka kat thread misteri paranormal?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sapeka replied at 16-10-2023 06:44 AM
Ooo
Tapi kalau cerita seram bukan kena buka kat thread misteri paranormal?

Sekarang ni semua humban kat CI...termasuk kisagh artis,  family, hal peribadi
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 07:44 AM | Show all posts
noor2 replied at 16-10-2023 07:15 AM
Sekarang ni semua humban kat CI...termasuk kisagh artis,  family, hal peribadi

knp tak mintak jad mod...? memekak aje engkau..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 16-10-2023 07:44 AM
knp tak mintak jad mod...? memekak aje engkau..

Mental???......ko ni norma baru yg bnyk MN kan?...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 07:57 AM | Show all posts
noor2 replied at 16-10-2023 07:51 AM
Mental???......ko ni norma baru yg bnyk MN kan?...

alah nyah...mcm la iols x kenal lo saper....ko pun ada MN kan...cak?

Kahlahkahkah...prooot!
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 16-10-2023 07:57 AM
alah nyah...mcm la iols x kenal lo saper....ko pun ada MN kan...cak?

Kahlahkahkah...prooot!

Sah la ko MN...dah tiba2 menyerang aku apasal...nanpak sangatla ko.norma baru tu..loser duk memekak pepagi menyerang org..hidup ko stress sgt ke ???
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 08:08 AM | Show all posts
noor2 replied at 16-10-2023 07:59 AM
Sah la ko MN...dah tiba2 menyerang aku apasal...nanpak sangatla ko.norma baru tu..loser duk memeka ...

Ko busuk hati ..kepochi knp? Takut jadi mod sebab kena kasi IC, FB link takot org tahu rupa ko yg mcm jembalang tanah kew? Ke andartu...lama tak diasah bijik ko..




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 16-10-2023 08:08 AM
Ko busuk hati ..kepochi knp? Takut jadi mod sebab kena kasi IC, FB link takot org tahu rupa ko yg  ...

Apa benda la syaitan ni merepek menyerang aku pagi2 x pasal2...adoiii betul2 la hidup ko x ok realiti...suka hati ko lah bangsat...tiba2 ckp aku takut jd mod la apa la...ko ni betul2 celaka lah duk menyerang org pagi2
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 08:29 AM | Show all posts
sekngucing replied at 16-10-2023 01:22 AM
Bapak i pernah dtg putrajaya urusan kerajaan..balik tgah malam ke kelantan guna kereta kerajaan nege ...

sejarah asal usul lagu suriram menurut wiki bahasa melayu: https://ms.wikipedia.org/wiki/Suriram
bahasa inggeris lain sikit pulak: https://en.wikipedia.org/wiki/Soleram


iols suka versi klasik ni:


Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 08:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
R&R  perasing tu memang keras katanya.. ghost seekers leh lah gi sana
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 09:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.057763 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list