CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3050|Reply: 3

"Paling Lama" - Rina Nose Gembira Perkahwinan Ketiga Sudah Masuk Tahun Keempat

[Copy link]
Post time 26-10-2023 09:06 AM | Show all posts |Read mode
Personaliti serba boleh Indonesia, Rina Nose teruja apabila perkahwinan kali ketiganya sudah memasuki tahun keempat.


Kata Rina, ia merupakan satu pencapaian terbaik dalam hidupnya.






Memetik laporan Detikcom, Rina atau Rina Permata Puteri, 39, berkata rumah tangga dibina bersama Josscy Vallazza Aartsen ini telah memecah rekod sejarah perkahwinannya sebelum ini.


"Ya pecah rekod ni (tempoh perkahwinan). Sekarang ini kami menjalani hubungan suami isteri seperti biasa... kami hanya jalani hubungan ini seadanya," katanya.


Dalam pada itu, pengacara program Big Stage musim kelima ini turut memberitahu biarpun mereka suami isteri menjalani hubungan jarak jauh, namun ia tidak sesekali merenggangkan hubungan mereka.


"Ya walaupun suami saya menetap di Belanda, tetapi hubungan kami tetap rapat.


"Kami banyak berkomunikasi dan saya rasa ia juga kunci kebahagiaan kami... dari sebelum bernikah memang kami banyak berkomunikasi," ujarnya.


  



Untuk rekod, Rina dan Josscy mendirikan rumah tangga pada 22 Oktober 2019 namun pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.


Sebelum itu, Rina pernah berkahwin sebanyak dua kali namun perkahwinan pertama tidak pernah didedahkan kepada umum.


Perkahwinan kedua bersama Ridwan F Anwar pula hanya bertahan selama setahun dan tidak juga dikurniakan cahaya mata.





Sumber: mStar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 11:34 AM | Show all posts

Personaliti serba boleh Indonesia, Rina Nose teruja apabila perkahwinan kali ketiganya sudah memasuki tahun keempat.

Kata Rina, ia merupakan satu pencapaian terbaik dalam hidupnya.

Memetik laporan Detikcom, Rina atau Rina Permata Puteri, 39, berkata rumah tangga dibina bersama Josscy Vallazza Aartsen ini telah memecah rekod sejarah perkahwinannya sebelum ini.

"Ya pecah rekod ni (tempoh perkahwinan). Sekarang ini kami menjalani hubungan suami isteri seperti biasa... kami hanya jalani hubungan ini seadanya," katanya.

Dalam pada itu, pengacara program Big Stage musim kelima ini turut memberitahu biarpun mereka suami isteri menjalani hubungan jarak jauh, namun ia tidak sesekali merenggangkan hubungan mereka.

"Ya walaupun suami saya menetap di Belanda, Jika anda mempunyai masa lapang, sila bermain permainan basketball stars unblocked, tetapi hubungan kami tetap rapat.

"Kami banyak berkomunikasi dan saya rasa ia juga kunci kebahagiaan kami... dari sebelum bernikah memang kami banyak berkomunikasi," ujarnya.

Untuk rekod, Rina dan Josscy mendirikan rumah tangga pada 22 Oktober 2019 namun pasangan ini masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sebelum itu, Rina pernah berkahwin sebanyak dua kali namun perkahwinan pertama tidak pernah didedahkan kepada umum.

Perkahwinan kedua bersama Ridwan F Anwar pula hanya bertahan selama setahun dan tidak juga dikurniakan cahaya mata.

tahniah. Semoga pasangan suami isteri akan bahagia dan bahagia
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 02:06 AM | Show all posts
Good for her.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 07:47 AM | Show all posts
nose tu bkn sebutan nose hidung tapi no...sey xsilap (incase kalau ada yg tanya)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 1.254958 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list