CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2669|Reply: 10

[Politik] Ramai yakin Sultan Ibrahim mampu membawa negara ke arah Malaysia Gemilang

[Copy link]
Post time 27-10-2023 09:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 28-10-2023 02:51 AM


JOHOR BAHRU, 27 Okt (Bernama) -- Pemilihan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, memberi khabar gembira kepada setiap lapisan Bangsa Johor dan suatu yang amat membanggakan negeri Harimau Selatan.


Seperti dijangkakan, Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 menggantikan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Jan depan.


Seorang usahawan Mohd Said Mustaffa, 59, berkata baginda dikenali sebagai Sultan yang dekat di hati rakyat jelata dan semestinya pemilihan baginda dinantikan bukan sahaja rakyat di negeri Johor, malah semua rakyat Malaysia.


“Baginda selaku payung negeri, amat disenangi dan disayangi oleh seluruh rakyat di negeri Johor dan dibuktikan semasa jelajah Kembara Mahkota  Johor, yang diadakan pada setiap tahun.


“Baginda sentiasa mengambil perhatian terhadap masyarakat termasuk masyarakat orang Asli dan selaku ketua agama, baginda juga sentiasa memastikan agar syiar Islam terus terpelihara dan memastikan tiada mana-mana golongan yang boleh mengganggu gugat keamanan dan perpaduan, dalam kalangan semua bangsa,” kata bapa tiga anak kepada Bernama di sini, hari ini.


Sementara itu, Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung Johor), yakin Sultan Ibrahim dapat
menggalas tanggungjawab memayungi negara dengan adil dan bijaksana.


Ketua Penerangan Gabung Johor Abdullah Md Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata amanah itu, pasti dapat dilaksanakan seperti mana Sultan Ibrahim memerintah Johor.


“Gabung Johor menyatakan sokongan dan taat setia tanpa berbelah bahagi terhadap Sultan Johor yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan kami sebagai Bangsa Johor, amat berbesar hati apabila Tuanku dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kepada seluruh rakyat Malaysia.


“Kami, Bangsa Johor akan setiasa berada di belakang Sultan Ibrahim walau apa jua keadaan, susah mahu pun senang,” katanya serta menambah, sehingga kini Gabung Johor mempunyai 45 NGO dari seluruh negeri ini.


Presiden Permata Baiduri Malaysia Faridah Hamzah berkata sebagai anak Johor, beliau teruja dan berbangga apabila Sultan Johor dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.


“Perkara ini amat saya nanti-nantikan, kerana nama dan keperibadian tuanku yang mesra dengan rakyat dan mengambil berat berkenaan isu rakyat, sering diceritakan oleh segenap lapisan masyarakat meski pun saya berada di luar dari Johor,” katanya.


Pengurus syarikat swasta Felix Tan pula berharap agar pemerintahan baginda akan terus membawa keharmonian dan kehidupan yang lebih aman, kepada rakyat Malaysia.


“Sultan Johor adalah seorang Sultan yang berpengalaman luas dan layak dipilih sebagai Agong dan saya sentiasa hormati Sultan Johor kerana baginda merupakan salah seorang Sultan, yang sentiasa terlibat dengan rakyat dan baginda juga seorang ahli perniagaan yang berjaya.


“Saya doakan baginda dan Permaisuri Johor (Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah) diberi kesihatan yang baik untuk memerintah negara,” katanya yang menetap di Batu Pahat.


Bagi ahli perniagaan M.Kandapan dari Masai, yang beberapa kali berkesempatan berjumpa dan bergambar dengan Sultan Ibrahim, menyifatkan baginda sebagai seorang ketua yang disegani malah tidak sombong dengan rakyat jelata.


“Banyak kenangan bersama baginda beberapa tahun lalu dan saya yakin dengan sifatnya yang peramah, rakyat berbilang bangsa, sudah tentu ramai yang akan menyanjung baginda dan semoga pemerintahan baginda membawa kemakmuran dan kesenangan kepada semua golongan.


“Sebagai Bangsa Johor, sudah pastinya bangga kerana seperti satu penghormatan buat kami rakyat Johor. Saya harap baginda dapat memerintah negara dengan adil,” katanya.


Pengerusi Kumpulan Penggerak Ibu Bapa Komuniti dan Swasta Datuk Yahya Jaafar berkata ini merupakan satu detik bersejarah untuk Bangsa Johor, dan Sultan Ibrahim mampu membawa negara ini lebih maju dan gemilang.


“Seperti mana Johor maju di bawah payung Sultan Johor, begitu juga Malaysia akan terus maju di bawah payung tuanku dan pastinya ekonomi negara juga akan baik, kerana baginda sering mengingatkan kerajaan negeri Johor sebelum ini supaya mesti sentiasa mempunyai kewangan yang kukuh dan berbelanja dengan berhemah,” katanya.


Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) pula berharap, program bersama rakyat yang menjadi rutin Sultan Ibrahim di Johor, dapat diteruskan di seluruh negara.


-Bernama




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Daulat tuanku
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik azmee tak sah kalo tak gedik selalu yihhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Come 31st January 2024, walauns, kaki tebuk ataps, racist and extremis religious politicians will be ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-10-2023 09:10 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 09:35 AM | Show all posts
Daulat Tuanku.. Semoga dilaksanakan hukuman buat mana-mana rakyat Malaysia yang tidak menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Apapun alasan, kenalah beraya pada 31 Ogos dan 16 September..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2023 10:19 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 28-10-2023 11:24 AM

Mudah-mudahan hal-hal yang menyesatkan minda seperti maraknya dongeng sejarah dan konsep halunisasi seperti konsep bangsa melayu mahawangsa, alam atau dunia melayu mulai diubah atau diakhiri seiring dengan upaya YDPA baru Malaysia untuk membangun pola pikir baru bangsa melayu yang lebih realistis, terbuka, egaliter dan rasional di masa hadapan ....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 11:21 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 09:30 AM | Show all posts
saka apanama tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.382455 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list