"Sebenarnya dia bertahun-tahun tak sihat tapi on off. Cepat sakit... cepat baik. Jadi kami tak tahu ada benda lain yang bahaya.
"Dia selalu sakit perut... mudah demam dan cepat letih. Benda itu berlarutan dan sentiasa berlaku," katanya.
Suzan juga berkata ketika ini dia masih lagi menantikan perancangan daripada doktor yang merawatnya.
"Sekarang ini doktor di sini sedang berbincang dengan doktor di Selayang untuk langkah seterusnya. Mungkin minggu depan kami akan ke Selayang untuk perancangan lanjut," kongsinya.
Ditanya mengenai kewangan ketika ini, Suzan memaklumkan Tia memiliki insuran namun tidak cukup untuk menanggung kos rawatan penyakit suaminya.
Dia bagaimanapun akan melakukan pelbagai usaha untuk memastikan suaminya mendapat rawatan yang sewajarnya.
"Saya bukan nak meminta bantuan ke apa, tapi saya risau proses ia akan panjang dan bukan untuk sekarang ini saja.
"Mungkin ada ubat yang saya kena beli nanti jadi sangat membantu kalau ada pihak yang sudi membantu.
"Saya juga harapkan semua peminat doakan kesembuhan dia," ujarnya.
Sumber: mStar