CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4168|Reply: 37

[Tempatan] Skim apakah? Terjebak pelaburan syarikat 'VIP', ratusan pelabur rugi RM1 bilion

[Copy link]
Post time 7-11-2023 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 8-11-2023 11:54 AM

PETALING JAYA: Seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ didakwa menipu ratusan pelabur dengan kerugian dianggarkan hampir RM1 bilion dengan menggunakan nama rakan kongsinya yang bergelar ‘Tan Sri’ melalui 18 syarikat pelaburan.

Malah, pelbagai syarikat swasta, kerajaan, golongan profesional seperti doktor serta pelabur antarabangsa turut dijadikan mangsa dalam kegiatan dipercayai dilakukan lelaki itu sejak beberapa tahun lalu.

Sekretariat Mangsa Penipuan Ranjeet (Maper), Shah Abdul Malek, 50, berkata, dia mengenali lelaki berkenaan sejak 2007 sebelum berminat untuk melabur dalam syarikat pinjaman wang serta koperasi yang dijalankan individu terbabit.

Katanya, individu berkenaan pada awalnya memberikan jaminan pulangan yang tinggi sehingga enam peratus setiap bulan bagi jumlah wang yang dilaburkan.

“Saya bukan saja melabur wang saya ke dalam syarikat itu, malah juga membawa masuk ramai pelabur terdiri daripada ahli keluarga serta rakan untuk turut serta dengan pelaburan dianggarkan berjumlah RM5 juta.

“Dia turut mengambil saya sebagai penasihat sebelum dilantik sebagai pengarah di salah sebuah syarikat miliknya,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Eastin, di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut usahawan kosmetik itu, selepas beberapa tahun, dia mula curiga dengan lelaki terbabit kerana ramai pelabur merasa tertipu dengannya apabila pulangan keuntungan dijanjikan tidak ditunaikan.

Malah, jelasnya, lelaki itu turut menggugut untuk melaporkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung punca kewangan pelaburnya yang memberikan wang hingga jutaan ringgit.

“Cubaan mendapatkan semula wang pelaburan yang dimasukkan berakhir dengan kegagalan apabila hanya menerima separuh sahaja daripada RM5 juta dilaburkan. Saya terpaksa jual rumah, kereta untuk bayar semula kepada rakan serta keluarga terdekat yang melabur dengan saya, beban hutang yang berlambak juga menyebabkan saya muflis.

“Saya difahamkan lelaki ini menjalankan rantaian sindiket penipuan pelaburan ini dengan berselindung di sebalik rakannya bergelar Tan Sri yang didakwa mempunyai pengaruh dengan pihak berkuasa,” katanya.

Mengulas lanjut, Shah memohon kepada mana-mana pihak yang menjadi mangsa individu berkenaan diminta tampil berhubung dengannya melalui talian 014-2214433 atau email [email protected].

“Kita mahu menghalang lebih ramai lagi menjadi mangsa penipuan lelaki berkenaan dan mencari jalan mendapatkan balik wang serta harta yang ditipu.

“Dengan tindakan ini saya harapan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain untuk mengambil maklum isu ini dan bertindak dengan adil,” katanya

Sementara itu, seorang lagi mangsa penipuan pelaburan daripada United Kingdom, Lee Rogger Meiklejohn, 51, berkata, dia rugi 10 juta Pound Sterling (RM60 juta) kerana terpedaya dengan pelaburan palsu dijalankan lelaki sama yang dikenali pada tahun 2010 ketika bertemu di Glasgow, Scotland.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa seorang individu bergelar Tan Sri telah melabur jutaan ringgit ke dalam syarikat pelaburannya dan memaklumkan dalam proses mengambil alih sebuah syarikat telekomunikasi dalam tempoh terdekat pada 2017.

“Apa yang menyebabkan saya tertarik menyertai pelaburan itu adalah lelaki ini menggunakan nama-nama individu berpengaruh bagi meyakinkan saya.


“Selepas proses perjanjian selesai, saya diminta lelaki itu untuk memasukkan wang ke dalam syarikat pinjaman wang kewangan miliknya dengan alasan prosedur berkenaan sudah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya.

Lee Roger berkata, dia hanya menyedari ditipu selepas lelaki terbabit mendakwa sudah menukar pelaburan itu kepada pemilikan saham syarikat berkenaan pada 2017.

“Selepas beberapa tahun, saya mendapati saya tidak memiliki saham seperti yang didakwa oleh individu terbabit menyebabkan saya membuat laporan polis berhubung penipuan itu pada 2019. – UTUSAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa ya? Bergelar tan sri?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak cepat jadik kaya?

Jadilah scammer.

BNM takleh buat apa.

PDRM takleh buat apa.

Even dukun santet pun takleh buat apa2 huntok tolong mangsa balas dendam.


Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-11-2023 10:37 PM
Nak cepat jadik kaya?

Jadilah scammer.

Loyer scammer mmg smart jawab dlm court, dia ckp anakguam x paksa mangsa bank in duit, xde unsur jenayah acu pistol, letak parang kt leher mangsa x dak suma tu....mangsa yg sukarela bank in duit....so, court pun bebaskan scammer
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 7-11-2023 03:19 PM
Loyer scammer mmg smart jawab dlm court, dia ckp anakguam x paksa mangsa bank in duit, xde unsur j ...

Kalau buat police report pun takleh buat hapa sangat sebab ini jenayah komersil so seperti Firenzza taip di atas, suma yang berlaku, atas 'kerelaan' mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 11:30 PM | Show all posts
Orang tamak & pemalas la selau jadi mangsa.. satu masa dulu ada iklan investment dalam facebook.. roi sampai 20%.. lagi banyak letak ada sampai 25% untungnya.. mana tak kelabu mata.. letak 10k bulan2 dapat 2.5k.. macam zaman pak man telo, bulan2 boleh bayo kete.. modal 10k untung boleh buat bayar beemer monthly..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2023 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih kurang macam billion trillion zillion kah?

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian... dlm hal ni bodoh itu tidak percuma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 07:32 AM | Show all posts
kalu jota2 cam ni seharusnya crypto
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit da ada juta2 pun tamak lagi...
Mmg la Org tamak selalu rugi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 08:01 AM | Show all posts
6% tiap bulan wow, yg tiap bulan tu buat rambang mata manakala 6% tu nampak logik,
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 08:04 AM | Show all posts
Space space Nyonya sekor dulu tu apa dah jadi erk?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 08:20 AM | Show all posts
see....rakyat Malaysia mudah diperdaya
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-11-2023 11:20 PM
Kalau buat police report pun takleh buat hapa sangat sebab ini jenayah komersil so seperti Firenzz ...

Report kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mentang jadi kat org kaya2 ado2 bertittle sakan buat pc suh menteri itu ini ambil tindakan.
cuba jadi kat kakcik makcik bangcik kat kg dan2 laa kata kurang ilmu.
ternyata bodoh itu bkn hak mutlak org kg tak sek ye...org kaya raya bljr tggi pun blh jadi super bodoh giler byk juta2 sorg kene scammed
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 08:49 AM | Show all posts
org tamak slalu rugi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku padankan muka je semua mangsa2 scammers ni
Dulu aku rajin la gak educate depa ni psl awareness on scam2 ni ..tp dah memasing bodoh sombong dgn aku kan
Lantak lah..duit korang..bukan duit aku
So salam padan muka dr aku
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai lah…. too good to be true!
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 09:08 AM | Show all posts
yang masuk ni tamak dan bodoh..
when its good to be true, ko sambunglah sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 10:11 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 7-11-2023 10:37 PM
Nak cepat jadik kaya?

Jadilah scammer.

hanya ummah saja yang ada kuasa mendesak (contohnya macam boikot)tetapi ya lah seperti istilah kera di hutan disusukan...


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 1.537856 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list