CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1457|Reply: 0

Ella Tak Malu Pakai Alat Bantuan Pendengaran "Saya Bukan Pekak"

[Copy link]
Post time 8-11-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode
Ella, 57, tak malu mengakui bahawa dirinya menggunakan alat bantuan pendengaran sejak setahun yang lalu.


Katanya dia mengalami masalah pendengaran pada telinga kiri yang kini berkurangan kepada 70 peratus manakala pada bahagian kanan pula 80 peratus.


Foto: IG




“Ingatkan telinga saya okay. Tetapi selepas melakukan pemeriksaan, keputusan mendapati pendengaran telinga kiri berkurang kepada 70 peratus manakala sebelah kanan hanya tinggal 80 peratus daripada bacaan 200 peratus.


“Selepas itu, saya mendapat bantuan GHCC dan saya menggunakan alat bantuan pendengaran Bernafon Alpha. Syukur, Alhamdulillah, kini masalah saya dapat diselesaikan,” katanya kepada Utusan.




  



Pandangan bahawa penggunaan alat sokongan hanya untuk orang pekak juga perlu dikikis segera dengan memberi pendedahan meluas kepada masyarakat.


“Rasanya, tiada sebab untuk saya nak rasa malu atau anggap ada kekurangan kerana memakai alat bantu walaupun status saya sebagai penyanyi.


“Kalau peralatan ini dapat menolong saya mendengar lebih sempurna, kenapa tidak saya menggalakkan orang lain juga lebih peka dengan perubahan diri sendiri? Lagipun ia tidak bermaksud saya sudah pekak.


“Stigma alat bantuan ini hanya untuk orang pekak atau hilang pendengaran seharusnya dielakkan.Saya harap ia dapat memberi kesedaran kepada orang ramai termasuk dalam kalangan rakan artis yang terdedah kepada bunyi-bunyian kuat,” katanya.




  



Kata Ella lagi,masalah pendengaran dialaminya berpunca daripada aktiviti menyelam dan terdedah kepada bunyi-bunyian yang kuat.


Sebagai penyanyi sejak hampir empat dekad, dia mengajak rakan seperjuangan jangan berlengah jika mengesan terdapat tanda-tanda pendengaran terjejas.




  



“Sebelum ini, ada rakan yang bertanya mengapa saya memakai alat bantuan jadi saya menjelaskan dan beri sedikit sebanyak nasihat untuk cepat bertindak,” katanya. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.058167 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list