CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3562|Reply: 11

Tujuh juta bakal derita diabetes pada 2025

[Copy link]
Post time 11-11-2023 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Tujuh juta bakal derita diabetes pada 2025


TABIAT pemakanan yang buruk, gaya hidup tidak aktif dan obesiti adalah penyebab utama diabetes.


Kuala Lumpur: Kelaziman penyakit diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat, dengan anggaran tujuh juta rakyat orang dewasa akan menghidap penyakit diabetes menjelang 2025, kata Pakar Perunding Endokrinologi dari Pusat Perubatan Sunway Dr Teoh Wei Leng.

Beliau berkata, jenis yang paling biasa dihidapi bagi penyakit ini ialah Diabetes jenis 2, yang sejak akhir-akhir ini turut menjejaskan ramai golongan muda.

"Salah satu perkara yang paling membimbangkan ialah usia pesakit yang didiagnosis dengan diabetes kini semakin muda.

"Baru-baru ini saya mendiagnos seorang remaja berumur 17 tahun yang mempunyai sejarah obesiti sejak kanak-kanak serta sejarah keluarga dengan diabetes.

"Malah pakar endokrinologi pediatrik kami juga menerima lebih ramai pesakit kanak-kanak Jenis 2 itu dan ia tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, diabetes ialah satu penyakit yang kronik apabila pankreas seseorang individu itu tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau apabila pankreas tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan.

"Insulin ialah hormon yang membantu glukosa masuk ke dalam sel kita bagi digunakan untuk tenaga dan apabila ini gagal, ia boleh menyebabkan paras glukosa meningkat dalam badan kita dan dalam jangka masa yang lama boleh meningkatkan risiko kerosakan organ pada mata, buah pinggang, saraf, saluran darah atau jantung," katanya.

Beliau menegaskan tabiat pemakanan yang buruk, gaya hidup tidak aktif, dan obesiti adalah penyebab utama diabetes, dan disebabkan itu didikan amalan memilih makanan yang sihat sejak kecil adalah perlu agar dapat membentuk tabiat pemakanan yang baik sepanjang hayat sekali gus mengurangkan peningkatan obesiti.

"Kerap membuang air kecil, dahaga yang berlebihan, penurunan berat badan secara tiba-tiba, dan kelesuan adalah tanda-tanda yang sering berlaku. Jika anda mengalami gejala ini, jangan abaikannya, periksa paras gula dalam darah anda dengan segera. Hari ini paras gula dalam darah boleh diperiksa secara percuma atau dengan sedikit bayaran di farmasi atau klinik," katanya.

Beliau berkata, salah satu cabaran dalam menguruskan diabetes ialah penyebaran mitos dan tanggapan yang salah dan Dr Teoh dengan pantas menepis tanggapan salah ini, terutamanya yang berkaitan dengan ubat.

"Tanggapan salah yang biasa kita dengar ialah ubat diabetes boleh memudaratkan buah pinggang. Walhal hakikatnya diabetes yang tidak terkawal itulah yang membawa kepada kerosakan buah pinggang, bukannya ubat preskripsi. Kerana itulah penting untuk pesakit mematuhi jadual janji temu dengan doktor diabetes mereka," katanya.

"Diet seimbang yang merangkumi bijirin penuh, protein tanpa lemak, buah-buahan, dan sayur-sayuran adalah penting. Gabungkan pemakanan sihat ini dengan senaman yang kerap - walaupun dengan berjalan pantas setiap hari, ini boleh membawa kepada perubahan besar," tambahnya.

Berhubung pilihan rawatan Dr Teoh berkata, terdapat kemajuan yang memberangsangkan dalam rawatan dan pengurusan diabetes ketika ini, daripada ubat-ubatan berinovasi hinggalah kepada sistem pemantauan glukosa yang berterusan, serta pelbagai peralatan yang boleh digunakan bagi merawatnya.

"Bagaimanapun penjagaan peribadi yang sesuai dengan keperluan atau gaya hidup pesakit, serta pengetahuan pesakit terhadap diabetes merupakan perkara asas yang perlu ada bagi mendapatkan rawatan yang berkesan," katanya.

Dr Teoh berkata, dengan ilmu pengetahuan dan sokongan yang betul, individu yang menghidap diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal, dan menurutnya ia boleh dilakukan menerusi pendekatan holistik yang merangkumi pemahaman mengenai keadaan penyakit itu dan membuat pilihan bermaklumat.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -diabetes-pada-2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2023 01:47 AM | Show all posts
ramai sgt sgt tuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2024 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
but msian still x sedar n amik iktibar wlpun mcm2 penyakit ada
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2024 12:14 PM | Show all posts
ropiahdiva80 replied at 1-2-2024 12:07 PM
but msian still x sedar n amik iktibar wlpun mcm2 penyakit ada

makanan2 kita sedap sgt
availability nya pon sgt tinggi
sy bercuti ni sebok dgn makan je
ni nak kuar cari mie soup dan cendol ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 10-2-2024 12:14 PM
makanan2 kita sedap sgt
availability nya pon sgt tinggi
sy bercuti ni sebok dgn makan je

me di fasa menjage makan pon still terliur bila tgk mknan. negara kite ni mmg meriah dgn mknan sedap
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2024 09:15 AM | Show all posts
When Malaysians can"t connect the dots dari kesan terhadap keputusan dan pilihan mereka satu ketika dahulu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2024 01:28 AM | Show all posts
ropiahdiva80 replied at 21-2-2024 08:21 AM
me di fasa menjage makan pon still terliur bila tgk mknan. negara kite ni mmg meriah dgn mknan sed ...

sy pon sama
cuma sy ada weighing scale
so setiap hari sy akan timbang berat sy
alhamdulillah sy ada accurate readings dari tahun 2006
dan berat saya bermain2 between 64kg to 69kg, mainly 65-67kg alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2024 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Pantang jer gula & susu pekat inshaAllah ok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaga makan
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Air manis paling bhy.. mcm2 perisa ada fi oasaran
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Terlalu banyak cafe hipster sekarang ni... dari yang franchise sehinggalah your locally owned cafe. Jual minuman manis-manis dan makanan yang sangat high calories. Ini juga jadi faktor penyumbanglah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
viral food lagi..now coklat kunafa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.074468 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list