CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10716|Reply: 63

Hang Tuah Fail Rayuan Batal Surat Wakil Kuasa, Mahu Harta Jins Shamsuddin Dibahagi Secara Faraid

[Copy link]
Post time 11-11-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Kemelut keluarga Allahyarham pelakon Tan Sri Jins Shamsuddin nampaknya masih belum berakhir apabila anak keduanya iaitu Hang Tuah masih lagi ingin mempertahankan haknya terhadap tuntutan yang dibuat sebelum ini.


Hang Tuah atau Hang Tuah @ Shazrin Mohamed Jin, berkata, tujuan dia dan abang sulungnya iaitu Jefri Jins memfailkan rayuan terhadap keputusan kes berhubung surat wakil kuasa pada Januari lalu demi memperjuangkan keadilan.






Kata Hang Tuah, dia mahu kesemua harta aktor berkenaan dibahagikan mengikut hukum Islam.


"Tujuan kami membawa kes ini ke mahkamah bukanlah disebabkan soal harta atau kepentingan individu tetapi adalah untuk memperjuangkan keadilan Allahyarham Jins dan semua waris keluarga beliau.


"Kami berjuang di mahkamah untuk membatalkan surat wakil kuasa bagi penjualan tanah tersebut dan mengembalikan tanah yang disyaki telah dijual tanpa kerelaan arwah.


"Kami juga mahu membahagikan kesemua harta arwah kepada waris yang berhak mengikut hukum faraid," katanya.


Hang Tuah berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di YouTube miliknya.


Dalam pada itu, Hang Tuah turut menjelaskan punca mereka memfailkan saman terhadap Jebat yang dikatakan cuba menyembunyikan fakta-fakta tentang penjualan tanah dan kereta milik Allahyarham bapa mereka.


"Jebat memberitahu tanah tersebut tidak pernah dijual cuma disewakan dan nombor plat kereta juga tidak dijual, hanya ditukarkan kepada kenderaan lain.


"Tapi sebenarnya dia (Jebat) dah jual pun, maknanya Jebat cuba menyorokkan fakta-fakta ini dengan kami.


"Ia menunjukkan Jebat tidak memberitahu kami perkara yang benar dan kerana itu kami mengambil keputusan untuk menyaman," ujarnya.


Untuk rekod, Hang Tuah, Jefri dan Hang Jebat merupakan adik-beradik berlainan ibu.


Jefri ialah anak hasil perkahwinan pertama Jins dengan seniwati Rahmah Rahmat.


Allahyarham kemudian bercerai dan berkahwin dengan Jamilah Shukor dan mendapat Hang Tuah.


Beliau kemudian berkahwin untuk kali ketiga dengan Puan Sri Halijah Abdullah dan dikurniakan dua orang anak iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nedim.


Dalam tuntutan saman itu Hang Tuah bersama Jefri selaku plantif memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi dan deklarasi pembatalan surat kuasa wakil hak milik tanah pada 3 Januari 2019 di Mahkamah Tinggi Shah Alam.


Tuntutan saman tersebut dibuat kepada tiga defenden iaitu Putera Hang Jebat Mohamed Jin, peguamnya yang bernama Rosal Azimin Ahmad dan pemilik terkini tanah tersebut iaitu Barakatul Kamaria Ahmad.


Menurut Hang Tuah, dia mengesyaki tanah tersebut telah dijual dengan menggunakan tanda tangan palsu Jins sedangkan ketika itu arwah menghidap penyakit Alzheimer (nyanyuk).


Pada Januari 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan surat wakil kuasa itu sah, seterusnya menolak tuntutan oleh Hang Tuah dan Jefri.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2023 12:27 PM | Show all posts
kena buktikan la tu tandatangan palsu...
kalau tak valid je urusan jual beli tanah tu...
harta ni kalau dapat cara tak berkat tak kemana...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua lelaki ye anak arwah
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 11-11-2023 12:27 PM
kena buktikan la tu tandatangan palsu...
kalau tak valid je urusan jual beli tanah tu...
harta ni ka ...

Tak silap dia dah ke jabatan kimia.

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 01:50 PM | Show all posts
kalau jual masa arwah dah alzheimer, mana nak sah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena tulah kot bg nama nama gitu kat anak
Dah becakar seperti hikayat hang tuah n hang jebat

Tiberr akak feeling acik acik klasik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-11-2023 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nama pun jebat.. berlawan lak dengan tuah.. hmmm takan habis.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je comment kat thread jamal tak nak anak lagi pasal berebut reta ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2023 03:21 PM | Show all posts
hmmmmm....dulu2 kecoh jgk kan yang arwah cuba sabotaj arwah t.s.p.ramlee....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam baca buku Hikayat Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu hensem gila Tuah ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Apak kau punya la hensem.

Ujung2 kuar anak begini saja kejadiannya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau berebut harta dgn org pompuan sibuk ikut faraid, berebut sesama lelaki terus guna surat wakil kuasa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dolmat at 11-11-2023 08:34 PM

Tuah dgn Jebat bertarung... Nadim SILA berikan buah fikiran anda... Nak gunakan batang pisang atau pinang sebatang?


What goes around comes around..
Dulu ada sejarah antara zaman arwah P.Ramlee arwah Jins rampas kuasa tak silap.
Sekarang anak2 arwah Jins lak berebut2 harta....

Saborrrrrrr je laaaaa..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 11-11-2023 04:01 PM
Apak kau punya la hensem.

Ujung2 kuar anak begini saja kejadiannya.

Cikgu..jins dulu hensem sgt ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 11-11-2023 12:34 PM
Cikgu..jins dulu hensem sgt ke

Hensem la. Cuma kurang sedikit bab ketinggian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2023 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 11-11-2023 08:36 PM
Hensem la. Cuma kurang sedikit bab ketinggian.

Ok Japs nak pi Tanya en gogel
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
No matter what ku sama2 doakan2 permudahkan urusan mereka adek beradek.. jgn kerana harta berebut2 arwah mungkin sedih di sana melihat perbalahan antara anak2 lelaki nya.

Sekiranya ada yg tamak khianat membolot harta biar lah dia jawab perlahan2 bila tiba masanya nanti.

Semoga Allah SWT lembutkan hati mereka adek bradek untuk urusan harta arwah sebaik mungkin.

Aku dah pernah kenaaaaa tahu lah bagaimana rasanya.. tapi alhamdulillah semoga hati ini di pelihara dari merebut2 harta orang meninggal!
Yg berhak pun belum tentu berhak... Peninggalan harta orang meninggal ialah amanah untuk yg hidup teruskan tanggung jawab. Bak kata ibu ku harta peninggalan orang meninggal jgn di buat main..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 11:00 PM | Show all posts
Jebat ngan mak dia dulu siap tak bagi anak2 lain jumpa ayah mereka
so tak  heran disitu bila tanah dijual without consent 2 orang lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuah dgn jebat 2 2 aku kenal. Tak Sangka jebat mcm ni perangai. No komen.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.061071 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list