CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1050|Reply: 0

Azroy mahu perbaiki catatan masa pada saingan Moto2

[Copy link]
Post time 11-11-2023 12:36 PM | Show all posts |Read mode

AZROY (kiri) menjalani sesi latihan bebas sebelah pagi menjelang saingan GP Malaysia di SIC esok.

SEPANG – Pelumba muda negara, Azroy Hakeem Anuar yang membuat penampilan kedua pada Grand Prix (GP) Malaysia menerusi tiket wildcard Moto2 tekad untuk memberikan terbaik sewaktu turun beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri.

Azroy yang beraksi bersama pasukan Petronas MIE Racing dalam kelas Moto2 ini berazam mengggunakan peluang tersebut untuk memperbaiki catatan masa sepusingan berbanding dilakukannya pada tahun lalu.

Berdasarkan penampilan sulungnya pada GP Malaysia tahun lalu, catatan masa sepusingan terbaik Azroy adalah ketika sesi kelayakan pertama (Q1) dengan catatan 2 minit 08.738 saat (s).

Catatan itu gagal diperbaiki Azroy pada hari perlumbaan, menyaksikan masa sepusingan terbaiknya sepanjang 18 pusingan adalah 2’10.338s sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-22.

“Sudah lama saya tak bawa jentera Moto2, jadi mungkin akan ada rasa kekok, apapun saya kena pantas menyesuaikan diri. Kita mempunyai banyak sesi seperti latihan bebas, kelayakan dan perlumbaan.

“Tapi mungkin saya tidak memerlukan masa yang lama (menyesuaikan diri) kerana trek ini pun saya sudah biasa. Cumanya perlu biasakan diri dengan jentera sahaja, jadi saya harap semuanya dipermudahkan.

“Saya harap boleh meraih sesuatu yang lebih baik berban­ding tahun lalu terutama dari segi catatan masa sepusingan. Kalau dari segi perlumbaan pula, saya mengharapkan ia berlangsung dalam keadaan cuaca hujan supaya boleh bersaing dengan pelumba di hadapan,” kata Azroy.

Ditanya sekiranya dia akan mengambil pendekatan berhati-hati pada perlumbaan nanti, Azroy berkata, tiada alasan untuk dirinya menggunakan pendekatan itu memandangkan peluang sebegini tidak selalu hadir dalam dirinya.

“Tidak, sebab ini peluang. Tak perlu berhati-hati cuma perlu buat sehabis baik,” kata Azroy yang meletakkan dua sasaran penamat di Sepang kali ini iaitu berada dalam kelompok 20 terbaik sekiranya perlumbaan berlangsung dalam keadaan litar kering ataupun 10 terbaik pada permukaan litar basah.

Azroy akan ditemani rakan sepasukan Helmi Azman yang bakal membuat penampilan sulungnya di Kejuaraan Motosikal Dunia di Sepang kali ini.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... pada-saingan-moto2/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
"Anak siapa bini siapa ni, main kepala orang,"-ramai bengang tengok wanita campak kopiah lelaki tua
Raline"Anak siapa bini siapa ni, main kepala o
Views : 38455 Replies : 55
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201441 Replies : 7500
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 17728 Replies : 20
Sudah bincang dengan Putin bagi tamatkan perang di Ukraine - Donald Trump
RalineSudah bincang dengan Putin bagi tamatkan
Views : 18277 Replies : 4
Kaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondominium sekali gus!
RalineKaya Sufi Rashid, beli banglo dan kondom
Views : 7530 Replies : 20
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 16728 Replies : 41
Patutlah ramai benci Ammar Nazhan!
RalinePatutlah ramai benci Ammar Nazhan!
Views : 31207 Replies : 21
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11782 Replies : 21
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 16714 Replies : 13
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48829 Replies : 18

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.519148 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list