CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3308|Reply: 12

[Tempatan] Kumpulan anti vaksin berkumpul, gesa kerajaan jangan tunduk kepada peraturan baharu WHO

[Copy link]
Post time 12-11-2023 12:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 12-11-2023 04:20 AM

KUALA LUMPUR – Kumpulan anti vaksin memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk menolak Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).


Jurucakap Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Zulkifli Hasan berkata, sekiranya kerajaan gagal berbuat demikian, pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat bantahan secara besar-besaran di hadapan Bukit Aman.


“Kita akan berhimpun lagi dengan lebih besar kalau kerajaan tak dengar suara kita, kita tak nak ganggu kerajaan, apabila kerajaan mengancam nyawa kita, kita terpaksa lawan.


“25 November ini hari terakhir bagi kerajaan untuk hantar surat kepada WHO supaya ditolak langsung IHR ini.


“Kita tak boleh lagi duduk dalam WHO kerana hospital tidak selamat, hospital tidurkan pesakit tanpa izin dan hospital jadi tempat uji kaji ubat.


“Kita bukan tikus makmal, mereka kena uji ubat mereka pada binatang dahulu, baru cucuk rakyat Malaysia,” katanya kepada MalaysiaGazette di luar pekarangan Bukit Aman, di sini, hari ini.


Terdahulu Mohd Zulkifli bersama kira-kira 30 individu dipercayai daripada kumpulan anti vaksin berhimpun di luar pekarangan Bukit Aman untuk menghantar memorandum bantahan kepada Ketua Polis Negara.


Bagaimanapun kumpulan anti vaksin itu hampa apabila dimaklumkan pegawai perhubungan awam pejabat Ketua Polis Negara tidak dapat menerima memorandum tersebut kerana sedang bercuti.


Dalam pada itu, kumpulan anti vaksin menggesa Ketua Polis Negara dan timbalannya menyiasat 500 laporan polis yang dibuat mereka sebelum mengenai ancaman IHR kepada kedaulatan negara.


“Orang hilang pun polis periksa, tapi kita hampir nak hilang negara dengan IHR ini, negara, agama dan bangsa kita akan terjejas, tapi tiada siasatan.


“Kami ini rakyat Malaysia, bukan pendatang tanpa izin, kami mengharapkan Ketua Polis Negara dan Datuk Seri Ayob Khan siasat perkara ini.


“Kalau tidak kita akan dijajah zionis melalui IHR, kita semua agama kita habis, negara kita habis, kita akan dipaksa vaksin, kita akan dipaksa lockdown dan ini kita tidak mahu,” katanya.


Zulkifli juga mencabar Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa untuk membuktikan Artikel 59 IHR boleh ditukar selepas Malaysia meratifikasi perjanjian itu.


“Pada 30 November 2023, tarikh akhir untuk kita buat bantahan, jadi kita minta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ambil berat ini, negara kita nak tergadai dengan zionis, kenapa kamu tak boleh hantar satu surat tolak IHR ini.


“Kalau tidak, Ahli Parlimen kena bentangkan Artikel 1, Artikel 2, Artikel 3 dan Artikel 12 yang mengancam negara ini.


“Jangan dijawab negara ini selamat, saya jaga keselamatan, akhirnya kita terjual. Mereka tak jawab sampai sekarang, ini kerja ahli Parlimen kami,” katanya lagi. –


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2023 01:32 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 01:50 AM | Show all posts
apalah sangat dengan WHO order itu kalau nak dibandingkan dengan mangsa perang
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 03:09 AM | Show all posts
white_musk replied at 11-11-2023 05:50 PM
apalah sangat dengan WHO order itu kalau nak dibandingkan dengan mangsa perang

WHO dengan IMF ni perangai sama. dan di ketuai oleh negara yang sama
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 07:55 AM | Show all posts
@blastoff ke mane ehh??
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
laqoyah replied at 12-11-2023 07:55 AM
@blastoff ke mane ehh??

@pengecatbintang
@slavehunter
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2023 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by primarikey at 12-11-2023 10:26 AM

Saje la nk tanya...apa pandangan korang tentang isu IHR yg dorg tgh perjuangkan ni?
Korang faham dgn jelas tak isu ni? Atau ape yg golongan antivaksin ni perjuangkan korang anggap benda bodoh dan remeh?

Share2 la...sharing is caring

Saje la nk tau...sbb kekadang ramai yg bila komen nmpk bodoh...ckp mcm pandai...tp sbnrnya dia sendiri pn tak faham isu yg dia komen tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 12-11-2023 09:39 AM
@pengecatbintang
@slavehunter

Good Morning.

Hehe yes.....apa kata forumer netizen Malaysia tentang IHR ni? Jemput dipersilakan beri pandangan anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Mintak who test cucuk beksin kt semua pendatang dulu
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 05:49 PM | Show all posts
Salah satu syarat perjanjian waktu import air soci terpaling kalis api nurraker jilaker ke tueee?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Hangpa yg antibeksin ni, apa yg hang pikiaq? Patutnya hangpa la bubuh hujah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
My opinion, IHR xkn wujud kalau x sbb kedegilan antibeksin. Dan antibeksin yg suka mghasut tanpa faham apa2. Sekadar ikut org lain. Ada tu basic konsep immune system pon xfaham. Hanya tau vaksin akn bg mati, akn bg allergy.

My condolences for those yg betul2 ada allergy dgn vaksin. Now their privilege is taken away. Dulu ada option sbb x ramai yg xnk vaksin, now dipaksa dah. Kes yg dah lama x wujud pon makin start naik
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 12-11-2023 09:39 AM
@pengecatbintang
@slavehunter

orng yg SAMA???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.709963 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list