Personaliti media sosial yang juga seorang penyanyi, Amsyar Lee mengakui sudah lali dilabel suara kepit dan 'kurang jantan'.
Bagi Amsyar, isu itu sudah lapuk kerana mula diperkatakan sejak awal pembabitan dalam dunia seni.
"Bagi saya, kalau netizen dari Indonesia yang cakap macam ni, saya okay dan boleh terangkan. Kadang ada juga netizen Malaysia yang tolong jawabkan.
"Tapi kalau netizen dari Malaysia yang cakap macam ni, bagi saya cerita ni dah lapuk. Bermula saya masuk industri muzik empat tahun lepas sehingga sekarang, saya terima semua komen.
"Sebab ada segelintir yang hanya melihat cerita dalam Malaysia tetapi tidak dari sudut vokal seperti Zhou Shan dari China dan Dimash Qudaibergen dari Khazakhstan. Mereka ini memilik vokal seperti saya," katanya.
Dalam pada itu, Amsyar yang menyanyikan lagu Dawai hingga tular di Indonesia mendapat pujian suaranya lebih lunak jika dibandingkan beberapa penyany lain yang turut membuat 'cover' lagu tersebut seperti Aina Abdul, Shila Amzah, Vanessa Reynauld dan Ara Johari.
"Ada beberapa komen yang saya rasa tak boleh terima apabila mereka bandingkan saya dengan penyanyi hebat seperti Aina Abdul dan Shila Amzah.
"Mereka adalah tempat saya belajar bagaimana mengawal nyanyian ketika live.
"Saya sangat hormati mereka dengan kejayaan yang dikecapi berbanding saya.
"Saya sangat terkesan apabila ada yang tinggal komen di video nyanyain orang lain, saya nyanyi lagi bagus," katanya.
Sumber: Xtra
|