Dalam pada itu, As'ad memberitahu dia juga terpaksa menipu rakan-rakan ketika mereka mengajak makan di sebuah restoran popular kerana bimbang tidak mampu membayar makanan yang dipesan.
Dedahnya, dia hanya menunggu dengan sabar sehingga mereka selesai menjamu selera dan mengalas perut daripada sisa makanan yang tidak dihabiskan.
"Mereka pesan banyak makanan dan ajak saya makan tapi saya beritahu sudah kenyang walaupun sedang lapar sebab bimbang tak mampu bayar.
"Makanan yang tidak habis, saya makan sebab memang tengah lapar," kongsinya.
As'ad memberitahu RM5 miliknya kemudiannya digunakan untuk membeli air kosong, sekeping roti canai selain sebagai tambang bas untuk pulang ke rumah.
Sumber: mStar