CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8507|Reply: 4

Berlakon Drama OTT Lebih Masyuk, Peluang Dikenali Seluruh Dunia

[Copy link]
Post time 19-11-2023 11:55 PM | Show all posts |Read mode
Selebriti, Alif Satar berpendapat tiada masalah sekiranya bakat baharu lebih memilih membintangi naskhah ditayangkan di platform penstriman atau Over The Top (OTT) berbanding televisyen (TV).


Alif, 33, berkata, bakat baharu berhak memilih platform sesuai kerana menganggap setiap individu yang menceburi bidang seni mempunyai perancangan tersendiri dalam mengukuhkan nama.






"elbagai faktor boleh mempengaruhi keputusan mereka untuk memilih berlakon dalam platform OTT buat masa ini. Antaranya mungkin disebabkan bayaran, skrip atau pembabitan pelakon ternama kerana produksi itu memiliki bajet besar.


"Selain itu, faktor penonton OTT juga berbeza berbanding drama TV. Jadi, terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan kerana tiada betul atau salah dalam hal ini. Mereka bebas untuk berlakon untuk mana-mana platform," katanya kepada BH Online.


Bagaimanapun, bagi Alif yang sudah membintangi pelbagai drama TV sejak 2008 berkata, sekiranya bakat baharu mahu lebih dikenali masyarakat, TV dianggap platform sesuai.


"Tetapi kalau mahu masyarakat di luar bandar mengenali anda, berlakon untuk TV adalah pilihan tepat. Bayangkan kalau pergi ke kawasan yang jauh dari bandar, mereka sanggup berhenti apabila melihat anda.


  



"Sehingga hari ini, saya kalau hendak buat lagu atau terima tawaran lakonan, saya selalu fikir adakah orang kampung akan menerima karya saya ini," katanya.


Pada masa sama, Alif berkata, antara faktor yang mungkin mempengaruhi pilihan setiap pelakon ketika ini adalah disebabkan perubahan dari segi permintaan dalam industri lakonan sekarang.


"Sepanjang hampir 17 tahun berada dalam industri seni, saya melalui cara yang berbeza dengan generasi baru. Sekarang ini dunia sudah semakin luas dan mudah untuk diakses.


"Bagi saya, untuk masa sekarang, platform OTT adalah pilihan yang mereka suka kerana karya yang dilakonkan boleh ditonton seluruh dunia.


"Selain itu, jenama antarabangsa juga akan mula nampak kelibat mereka apabila muncul dalam beberapa platform OTT yang ada sekarang," katanya.


Dalam perkembangan lain, Alif tampil dalam filem terbaharu arahan Ahmad Idham iaitu Anak Perjanjian Syaitan 2 yang bakal ditayangkan tahun depan termasuk beberapa projek lakonan lain.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila la berlakon dgn nana balik
Rindu la dua2 comel berlakon..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
betul tu
target penonton tv dgn OTT pn beza2 kannn
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlakon drama OTT payment tinggi dr berlakon drama tv.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 12:32 PM | Show all posts
He is an Artist with brain..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43144 Replies : 436
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50026 Replies : 153
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38607 Replies : 24
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276587 Replies : 8077
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39502 Replies : 47
KRAVEN THE HUNTER
SY_MumiKRAVEN THE HUNTER
Views : 2140 Replies : 5
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38672 Replies : 31
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 28225 Replies : 19

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.436623 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list