CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1785|Reply: 5

[Jenayah] Tiba-tiba tangan masuk dalam pakaian, wanita dicabul tok bomoh ketika berubat

  [Copy link]
Post time 26-11-2023 07:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 26-11-2023 11:41 AM

JEMPOL: Seorang wanita dicabul seorang pengamal perubatan tradisional berusia 65 tahun ketika mendapatkan rawatan membuang saka dalam kejadian di sebuah kampung di Batu Kikir di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 50 tahun dan beralamat di Sepang, Selangor telah membuat laporan polis semalam dan suspek ditangkap sejurus selepas laporan dibuat.

Menurutnya, berdasarkan siasatan kejadian berlaku sekitar pukul 4.30 petang semasa mangsa ke kediaman suspek untuk berubat secara tradisional kerana merasakan mempunyai saka di dalam badan.

“Suspek telah mengarahkan mangsa untuk minum segelas air dan meminta mangsa berbaring di atas tilam yang diletakkan di beranda rumah.  

“Semasa membuat rawatan suspek telah menekan badan mangsa dengan bantuan isteri suspek. Selepas isteri suspek masuk ke dalam rumah, suspek telah memasukkan tangan ke dalam pakaian mangsa dan menyentuh bahagian badan mangsa yang tidak sepatutnya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Jelas Chang Hook lagi, mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Jempol selepas kejadian berkenaan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, suspek mempunyai satu rekod lampau pada tahun 2010 di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.
“Suspek yang telah ditangkap kini telah diberi jamin polis kerana faktor kesihatan setelah siasatan selesai dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.-UTUSAN.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2023 11:04 PM | Show all posts
kolpelir tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 10:43 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 06:35 PM | Show all posts
Mangsa dirawat di Hospital Jempol susulan kejadian itu, menurut Chang Wook, dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.  geometry dash
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspek masuk tangan ke dalam pakaian mangsa n mnyentuh bahagian badan mangsa yg x sepatutnya tu merujuk pada bahagian mana???sampai mangsa mndapatkan rawatan di hospital...mmg niat nk mncabul ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Camne dia rasa ada saka dlm badan ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-7-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.192534 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list