CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5957|Reply: 1

Berhenti kecam Beyonce, dia bukan mahu berkulit putih! – Tina Knowles

[Copy link]
Post time 5-12-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode


LOS ANGELES : Berang dengan tindakan warganet menuduh Beyonce sengaja mahu mengubah warna kulit menjadi semakin putih, ibu penyanyi antarabangsa tersebut, Tina Knowles tampil mempertahankan anak perempuan kesayangannya itu.

Menurut Tina, Beyonce tidak pernah melakukan sebarang rawatan melunturkan melanin kulitnya yang gelap selain tidak menolak bahawa segala tuduhan yang dilemparkan warganet sebagai tidak berasas.

“Dia (Beyonce) menghasilkan sebuah filem berjudul Renaissance dengan keseluruhan temanya berwarna perak, baik dari segi rambut, busana, pemilihan latar belakang dan karpet dan anda semua tuduh dia sengaja melunturkan warna kulit dan mahu menjadi perempuan berkulit putih?

“Betapa menyedihkan bila menyaksikan golongan manusia yang berfikiran dangkal seperti ini tergamak melemparkan kecaman begitu yang tentunya berpaksikan kepada satu naratif kebencian dan sifat cemburu.

“Apa yang peliknya jika Beyonce pakai rambut berwarna platinum sekali pun? Tak akanlah anda begitu dangkal sehingga terlupa bahawa penyanyi legenda era 60-an, Etta James pun pernah menggayakan fesyen yang serupa?

“Adakah artis terdahulu juga mahu menjadi wanita berkulit putih? Saya sudah muak dengan sikap warganet yang tidak sudah-sudah mahu menyerang anak saya,”katanya.

Tina berkata demikian dalam satu hantaran di Instagram, kelmarin.

Ia dipercayai bagi mengulas mengenai tohmahan yang dilemparkan peminat dan warganet bahawa kononnya penyanyi lagu Crazy In Love itu sengaja mahu memutihkan kulitnya yang gelap sedikit demi sedikit menerusi penampilan terbaharunya.

Selain itu, tambah Tina, dia meminta semua pihak supaya segera berhenti membuat tuduhan palsu terhadap Beyonce yang disifatkan sebagai sengaja merosakkan imej anaknya itu.

“Setiap kali dua berupaya melakukan sesuatu kelainan dan kejayaan, entah mengapa akan ada sahaja manusia yang tidak akan berpuas hati dengannya. Akan ada sahaja pembenci yang akan mengkritik kerja kerasnya.

“Saya tahu Beyonce akan marah apabila dia tahu mengenai luahan yang saya buat ini di media sosial, tetapj saya sudah tidak kisah sebab sudah penat melihat dirinya dikecam.

“Anak saya tidak pernah mengacau sesiapa pun. Dia sentiasa membantu mana-mana orang yang memerlukan dan menyokong wanita berkulit hitam, itu satu fakta,”katanya.
https://www.utusan.com.my/gaya/h ... putih-tina-knowles/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 06:25 AM | Show all posts
We the public are not stupid.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.388354 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list