Edited by JoyahMengayah at 10-12-2023 01:53 PM
KUALA LUMPUR – Hasrat Che Ta atau Rozita Che Wan meraikan ulang tahun perkahwinan ke -10 pada 11 Disember ini terbantut selepas disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.
Isteri kepada Zain Saidin itu bagaimanapun reda dengan ujian walaupun semua persiapan sudah siap melibatkan jemputan, lokasi majlis, solekan dan busana.
“Semalam lalu saya melakukan ujian kendiri Covid-19 dan keputusannya positif. Nampaknya gelombang baharu virus ini datang kembali bukan omong kosong.
“Saya pun tidak mahu merisikokan diri, keluarga dan tetamu untuk majlis sambutan perkahwinan ini. Jadi buat sementara waktu, tunda dulu majlis berkenaan. Biar semuanya baik-baik dulu,” katanya dalam satu kenyataan.
Ditanya mengenai keadaannya kini yang kini menjalankan kuarantin kendiri di banglo mewah di Damansara, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui keadaannya sedikit lemah.
“Hendak tidur pun susah. Sakit kepala rasa macam hendak pecah otak. Saya pun batuk berterusan macam nak terbelah dada.
“Hari ini, saya buat lagi ujian kendiri Covid-19 dan masih positif dan berharap semua akan baik-baik sahaja selepas ini. Jadi kita jangan ambil mudah perihal virus ini yang belum lagi nyah dalam hidup kita,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Che Ta baru sahaja selesai penggambaran program masakan Cuit Cuit CheTa musim ketiga yang akan disiarkan di TV Okey bulan Ramadan depan.
“Kali ini, saya mengendalikan program 30 episod itu bersama suami tercinta dengan kehadiran tetamu di kalangan artis sebagai chef masakan.
https://malaysiagazette.com/2023/12/09/che-ta-kena-covid-19-sakit-rasa-macam-hendak-pecah-otak/
|