View: 38849|Reply: 54
|
[Politik]
"...saya akan buru semua orang yang korup' - Sultan Ibrahim
[Copy link]
|
|
"...saya akan buru semua orang yang korup' - Sultan Ibrahim
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar. - BERNAMA
JOHOR BAHRU: Menghentikan amalan rasuah menjadi antara tumpuan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar apabila baginda memikul tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, tahun depan.
Selain itu, titah Sultan Ibrahim memastikan tiada perpecahan di negara ini juga akan menjadi antara cabaran terbesar baginda.
Bagi baginda, kerajaan yang stabil haruslah konsisten dengan dasar mampan yang diperlukan untuk memperbaiki ekonomi negara dan punca utama ketidakstabilan politik negara dicetuskan 'perenggus' atau golongan tertentu yang kalah dalam pilihan raya.
"Ramai menyumbang ratusan juta sebelum pilihan raya. Bagaimana anda membayar mereka kembali, (adakah dengan) memberi mereka projek mega?
"Itu tidak akan berlaku apabila saya menjadi Yang di-Pertuan Agong. Sayang sekali, siapa yang meminta anda memberi (sumbangan politik).
"Daripada moyang saya, kami adalah pemburu yang hebat. Saya akan pastikan apabila saya pergi memburu, saya membawa balik hasil yang bagus.
"Tetapi apabila saya di Kuala Lumpur nanti, ia adalah hutan konkrit, jadi apa yang saya buru? Saya akan memburu semua orang yang korup. Saya akan pastikan saya membawa hasil (buru orang yang korup)," titah baginda dalam temu bual eksklusif bersama The Straits Times Singapura.
Sultan Ibrahim turut mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong, bukannya kepada Parlimen seperti sekarang.
"Jika (SPRM) datang kepada Agong, bermakna anda tidak berada di bawah pengaruh mana-mana pihak eksekutif. PETRONAS pun tidak sepatutnya berada di bawah Parlimen, lapor terus kepada saya," titah baginda.
Sultan Ibrahim turut mencadangkan supaya pelantikan kehakiman mesti diasingkan daripada badan eksekutif, bagi memastikan badan kehakiman negara benar-benar bebas.
"Hakim dilantik oleh Raja, atas nasihat Perdana Menteri selepas panel pelantikan mengesyorkan calon berkenaan.
"Kami (Raja-Raja) hanya mendapat senarai itu (dari Pejabat Perdana Menteri) semasa Majlis Raja-Raja bersidang. Mengapa anda tidak menyenaraikan nama-nama calon yang layak (kepada kami) sebelum anda melantik? Kami (Raja- Raja) bukan 'rubber stamp'," titah baginda.
Pada 27 Oktober lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dilaporkan berkata, pelantikan baginda selama lima tahun itu berkuat kuasa 31 Januari 2024.
Majlis Raja-Raja juga bersetuju mengisytiharkan, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, selama lima tahun mulai dari tarikh sama.
Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. Baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong selama lima tahun, bermula 31 Januari 2019.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... orup-sultan-ibrahim
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
elok tuanku, macam tu la cara. bukan masuk dalam manifesto lepas tu senyap. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya mcm mn org yg disuruh pegi berburu tu sendiri yg corrupt?
Sultan x kan pg menyiasat sendiri punya. Mest dpt info2 Dan maklumat Dr org2 kepercayaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca boleh, buat blum pasti |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tuanku betul2 memburu.. habislah kerajaan kunyit madanon |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan serious permintaan2 tuanku tu tak melangkaui bidang kuasa yang termaktub dalam perlembagaan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
buru jgk org yg suka mencapub kisah viral tanpa soal selidik dr kedua belah pihak okay!
bahaya ada org mcm tu.. berat sebelah |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 10-12-2023 02:40 PM
Masalahnya mcm mn org yg disuruh pegi berburu tu sendiri yg corrupt?
Sultan x kan pg menyiasat sen ...
Itu la pasei
Btw iols nk tgk..time dia naik nanti edi kana & polis2 yg bela dia tu kena tangkap atau masih bermaharajalela ..laki serin4 anak chepone pun geng dia kan
. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 10-12-2023 02:36 PM
Zahid cane...
Hahaha..ni paling lawak |
|
|
|
|
|
|
|
Kita tengok nanti camne ... Adakah jenis sembang gajah terbang juga atau really walk the talk punya orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols nak ckp menda benar.. tapi tatut kena usung tepon.. so diam itu mebbe lebey baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
riyadhK replied at 10-12-2023 05:07 PM
Soalan serious permintaan2 tuanku tu tak melangkaui bidang kuasa yang termaktub dalam perlembagaan k ...
Itulah alasan simpanan apabila gagal melaksanakan sembang terbang berkenaan hahahha |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe.... atas punca kuasa apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 10-12-2023 05:29 PM
Iols nak ckp menda benar.. tapi tatut kena usung tepon.. so diam itu mebbe lebey baik..
Guna kaedah decode uols. Acik2 forum ni expert bab2 decode ni |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 10-12-2023 02:36 PM
Zahid cane...
Bukak balik kes gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
otai_g replied at 10-12-2023 02:40 PM
Masalahnya mcm mn org yg disuruh pegi berburu tu sendiri yg corrupt?
Sultan x kan pg menyiasat sen ...
Mcm tu laa jeee..kita marhaen jsga je laa diri jgn buat salah.. biarlaa org politik corrupt pun sbb Allah ade ckp depa ni masuk fast track neraka.. mcm kita ni lmbt.. |
|
|
|
|
|
|
|
selingan dialog civil war for entertainment
Iron Man : Ross doesn't know I'm here. I'd rather like to keep it that way, otherwise I gotta arrest myself.
Captain America : [smirks] That sounds like a lot of paperwork. |
|
|
|
|
|
|
|
I hanya boleh berdoa sajalah semoga ia menjadi kenyataan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|