View: 11922|Reply: 38
|
[Tempatan]
Penjawat awam pikat isteri, suami orang boleh dipenjara
[Copy link]
|
|
Penjawat awam pikat isteri, suami orang boleh dipenjara
Gambar hiasan
PETALING JAYA – Lelaki atau wanita yang mempunyai hubungan sulit dengan pasangan lain boleh dikenakan tindakan undang-undang termasuk dipenjara.
Menerusi perkongsian di Instagram rasmi, Angkatan Pertahanan Awam hari ini, satu notis pemberitahuan memaklumkan menjadi satu kesalahan sekiranya terdapat mana-mana penjawat awam menjalinkan hubungan sulit sesama penjawat awam sehingga merosakkan hubungan suami isteri.
“Menjalinkan hubungan sulit antara penjawat awam sehingga menyebabkan hubungan suami isteri terjejas adalah merupakan kesalahan tatatertib dan boleh diertikan sebagai kelakuan yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.
“Memikat wanita yang sudah bersuami juga merupakan suatu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya.
“Bagi yang beragama islam, perbuatan itu juga merupakan kesalahan syariah dan boleh dikenakan hukuman yang sama mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 193 dan Seksyen 498, Kanun Keseksaan (Akta 574),” katanya.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata, suami atau isteri yang menangkap pasangan mereka yang curang boleh membuat aduan kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri bersama bukti kukuh.
“Kertas siasatan akan dibuka bagi membolehkan jabatan pendakwaan syariah membawa kes ke mahkamah.
“Mereka boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang syariah negeri kerana mengganggu rumah tangga orang merupakan kesalahan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ng-boleh-dipenjara/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je yang ada skandal ni tak kira penjawat awam atau swasta. Bezanya PANDAI cover atau tak je. |
|
|
|
|
|
|
|
Member iols cite...ada Satu masa.tu.dia.kena.ot..sebab kena submit ape entah....so dia n.kawan.dia.stay.up.la.sampai pkl 8 Malam...
Then kawan dia dah balik..dia tinggal sorang..gi la fotostat.kot...
Lalu kat bilik fail..bunyi MCM pelik..
Rupanya ada couple.tengah buat projek..
Kawan iols tengok pung depa tak perasan
Sejak.tu kawan iols.aim je couple Ni..hahahaha
Dah dua.dua.ni dah berkahwin.ya...
Isk3 |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 13-12-2023 07:32 AM
Member iols cite...ada Satu masa.tu.dia.kena.ot..sebab kena submit ape entah....so dia n.kawan.dia.s ...
Patut amik gambar pastu ugut deme jadikan kuli seumur hidup. Dah puas jadi kuli, anta je gambar pada suami isteri memasing. Tak layak untuk dikasihani orang macam ni.
Kalau kes mcm ni, kita tahu dan nampak(bukan hearsay) tapi senyap dikira subahat ke? Kalau bg tahu pada suami/isteri yg curang dikira buka aib ke? |
|
|
|
|
|
|
|
nt dia pg report pulis bawah akta ugutan plak. depa sedap beromen berskandal, tukang ugut masuk penjara, caner?
|
|
|
|
|
|
|
|
Eleh boleh kene penjara konon. Xde maknanya. Bila tanya lawyer if pasangan yg lg satu mengaku suka jugak kat skandal x leh jd kes. X paham aku undang2 skang. Keliling aku byk gile masalah camni. Pasangan matinkutu x leh bwk kes bila refer kat lawyer. |
|
|
|
|
|
|
|
Lolalala replied at 13-12-2023 07:41 AM
Patut amik gambar pastu ugut deme jadikan kuli seumur hidup. Dah puas jadi kuli, anta je gambar pa ...
Itu lah..kawan iols pung MCM serba Salah
Sebab masa tu dia junior lagi.kat situ..
Masa tu circa 2008 uols..telepon kamera yang tak jelas sgt kan..teknologi 3gp
Hahahaha...
Muka masing2 Baik tak.tau nak Kata uols... |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la kaunter kerajaan manjang tutup. Orang suruh ko pergi kerja, ko buat benda lain. Kadang2 perempuan bekerja ni dia rasa hebat dari bini orang yang housewife ke. Tu yang dia sondol tu |
|
|
|
|
|
|
|
It takes two to tango.. dah dua2 sangap.. tak caya la kalau deme kena masuk penjara.. nipu jah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut contoh samsol...akhiri dgn menikah utk jalan taubat |
|
|
|
|
|
|
|
outreach program ke business retreat ke CSR program ke ni semua le peluang emas yang sukar dilepaskan pasangan skendel opis. mmg akan volunteer nak hikut.
aku ada le ikut satu program company laki aku naik ketapi dari KL - Hat Yai - KL lama dulu. Perasan le satu couple ni sangat la gedik sepanjang program. Dgn seluar baju sedondon, dalam koc berkaraoke bergesel2 mkn suap menyuap boleh la aku tahan lagi...tapi ada satu tahap tu aku tak tahan terus buat official complaint.
bawak anak nak ke tandas, salah koc termasuk la kat koc staff/organizer (seating coach). ada la 3 - 4 staff diorang berehat. pastu nampak yang jantan ni baring letak kepala atas riba pompuan tu. yang pompuan picit kepala jantan tu...pastu boleh tahan semangat la jugak membuak asetnya...dah mcm menetekkan budak plak. terkebil2 anak aku. hareeyyyyy!!
yang buat aku confirmkan skendel tu, kat KL Sentral elok je laki n anak2 pompuan tu jerit2 sambut ketibaan. pastu dapat tahu both kena surat dan yang pompuan transfer department. |
|
|
|
|
|
|
|
IzzahF replied at 13-12-2023 07:42 AM
nt dia pg report pulis bawah akta ugutan plak. depa sedap beromen berskandal, tukang ugut masuk pe ...
Ok laaaa. X payah ugut. Anta je gambar kat family masing-masing dgn bos. Over nak beromen kat bilik file. Tercemar file² itu |
|
|
|
|
|
|
|
ketupatnasi replied at 13-12-2023 09:18 AM
outreach program ke business retreat ke CSR program ke ni semua le peluang emas yang sukar dilepaska ...
Eeeeeee jijik sgt la perangai. Bagus laaa sis complain. Iolls memang kesian tgk laki/bini org yg skandal ni. Diorg bz jaga anak layan anak, yg partner seronok berskandal enjoy² "outstation" kat luar. Dah kantoi sibuk nak rebut anak. X layak kut |
|
|
|
|
|
|
|
yang bese buat kj ni geng PJJ |
|
|
|
|
|
|
|
Nope. Seksyen 498KK, hanya lelaki memikat isteri orang je boleh sabit kesalahan. Kalau perempuan memikat suami org takde dalam undang2. |
|
|
|
|
|
|
|
ketupatnasi replied at 13-12-2023 09:18 AM
outreach program ke business retreat ke CSR program ke ni semua le peluang emas yang sukar dilepaska ...
Amboi over nya buat maksiat laki bini orang sampai berani terang2... pastu acah2 takde pape... wow |
|
|
|
|
|
|
|
Aiols ni LAKI BINI keje sama company sama bangunan tp floor lain2 pun takde nak gesel2 sesama laki bini kat ofis...
Still hormat tempat mencari rezeki...
Kitorg nak berjalan pimpin tangan pun lepas tag out kat lobby entrace tu je...
Lepas keluar ofis sukati la nak menggesel ke nak peluk ke takde kesah sbb laki bini
Ini kemain scandal mandal pun tak malu daring bebeno |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 13-12-2023 07:32 AM
Member iols cite...ada Satu masa.tu.dia.kena.ot..sebab kena submit ape entah....so dia n.kawan.dia.s ...
Jijiksnya!!! Islam ke?? Opis tu tmpt cari rezeki duk buat mcm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
IzzahF replied at 13-12-2023 07:42 AM
nt dia pg report pulis bawah akta ugutan plak. depa sedap beromen berskandal, tukang ugut masuk pe ...
Mcm kes doktor rambut belah tengah tue kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah berlaki berbini gigih skandal pulak. Tak cukup ker hadap yg ada tuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|