CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30181|Reply: 0

[Tempatan] Siapa punya kerja ni?

[Copy link]
Post time 13-12-2023 06:52 PM | Show all posts |Read mode
Siapa punya kerja ni?


SISA klinikal yang ditemui bertaburan di Kilometer 92.9 Lebuhraya Utara Selatan dari Gurun ke Sungai Petani, 9 Disember lalu. FOTO ihsan JAS


Sungai Petani: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan sisa klinikal bertaburan di Kilometer 92.9, Lebuhraya PLUS dari Gurun ke Sungai Petani, 9 Disember lalu.

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, hasil pemeriksaan pegawai penyiasat JAS Kedah mendapati, terdapat satu tong sisa klinikal dan kandungannya bertaburan di lokasi kejadian pada jam 11 pagi.

Beliau berkata, antara kandungan ditemui adalah picagari, jarum terpakai, kit ujian terpakai serta beberapa lagi buangan sisa klinikal.

"Pembersihan kemudiannya dibuat oleh PLUS dan bahan buangan dihantar ke stor buangan berjadual di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk diangkut dan dilupuskan di premis dilesenkan oleh JAS.




"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya semalam.

Sharifah Zakiah berkata, buangan sisa klinikal ini adalah buangan sisa terjadual di bawah Kod SW 404 yang pengurusannya di kawal di bawah Peraturan Kualiti Alam (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Beliau berkata, hanya kenderaan pengangkut yang berdaftar dengan JAS sahaja dibenarkan mengangkut buangan ini dan pelupusan dibenarkan di premis dilesenkan oleh JAS sahaja.

"Pengendali dan pengangkut perlu berhati-hati dan mengikut semua SOP yang ditetapkan.

"Sisa klinikal yang tidak terawat mengandungi pelbagai patogen yang boleh tersebar dan membahayakan kesihatan.

"Sekiranya ternampak sisa klinikal, orang awam dinasihatkan tidak menghampirinya dan melaporkan kepada JAS dengan segera," katanya.

Sharifah Zakiah berkata, jika pihaknya dapat mengenal pasti pihak mana yang terbabit, tindakan perundangan akan dilakukan namun semakan lanjut perlu dilakukan.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan peringatan juga kepada semua fasiliti yang membabitkan pihak berkenaan supaya memastikan bahan buangan hanya diberi kepada kenderaan yang berlesen dengan JAS.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iapa-punya-kerja-ni

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056033 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list