CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8172|Reply: 2

Melaka Dan Pulau Pinang Hotel Penuh! Terengganu Sendu Sebab Musim Tengkujuh

[Copy link]
Post time 14-12-2023 11:40 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Tempahan hotel di beberapa buah negeri meningkat dengan Melaka dan Pulau Pinang menjadi antara destinasi pilihan.


Pusat pelancongan Langkawi turut menunjukkan pertambahan tempahan, sama ada melibatkan hotel mahupun inap desa.


Bagaimanapun, suasana agak berbeza di negeri-negeri di Pantai Timur apabila pemain industri terutama melibatkan pulau-pulau utama di Terengganu kurang mendapat tempahan ekoran musim tengkujuh ketika ini.




Gambar Hiasan: Kosmo




Di George Town, Pulau Pinang, tempahan hotel dan inap desa di negeri ini kini telah lebih 80 peratus dan dijangka terus meningkat pada hujung minggu ini.


Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Pulau Pinang, Datuk Tony Goh berkata, lokasi hotel di persisiran pantai dan pusat bandar George Town sudahpun mendapat tempahan awal sejak awal bulan ini.


Menurutnya, tempahan bilik penginapan itu membabitkan semua hotel yang bertaraf tiga hingga lima bintang.


“Ketika ini, tempahan penginapan pada hujung minggu untuk semua hotel yang terletak di pesisir pantai dan pusat bandar dikatakan sudah menghampiri 90 peratus, manakala lebih 70 peratus pada hari biasa.


“Selain mempunyai tempat-tempat yang menarik dan interaktif, makanan signatur Pulau Pinang seperti nasi kandar antara yang menjadi tarikan pe­ngunjung memilih negeri ini sebagai destinasi percutian pada cuti persekolahan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.


Goh memberitahu, selain cuti persekolahan, pengunjung kebia­saannya memilih penginapan di negeri ini bagi meraikan Hari Krismas dan sambutan Tahun Baharu 2024.


Pelancong berpeluang menikmati percutian santai sambil menyaksikan bangunan bersejarah di Melaka.
Di Melaka, Pengerusi Persatuan Pengusaha Chalet, Homestay dan Resort Melaka, Zakaria Othman berkata, tempahan hujung minggu bagi chalet, inap desa dan resort di negeri ini telah penuh bermula musim cuti persekolahan 15 Disember ini sehingga Mac tahun hadapan.


Katanya, tempahan mula diterima sejak dua bulan lalu dan kini baki bilik yang masih tersedia adalah kurang 10 peratus.


“Rata-rata inap desa, chalet dan resort di Pengkalan Balak khususnya telah penuh bagi tempahan hujung minggu bermula bulan ini sehingga Mac tahun hadapan yang juga bulan Ramadan.


“Ini adalah suasana biasa untuk musim cuti sekolah dan sambutan ini juga mungkin di­sebabkan oleh promosi dilakukan kerajaan negeri sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024,” katanya.


Di Langkawi, Kedah, tempahan hotel di pulau peranginan ini dijangka meningkat sehingga 70 peratus sepanjang cuti persekolahan penggal kedua yang akan bermula pada minggu hadapan.


Timbalan Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/ Perlis, Effendi Ramley berkata, sebelum ini, purata bilik hotel yang ditempah adalah sekitar 50 peratus.


“Musim cuti persekolahan biasa­nya akan membawa ­masuk lebih ramai pelancong ke sini, namun setakat ini jumlah tempahan adalah lebih rendah berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.


“Situasi ini mungkin disebabkan oleh faktor peningkatan harga tiket penerbangan yang menyebabkan pelancong berfikir dua kali untuk ke Langkawi,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2024 07:31 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2024 03:45 AM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.044318 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list