View: 13178|Reply: 7
|
2 Kanak-Kanak Sempat Lihat Zayn Rayyan Sebelum Hilang
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai pada petang 5 Disember lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua saksi kanak-kanak itu berjaya dikesan ketika ‘mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai) dijalankan di apartmen itu pada Ahad lalu.
Foto: Kosmo
“Hasil ‘mass screening’ sebelum ini, kita berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa (Zayn Rayyan) di blok R.
“Menurut saksi, Zayn dilihat berseorangan berada di tingkat 2 dan 3 blok R pada petang 5 Disember lalu,”ujarnya ketika dihubungi.
Terdahulu pada 7 Disember lalu, Kosmo! melaporkan Kematian seorang kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mayatnya ditemui di sebuah anak sungai berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai disahkan dibunuh.
Punca kematian kanak-kanak enam tahun itu disahkan oleh Hussein, selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.
Kata Hussein, hasil bedah menemui kesan kecederaan pada leher dan badan. -CARI
Sumnber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by slavehunter at 14-12-2023 05:04 PM
Polis kalau dah ada list of suspect kata la dalam 20 orang tak boleh ker start detain mereka and interrogate satu2? Ada pembunuh dia pandai buang bahan bukti tapi bila part nak menipu kena interrogate dia dah terkantoi.
Boleh tak start interrogate all suspek?
I still terkesan knowing he is autistic kid, senang senang jer bunuh anak orang! Sometimes i wish i ada super power yang boleh detect all this criminal child killer.
Plus can we all continue buat solat hajat ker? Esok hari Jumaat lepas sembahyang jumaat boleh tak Imam buat solat hajat untuk pembunuh arwah ditangkap secepat mungkin?
Moga ada keadilan untuk arwah Zayn dan keluarga. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn la jadi mcm jes nurin jaZlin..smpai skrg x jumpa pembunuhnya |
|
|
|
|
|
|
|
Doa seorang ibu mustajab... Semoga Allah perkenankan doa ibu dia... Ameen |
|
|
|
|
|
|
|
sedih pulak bila baca kisah arwah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 saksi kanak-kanak tu tak diketahui identiti mereka. Takut didekati oleh suspek atau orang tak berkaitan dan pengaruh fikiran mereka untuk tukar testimoni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|