View: 28644|Reply: 20
|
[Tempatan]
Mewakili Penerima Ijazah Sarjana Perakaunan Forensik dan Teknologi Kewangan, Suami Herlok Kelihatan Sayu Di Atas Pentas!
[Copy link]
|
|
Majlis Istiadat Konvokesyen adalah momen yang ditunggu-tunggu oleh ramai graduan selepas penat lelah berjuang untuk menamatkan pelajaran dengan cemerlang.
Pada waktu ini semestinya ramai insan akan bergembira, ditemani pula dengan kaum keluarga dan rakan taulan.
Sudah semestinya momen seperti ini akan diraikan oleh para graduan dengan berkongsikan kejayaan mereka di media-media sosial.
Namun begitu, tidak semua graduan bernasib baik dan dapat merasai pengalaman seperti ini terutamanya melibatkan perkara kematian.
Oleh itu, SK pada hari ini akan berkongsikan kompilasi dua detik hiba sewaktu istiadat konvokesyen sedang berlangsung.
Menerusi perkongsian oleh akaun TikTok UiTM Channel, dua daripada graduan universiti itu telah meninggal dunia sebelum istiadat itu berlangsung.
Menerusi perkongsian yang pertama, salah seorang daripada graduan tersebut ialah Almarhumah Nur Shahrina Mohd Baharuddin yang berusia 29 tahun.
Almarhumah adalah merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata. Beliau dikatakan meninggal dunia disebabkan oleh penyakit kanser pangkal rahim pada 14 Jun 2023.
Penerimaan skrol pada majlis itu telah diwakili oleh suami arwah yang kelihatan sugul di sisi pentas.
Dalam majlis penuh emosi itu, Nur Shahrina dianugerahkan Ijazah Sarjana Perakaunan Forensik dan Teknologi Kewangan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menerusi perkongsian yang berasingan, seorang lagi graduan adalah almarhum Muhammad Aidil Adha Nazri yang berusia 24 tahun.
Muhammad Aidil Adha dipercayai telah menghadap ilahi akibat kecederaan organ dalaman selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 11 Disember 2022 lalu.
Penganugerahan kepada Muhammad Aidil Adha diwakili oleh ibunya yang kelihatan tidak dapat menahan sebak sambil mengesat air mata.
Beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Pengajian (Kepujian) Kewangan di universiti tersebut.
Suasana hiba menyelubungi seluruh dewan sewaktu pengumuman nama kedua-dua graduan tersebut.
Pengumuman nama graduan yang dibuat sambil diiringi muzik latar audio lagu 'Ayah dan Ibu' nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad menaikkan lagi rasa sedih penonton.
Kami mengucapkan takziah kepada kedua-dua graduan. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dirahmati Allah SWT. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa dia pakai mcm tu? Nmpk selekeh.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada dlm.dewan masa ni...mengalir air mata aku...sebak gila waktu tu bila pengumuman tu dan waktu camera focus kat mak dia terpampang besar kat skrin... |
|
|
|
|
|
|
|
arwah isteri pon cantik, sepadan la |
|
|
|
|
|
|
|
salam takziah pd keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada tgk video usim, 2 graduate laki bini dah meninggal sbb syahid di palestine, sorg lg x dpt dtg sbb tgh perang kan kat palestine nun. Sedih ooo. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pyh pergi pun takpa kan |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnye |
|
|
|
|
|
|
|
adm7 replied at 16-12-2023 05:21 PM
Tak pyh pergi pun takpa kan
boleh je...masa iols grad dulu ada gak stdnt phd meninggal tercari2 weols sbb tak ramai sidang tu rupanya meninggal kat obesi. tapi uni ada psg video ucapan makayah dia waktu nama dia naik. |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 15-12-2023 11:33 PM
Aku ada dlm.dewan masa ni...mengalir air mata aku...sebak gila waktu tu bila pengumuman tu dan waktu ...
Kak noor pi buat apa. Anak kak noor ada yg dh konvo ka. |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 18-12-2023 09:14 AM
Kak noor pi buat apa. Anak kak noor ada yg dh konvo ka.
Yer cik manusia.. yg sulung konvo ke 98 baru ni..akak ada kat sana. ..anak dah umur 22 tahun... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 18-12-2023 09:36 AM
Yer cik manusia.. yg sulung konvo ke 98 baru ni..akak ada kat sana. ..anak dah umur 22 tahun...
Ooo.
Thniah kak noor. Smoga anak kknoor mudah dpt keja sok2.
Dulu i ingt uitm ni la kos seni2 hiburan2 je...
Skli masa i dok obesi dulu ( arab2 )
Eh elok pulak byk bebudak uitm p LI kt sana. Kos arab pun ada haha. |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 18-12-2023 09:40 AM
Ooo.
Thniah kak noor. Smoga anak kknoor mudah dpt keja sok2.
Dulu i ingt uitm ni la kos seni2 hib ...
Tq cik manusia....amin
..dah dapat pun tawaran kerja tetap lepas praktikal..tp dia tolak sebab nk sambung degree |
|
|
|
|
|
|
|
MC kena pandai main suara..supaya terasa suasana tu menyentuh hati audien. Dulu jaga konvo mmg kena standby raptai dengan suara penyampai yg begini bila dapat makluman ada graduan yg dah meninggal dan waris akan naik ke pentas. Biasanya mak atau ayah la yg naik. |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnyaaa..
lately ni selalu tgk org muda muda meninggal..
td i nk g p kerja..i saja je peluk my cat sbb dia comel sgt kot..pastu i ckp kalau kakak xde..nnti ada sesorg yg akan jaga put..tiber air mata i meleleh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|