CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 24578|Reply: 59

[Tempatan] 53km lebuh raya bakal dibina di sepanjang Sungai Kelang

[Copy link]
Post time 19-12-2023 12:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 19-12-2023 02:56 PM

KUALA LUMPUR: Sungai Klang Link Sdn Bhd (SKL) memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) dengan MTD Construction Sdn Bhd (MTDC) bagi pembangunan serta pembinaan projek lebuh raya bertingkat yang dicadangkan oleh SKL kepada kerajaan.

Dalam kenyataannya, SKL berkata ia dalam proses mendapatkan kelulusan akhir membabitkan cadangan bagi membina, memiliki serta mengendalikan projek itu sebagai satu konsesi.

"Cadangan lebuh raya sepanjang 53 kilometer itu meliputi kawasan di sepanjang Sungai Klang di Lembah Klang yang bakal disepadukan dengan rangkaian lebuh raya sedia ada.


"Ia akan turut menggabungkan tujuh persimpangan yang dicadangkan bermula di Klang dengan persimpangan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat dan berakhir di persimpangan Lebuhraya Pantai Baru 2 (NPE 2). Infrastruktur yang direka secara strategik ini akan meningkatkan ketersambungan dan akses di wilayah ini," katanya.

Syarikat itu juga menyifatkan kerjasama dengan MTDC akan mengukuhkan lagi usaha memacu pembangunan serta pembinaan infrastruktur lebuh raya bertingkat inovatif yang disasarkan olehnya.

Pada masa sama, ia juga memberi takrifan semula infrastruktur pengangkutan dan meletakkan asas untuk masa depan yang progresif serta saling berkaitan, katanya.

MTDC yang juga anak syarikat Kumpulan MTD, akan menyumbang dari segi pengetahuan, pengalaman dan kepakarannya kepada pembangunan projek lebuh raya yang dicadangkan itu.

Sokongan MTDC akan merangkumi fasa perancangan, pembinaan dan menyiapkan lebuh raya berkenaan manakala Kumpulan MTD menyumbang kepakaran komprehensifnya yang meliputi aspek perkhidmatan, tenaga kerja, bahan dan peralatan.

Tumpuan khusus akan diberikan kepada aspek pengurusan operasi lebuh raya dan penyelenggaraan projek berkenaan.
- BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Better create LRT or MRT je
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 07:51 AM | Show all posts
ye lah tu...negeri kaya minyak jalanraya masih tanah liat..sekarang musim hujan macam jalan sawah padi sudah....cara terbaik sabah kena merdeka sendiri nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Bina lagi highway baru utk tambah lagi kesesakan di pusat bandar. Cara untuk kurangkan kesesakan adalah dengan kurangkan jumlah kereta yg masuk ke pusat bandar,bukan bina highway baru.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:11 AM | Show all posts
kasi tar habis je satu KL tu. serupa parking lot gergasi. sampai tahap camtu baru selesai masalah kesesakan jalanraya kot.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:34 AM | Show all posts
byk ngat highway sampai aku pun tatau dah mana arah. klu buat highway xde bottleneck kt meeting point, ok lg. ni sudahnya menambahkan jem lg  ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2023 08:55 AM | Show all posts
bila nk buat jalan raya 4 tgkt....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 19-12-2023 07:51 AM
ye lah tu...negeri kaya minyak jalanraya masih tanah liat..sekarang musim hujan macam jalan sawah pa ...

Kne buat tentera gerila dulu bru blh merdeka
Kang petang isytihar merdeka malam sulu masuk sandakan...esok pagi pinoy masuk KK
Dah kne perintah berkurung(lockdown) mengamuk bini xleh kluar soping
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 10:10 AM | Show all posts
betul tu..
nak kurangkan kesesakan adalah tambah baik pengangkutan awam..
bukan bina highway bersimpang siur ke sana ke sini..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 10:20 AM | Show all posts
tambah LRT la...MRT ke...monorel ke...

komuter jgn...slow ya amat klu dulu service nya..skrg tak sure...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama nanti visit KL naik grab saja lah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 10:38 AM | Show all posts
tolong lahhhhhhhhhhhhh...cukup2 sudah hiway ke apa. npe yg sedia ada pun, setiap hari jem! jangan ditambah lagi jem. me dari rumah (area npe) ke opis 15min je. kalau termasuk jem, boleh jadi 45min ke sejam!! kalau naik komuter, lrt n mrt, jadilah 2jam..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 10:50 AM | Show all posts
buat la lagi/..pastu banjir sana sini...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 10:55 AM | Show all posts
buat la highway ke selatan penat dah jem kt pedas linggi
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Developer mmg suka la sebab diaorg boleh pegang konsesi kutip tol nanti. Kesimpulannya semua projek ni utk cari makan sahaja. Pengguna yang clueless nanti kena bayar tol itu ini tapi masih akan hadap jam jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:21 AM | Show all posts
ultra78 replied at 19-12-2023 08:02 AM
Bina lagi highway baru utk tambah lagi kesesakan di pusat bandar. Cara untuk kurangkan kesesakan ada ...

dan perkasakan sistem public transport...tambah byk sikit stesen dan kekerapan LRT / MRT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 11:33 AM | Show all posts
ultra78 replied at 19-12-2023 11:13 AM
Developer mmg suka la sebab diaorg boleh pegang konsesi kutip tol nanti. Kesimpulannya semua projek  ...

duit negara melambak dari duit minyak & gas..apa lagi sakau lah selagi boleh jangan bagi org sabah guna
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:45 AM | Show all posts
razzmat replied at 19-12-2023 10:55 AM
buat la highway ke selatan penat dah jem kt pedas linggi

ni agree..mintak baik pulih jalan dalam (laluan persekutuan or jalan negeri) dari simpang 4 alor gajah tu sampai ke area port dickson tu kerap jem woo
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:50 AM | Show all posts
tak habis habis dengan hiway baru
sebelum nak siap kang nak layan jem bagai nak rak , banjir kilat apa semua
entah laa nokss
dah siap nanti tol rate nya ya ampunnn
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 11:59 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 19-12-2023 12:04 PM

developer bodoh.dorg tau tak dlm sejarah tamadun manusia moden, buat hiway banyak2 ni tak penah lagi mnyelesaikan kesesakan lalulintas. buat makin sesak lagi ada

the solution is rail transportation,lrt,mrt bukannya buat hiway byk2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.493917 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list