CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12561|Reply: 11

Shuib menang saman fitnah, derma duit kepada tabung Palestin

[Copy link]
Post time 10-1-2024 04:31 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Usahawan dan pelawak, Shuib mengambil pendekatan memaafkan netizen, John Dihani yang menyebarkan fitnah terhadapnya dan Allahyarham Siti Sarah Raisuddin di media sosial pada Julai tahun lalu.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, selepas lima bulan akhirnya dapat bertentang mata dengan individu berkenaan dalam pertemuan yang berlangsung di Kompleks Mahkamah Shah Alam, pagi tadi.


"Alhamdulillah selesai sudah kes fitnah terhadap saya dan arwah Siti Sarah. Hampir lima bulan dan hari ini semuanya telah pun terjawab.

"Fitnah kamu John Dihani adalah langsung tak berasas dan tak masuk akal! Tetapi atas dasar ehsan dan profesional saya maafkan. Saya juga turut halalkan segala fitnah terhadap saya," katanya.

Shuib berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya yang turut memaparkan Shuib ditemani peguamnya.

Menerusi video yang dikongsikan itu, John atau Mohd Johan Dihani Mohd Zaini turut membaca kenyataan maaf dan fitnah sebaik saja selesai mencapai kata sepakat sebelum bersalaman dengan Shuib sebagai tanda berdamai.

Selain membuat permohonan maaf, Shuib berkata John juga perlu menanggung akibat dengan membayar sejumlah saman kepadanya namun tidak memperincikan jumlah bayaran itu.

Malah, wang itu turut diserahkan sepenuhnya kepada tabung Palestin menerusi Yayasan Nurjiwa.

Shuib juga berharap John tidak akan mengulangi kesilapan sama selain menjadi pengajaran kepada pengguna media sosial lain agar tidak semudahnya menyebarkan fitnah.

Pada 4 Julai lalu, Shuib berkongsi dua paparan pengguna media sosial yang menyebarkan fitnah kononnya dia terlibat dengan ikutan Freemason.

Menerusi hantaran berkenaan, individu itu mendakwa isterinya, Siti Sarah ditidurkan secara paksa kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu mengandung mengenai risiko tidak mengambil vaksin.

Salah seorang individu yang memfitnah Shuib iaitu Zulhairi Abu Othman, 35, telah bersemuka dan tampil membuat permohonan maaf.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 04:34 PM | Show all posts
Sapa si John tu....pak gad passpisspuss ke?


#sewel


Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Shuib case cepat naik... Case nana and frens makan 5 tahun laaamaaa dohhh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dalam kes ni je iols boleh sokong heols
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bayau kwsp pekerja lom
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Guna duit bayar kwsp pekerj dulu baru sedekah. Hutang harus langsai sedekah bila ada lebih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2024 01:00 AM | Show all posts
ni kira setel luar ke? takde penghakiman pun...
tetaplah yayasan nurjiwa yach
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Malu la si john tu..haha. Kena mintak maaf kena bayar..kalau dulu mintak maaf kan aman aman adja macam beruk seko lagi yang awal awal pitenoh terus mitok maaf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2024 08:01 AM | Show all posts
Dolmat replied at 10-1-2024 04:39 PM
Shuib case cepat naik... Case nana and frens makan 5 tahun laaamaaa dohhh.

ehh kes nana sendayan dah 5 taon kaa?
fuhhhhh lama gilerrrr!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Aneem at 11-1-2024 09:26 AM

Bukan la turun naik court.
Selesai depan mahkamah je.
Nmpk la mcm ada undang2 kat situ kan.
Baru org takut nak mengata jantan ni lagi.
Derma kat palestin? Alahaiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 11:32 AM | Show all posts
tahniah jongosss
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 12:06 PM | Show all posts
Baik bayar kwsp staff kau separuh soeb oi, tu pun amal jariah jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.062115 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list